Makan Atau Minum Je Terus Muntah Ini Bukan Morning Sickness Biasa Biasa Kesannya Boleh Menyebabkan Maut


Setiap kali makan dan minum mama mesti akan terus muntah. Jangan main-main, kalau keadaan ini dibiarkan berlanjutan lama tanpa rawatan badan boleh alami dehidrasi atau kurang air dalam badan. Ia juga boleh sebabkan kematian!
Morning sickness atau alahan mengandung selalunya melibatkan rasa mual dan muntah. Namun jika ia berlaku sepanjang kehamilan bukan sesuatu yang baru bagi wanita hamil. Kebanyakan wanita hamil akan mengalaminya meski hamil untuk kali kedua dan seterusnya.

Namun, mabuk atau alahan mengandung yang berlebihan atau Hyperemesis Gravidarum boleh memudaratkan kesihatan. Lebih buruk jika tidak dirawat dan dikawal segera, ia boleh membawa maut.
Ini bukanlah masalah yang biasa dialami ibu hamil. Hyperemesis Gravidarum merupakan keadaan di mana wanita hamil mengalami mual dan muntah berlebihan, lebih daripada sepuluh kali dalam tempoh 24 jam sehingga mengganggu kesihatan. Anda muntahkan kesemua yang dimakan ataupun diminum malah air liur sendiri juga tidak mampu ditelan seperti biasa.
Keadaan ini menyebabkan penurunan berat badan, dehidrasi dan beberapa keadaan lain. Hyperemesis Gravidarum berlaku bermula dari awal kehamilan, di antara usia kandungan empat minggu dan tujuh minggu. Muntah-muntah mungkin sedikit berkurangan antara 14 minggu dan 16 minggu kehamilan.
Dalam beberapa kes, Hyperemesis Gravidarum mungkin berlarutan sehingga usia kandungan mencecah 20 minggu. Malangnya, sebilangan 10 hingga 20 peratus wanita hamil mengalami keadaan ini sepanjang tempoh kehamilan mereka. Hyperemesis Gravidarum yang dirawat lebih awal dapat mengelakkan mudarat pada bayi dalam kandungan.
ALAHAN MENGANDUNG VS HYPEREMESIS GRAVIDARUM Jika anda mengalami Hyperemesis Gravidarum, mengubati sendiri tidak membantu anda untuk mengatasi masalah ini. Walau pun muntah berlebihan yang dialami tidak memberikan kesan penurunan berat badan mendadak, sebaik-baiknya dapatkan rawatan untuk alahan mengandung.
Rawatan awal boleh membantu untuk mengelakkan Hyperemesis Gravidarum daripada semakin buruk, di samping mengurangkan simptom-simptomnya.
Alahan atau muntah-muntah yang dialami selepas usia kehamilan lapan minggu atau demam juga berkemungkinan ia disebabkan oleh beberapa sebab lain seperti:
Gastrik Ulser perut Jangkitan salur kencing (urinary tract infection –UTI) Tiroid atau diabetes FAHAMI RISIKO IBU YANG KEHILANGAN BERAT BADAN AKIBAT HYPEREMESIS GRAVIDARUM Bayi berisiko tinggi untuk lahir dengan berat badan yang lebih rendah daripada yang sepatutnya. Penting untuk diberi perhatian adalah penggunaan ubat sepanjang kehamilan, terutama ketika trimester pertama. Dapatkan konsultasi dan preskripsi daripada doktor tentang pengambilan ubat-ubatan anti-alahan ketika hamil.

Kesannya pada ibu pula lebih kepada aspek psikologi. Ibu hamil yang mengalami muntah keterlaluan memberi pengalaman sukar pada mereka. Tubuh badan lemah longlai, tertekan dan tidak dapat merasai nikmat dan kegembiraan dalam kehamilan. Emosi wanita hamil yang terganggu memberi kesan terhadap hubungan suami isteri.
Keadaan sukar akibat Hyperemesis Gravidarum menyebabkan mereka lebih senang bersendirian memencilkan diri, meninggalkan pasangan dalam keadaan serba tidak kena.
Masalah Hyperemesis Gravidarum yang berlarutan dalam tempoh yang lama juga menyebabkan wanita hamil sukar untuk mengambil berat soal kesihatan dan penjagaan diri dan ahli keluarga (anak-anak) lain dengan sempurna. Aktiviti mudah dilakukan sebelum ini seperti mandi, memandu ataupun membeli barangan dapur juga seolah-olah amat sukar untuk dilakukan.
TIP KURANGKAN KESAN HYPEREMESIS GRAVIDARUM
Terdapat 9 langkah yang boleh diambil wanita hamil bagi membantu melalui Hyperemesis Gravidarum iaitu:
Dapatkan nasihat doktor atau pakar perbidanan lebih awal tentang keadaan anda. Ceritakan apa yang anda alami dan beritahu bahawa anda mahu dapatkan rawatan awal mengatasinya Minta sokongan daripada pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Bukan sekadar sokongan moral tetapi juga bantuan untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti menjaga anak-anak yang lain, memasak, membeli barangan keperluan dan juga kerja-kerja rumah. Mengidam adalah perkara biasa. Cuba penuhinya. Elakkan makan atau melihat makanan yang mendatangkan rasa loya pada anda. Jika memasak atau ‘bau dapur’ menyebabkan rasa loya, pilih makanan sejuk yang mudah disediakan. Pastikan anda minum air secukupnya. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap. Boleh juga makan ketulan ais untuk pastikan tubuh mendapat air secukupnya. Makan apa sahaja makanan yang boleh ditelan untuk kekal bertenaga. Elakkan terlalu memikirkan makanan apa yang dimakan. Apabila kesan Hyperemesis Gravidarum semakin berkurangan, barulah amalkan kembali makanan berkhasiat. Dapatkan rehat secukupnya. Tubuh yang terlalu keletihan akibat Hyperemesis Gravidarum akan menyebabkan muntah-muntah semakin buruk. Sokongan moral boleh didapati dari kalangan rakan sekerja atau komuniti yang pernah mengalami masalah yang sama. The post Makan Atau Minum Je Terus Muntah,  Ini Bukan Morning Sickness Biasa-Biasa, Kesannya Boleh Menyebabkan Maut! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/makan-atau-minum-je-terus-muntah-ini-bukan-morning-sickness-biasa-biasa-kesannya-boleh-menyebabkan-maut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Atau 6 Bulan Pertama Boleh Beri Makanan Pepejal 7 Petunjuk Ini Menunjukkan Bayi Anda Bersedia Untuk Makan

4 Atau 6 Bulan Pertama Boleh Beri Makanan Pepejal 7 Petunjuk Ini Menunjukkan Bayi Anda Bersedia Untuk Makan

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 433 hits
Memberi makan bayi baru lahir adalah cabaran besar kerana keperluan pemakanan mereka berubah mengikut masa Anda perlu memberi perhatian kepada setiap perubahan kecil dalam bayi anda dan memastikan bahawa makanan yang anda sediakan untuknya ...
Doa Makan Yang Di Anggap Biasa Jika Di Amalkan Setiap Hari Anak Boleh Jadi Baik Dan Bijak

Doa Makan Yang Di Anggap Biasa Jika Di Amalkan Setiap Hari Anak Boleh Jadi Baik Dan Bijak

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 720 hits
Doa yang hari hari kita buat sebelum makan besar sangat manfaatnya jika di amalkan untuk anak anak Mungkin ramai ibu bapa yang tak tahu pun kelebihan doa tersebut untuk jadikan anak kita orang yang baik akhlaknya dan bijak Perkongsian dari ...
Buang Tabiat Beri Gajet Masa Makan Anak Boleh Diam Tapi Kesannya Buat Mak Ayah Menyesal

Buang Tabiat Beri Gajet Masa Makan Anak Boleh Diam Tapi Kesannya Buat Mak Ayah Menyesal

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 752 hits
Memberikan gajet ketika di meja makan tak kiralah di rumah atau di restoran luar mampu memberikan ketenangan yang sekejap kepada ibu bapa Tapi memberi implikasi yang negatif untuk jangkamasa panjang Di meja makan anak anak mampu Melatih ski...
Makan Muntah Bau Makanan Tak Boleh Jika Alahan Terlalu Teruk Amalkan Tip Ini

Makan Muntah Bau Makanan Tak Boleh Jika Alahan Terlalu Teruk Amalkan Tip Ini

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 438 hits
Biasanya trimester pertama kehamilan bagi sesetengah ibu memang mencabar Ada yang langsung tak boleh makan atau minum bau makanan tak boleh buat kerja berat dan macam macam lagi Alahan ini jika tak diatasi boleh menyebabkan ibu hamil tak be...
Mendengar Azan Ketika Sedang Sahur Bolehkah Terus Makan

Mendengar Azan Ketika Sedang Sahur Bolehkah Terus Makan

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 519 hits
Soalan kalau sedang makan sahur lepas tu bunyi azan boleh kah kita terus habiskan makanan tu Saya confuse sebab ada yang kata boleh teruskan makan walaupun azan Jawapan Jika diyakini subuh telah masuk wajib berhenti makan termasuk meluahkan...
Agar Agar Boleh Menyebabkan Bayi Mati Tercekik Pakar

Agar Agar Boleh Menyebabkan Bayi Mati Tercekik Pakar

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 434 hits
Agar agar boleh menyebabkan bayi mati tercekik PakarWalaupun mempunyai tekstur yang lembut makanan ringan dalam bentuk agar agar manis sebenarnya boleh menyebabkan kematian kepada bayi berusia enam bulan ke bawah jika tercekik Pakar Anestes...
Bayi Yang Dah Boleh Duduk Kawalan Kepala Yang Tegak Sudah Boleh Makan Ketahui 2 Lagi Tanda Awal

Bayi Yang Dah Boleh Duduk Kawalan Kepala Yang Tegak Sudah Boleh Makan Ketahui 2 Lagi Tanda Awal

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 327 hits
Lazimnya gigi bayi akan mula keluar apabila umur mereka di antara empat hingga tujuh bulan Pun begitu ada juga bayi yang giginya mula kelihatan seawal dua hingga tiga bulan Malah ada yang gusinya sudah kelihatan gigi pada masa kelahiran Nam...
T U M P A N G S E K O L E Bila Lahir Dari Hasil Makan Minum Yang Dipertikai Halal Dan Haramnya K E R E N G G A 8560

T U M P A N G S E K O L E Bila Lahir Dari Hasil Makan Minum Yang Dipertikai Halal Dan Haramnya K E R E N G G A 8560

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 441 hits
t u m p a n g s e k o l e ali allah ditta pada 5 jam yang lalu image Image may contain outdoor Darjah kebesaran yg dianungerah oleh DYMM YDPertuan Bersar N9 kepada suami istri yg berstatus penyamun sekarang ditarik balik serta merta Tahniah...
Anak Bosan Makan Nasi Mi Boleh Cuba Buat Sup Cendawan Kaya Vitamin B Baik Untuk Otak

Anak Bosan Makan Nasi Mi Boleh Cuba Buat Sup Cendawan Kaya Vitamin B Baik Untuk Otak

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 702 hits
Menjinakkan selera anak adalah menjadi tanggungjawab mama papa Bila mereka bosan dengan sesetengah menu boleh cuba untuk tukarkan menunya Kalau nasi dan mi sudah kurang mendapat sambutan apa kata cuba masakkan sup cendawan pula Yang penting...
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

Memahami Hipertiroidisme Dan Thyrotoxicosis

Mana Ada Sekatan Royalti Terengganu Kata Fahmi

Pdrm Beri Kupon Diskaun Dalam Talian Elak Kaunter Bayaran Saman Sesak

Racists Are Those Disregarding Local Sensitivities Akmal To Tiong

Dr Rozmey Jual Ferrari Rm80 000 Cerita Ditipu Rakan

The Science Behind Hemp Oil Gummies And Their Health Benefits


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Kemahiran Tvet Untuk Pelajar Perempuan Lepasan Spm

Homemade Potato Wedges

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Tiga Pengawal Keselamatan Dihadap Ke Mahkamah Kes Curi Rm200 000

Malaysia Tingkatkan Hubungan Semikonduktor Global Di Tengah Ketakutan Terhadap Perlindungan Trump

Pelajar Sekolah Rentas Sungai Golok Berisiko Jadi Keldai Dadah