Makan Muntah Bau Makanan Tak Boleh Jika Alahan Terlalu Teruk Amalkan Tip Ini


Biasanya trimester pertama kehamilan bagi sesetengah ibu memang mencabar. Ada yang langsung tak boleh makan atau minum, bau makanan, tak boleh buat kerja berat dan macam-macam lagi.
Alahan ini jika tak diatasi boleh menyebabkan ibu hamil tak bermaya dan langsung tak boleh nak buat apa-apa kerja.
Lagi teruk ada yang terpaksa ambil cuti tanpa gaji atau berhenti kerja terus kerana tak mampu nak hadap setelah dapat nasihat dari doktor. Kalau untuk 3 bulan pertama sahaja tak ada masalah, tapi risaunya ada yang perlu hadap hingga ke akhir tempoh kehamilan.

Bagi ibu yang nak atasi alahan ini semoga tak menganggu rutin harian, amalkan tip ini
Tidak tergesa-gesa ketika bangun dari tidur, sebaliknya baring dahulu beberapa minit. Relakskan diri anda dan berikan badan anda masa untuk bersedia menghadapi hari baru. Bangun perlahan-lahan dan duduk seketika sebelum berdiri. Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil dan makan sejurus bangun dari katil. Ini akan membantu menyerap asid perut. Elakkan minum air semasa perut kosong ketika bangun dari tidur. Minum air hanya setelah anda menjamah sedikit snek ringan. Minum air semasa perut kosong boleh mencetuskan rasa loya/muntah. Makan sedikit tetapi kerap iaitu diantara 6-8 kali sehari (termasuk makanan berat, makanan ringan, buah-buahan dan sayuran). Cuba makan setiap 2-3 jam untuk memastikan perut anda tidak kosong.
Elakkan berbaring selepas makan (terutama mengiring di atas rusuk kiri) kerana ia melambatkan proses pencernaan. Jauhkan dari bau-bauan/makanan yang boleh merangsang rasa loya. Makan makanan yang telah suam/pada suhu bilik kerana makanan yang panas mempunyai aroma yang lebih kuat. Elakkan makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng kerana ia sukar dihadam dan boleh mengganggu perut. Makan pisang diantara waktu makan boleh mengekalkan kadar gula dalam darah, mengurangkan rasa mual/muntah serta mengurangkan simptom pedih hulu hati. Makanan yang masam boleh mengurangkan rasa loya namun bagi yang mengalami masalah gastrik, boleh juga menggantikannya dengan halwa halia/gula-gula. Makan atau minum makanan/minuman berhalia untuk melegakan kembung perut. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati kerana dos yang telalu tinggi boleh mencetus penghasilan jus gastrik. Ambil vitamin pranatal anda selepas makan atau sebelum tidur. Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan. Elakkan makan bersulam air kerana ia boleh menjejaskan proses penghadaman. Cuba minum diantara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Pastikan anda minum dengan kerap namun jangan minum terlalu banyak pada satu-satu masa sehingga boleh menyebabkan anda kenyang. Cuba hisap kiub ais/ais krim buah-buahan jika anda loya. Minum air kosong secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi serta jangkitan bakteria H.pylori. Anda juga disarankan minum minuman susu kultur yang mengandungi bacteria baik (Lactobacillus) atau makan yogurt untuk mengurangkan simptom morning sickness akibat bakteria ini. Cuba terapi semulajadi. Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau rawatan alternatif homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil. Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut. Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita. Buat urutan refleksologi/tekanan acupressure pada titik yang berkaitan loya/muntah. Pakai pakaian yang longgar dan selesa. Ini disebabkan perubahan hormon wanita hamil menyebabkan badan berasa panas yang boleh mencetus perut anda mual. Dalam masa yang sama, elakkan pergi tempat yang hangat dan penuh sesak. Rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk. Dapatkan khidmat doktor sekiranya keadaan anda bertambah teruk. Sumber: Klinik Dr Asmah
The post Makan Muntah, Bau Makanan Tak Boleh. Jika Alahan Terlalu Teruk, Amalkan Tip Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/makan-muntah-bau-makanan-tak-boleh-jika-alahan-terlalu-teruk-amalkan-tip-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Maut Keracunan Makanan Selepas Makan Laksa Di Baling

Dua Maut Keracunan Makanan Selepas Makan Laksa Di Baling

papar berkaitan - pada 9/10/2018 - jumlah : 828 hits
ALOR SETAR Sebanyak 19 kes keracunan makanan dengan dua kematian dilaporkan berlaku di negeri ini dan Perak yang disyaki berpunca daripada laksa dijual di sebuah gerai di Kupang Baling dekat sini Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Datuk Dr Nor...
Ada Sebab Mesti Makan Asid Folik 3 Bulan Sebelum Hamil Boleh Elak Kecacatan Neural Tube Pada Bayi

Ada Sebab Mesti Makan Asid Folik 3 Bulan Sebelum Hamil Boleh Elak Kecacatan Neural Tube Pada Bayi

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 695 hits
Asid folik iaitu tablet kecil yang menjadi rakan baik wanita yang merancang untuk hamil dan sedang hamil Tahukah anda kegagalan mengambilnya boleh menyebabkan kecacatan neural tube pada bayi Jangan main main dengan tablet kecil ini kerana i...
Tak Boleh Merokok Di Semua Premis Makanan Warung Mulai 1 Januari 2019

Tak Boleh Merokok Di Semua Premis Makanan Warung Mulai 1 Januari 2019

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 295 hits
Arahan larangan merokok akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuatkuasa 1 Januari 2019 Cadangan tentang larangan tersebut sudah diluluskan di peringkat Parlimen dan akan berkuatkua...
Hati Hati Bila Anak Suka Masukkan Objek Dalam Hidung Jika Teruk Boleh Berlaku Jangkitan Ke Otak

Hati Hati Bila Anak Suka Masukkan Objek Dalam Hidung Jika Teruk Boleh Berlaku Jangkitan Ke Otak

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 802 hits
Biasanya apabila anak mula menginjak usia setahun dan mula boleh berjalan waktu ini adalah masa untuk mereka meneroka semua tempat Tak kisah di mana sekalipun hingga lubang yang kecil pun boleh membuatkan mereka minat Masa inilah perhatian ...
Ini 3 Cara Makanan Di Goreng Kurang Berminyak Idea Bagus Boleh Cuba

Ini 3 Cara Makanan Di Goreng Kurang Berminyak Idea Bagus Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 445 hits
Makanan bergoreng memang sedap dan rangup tapi ia sebenarnya mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi Dah tentu tentu ia tidak baik untuk kesihatan terutama masalah jantung dan tekanan darah tinggi Kalau anda sukar mengelakkan makanan berg...
The Square Jaya One Ruang Kerja Ruang Makan Yang Boleh Bawa Haiwan Perliharaan

The Square Jaya One Ruang Kerja Ruang Makan Yang Boleh Bawa Haiwan Perliharaan

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 599 hits
THE SQUARE BAKAL DIBUKA SEMULA NEW LOOK FOR THE SQUARE OF PETALING JAYA An Enriching Ecosystem comprising of Co working space Dining and Leisure Mar sempat melawat tapak projek THE SQUARE yang bakal dibuka Disember 2018 ni ia adalah projek ...
Bila Orang Kampung Makan Makanan Barat

Bila Orang Kampung Makan Makanan Barat

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 334 hits
Assalamualaikum Bila baca tajuk mesti korang nak tergelak kan Mana tak nya mana ada lagi orang jakun makan makanan barat kecuali Cik Nor yang jarang jarang jumpa ni Haha Sila jangan kutuk depan depan Kalau nak kutuk jugak sila kutuk kat rua...
Siput Babi Boleh Makan Tak

Siput Babi Boleh Makan Tak

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 1138 hits
usrah Hawariyyun kali ini membincangkan isu semasa tentang PSY yang telah menjadi tetamu di Malaysia baru2 ini untuk membuat persembahan semasa Tahun Baru Cina ada juga rumours mengatakan PSY juga akan dijemput datang ke UM hmm persoalannya...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats