Makan 6 Biji Kurma Sehari Sebulan Sebelum Edd Bukaan Servik Lebih Cepat Bersalin Pun Mudah


Kurma adalah antara makanan jenis buah yang sangat kaya dengan pelbagai nutrien. Ia kaya dengan gula (80%) dan selebihnya adalah protein, serat dan mineral penting seperti kalsium, zat besi, magnesium, manganese, potassium, sodium, phosphorus,  selenium dan zink. Kurma juga mempunyai vitamin yang pelbagai. Antaranya vitamin A,  B kompleks termasuk folat, C, E dan K.
Di dalam 100gm kurma terkandung 282kcal yang terdiri daripada karbohidrat 75gm, lemak baik 0.4gm dan protein 2.45gm. Ia mempunyai indeks glisemik yang sederhana (bergantung kepada jenis kurma). Sebagai contoh, kurma khalas mempunyai indeks glisemik 35.5, barhi 49.7 dan bo ma’an 30.5.
Artikel Menarik: [Elak Buat Scan Waktu Hamil Sebab Nak Suprise Jantina Anak. Silap, Kalau Fikir Begitu]
Jadi, dapat dirumuskan bahawa kurma mempunyai indeks glisemik yang rendah. Walaupun manis, ia mempunyai banyak serat yang melambatkan penyerapan gula dalam darah. Dianggarkan terdapat 8gm serat di dalam 100gm kurma. Berikut penerangan daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) tentang kebaikan kurma buat wanita hamil dan mahu melahirkan.
Dr Zubaidi Hj Ahmad Secara amnya pengambilan kurma sememangnya bagus untuk orang yang sihat, apatah lagi wanita hamil. Pengambilan kurma yang betul (tidak diambil secara berlebihan) memberikan manfaat kepada wanita hamil sama ada di awal kehamilan malah pada minggu terakhir sebelum melahirkan anak.
Ramai pengkaji mendapati bahawa pengamalan kurma terutamanya pada minggu akhir kehamilan membantu proses kelahiran kerana ia meningkatkan tindak balas rahim terhadap hormon oksitosin. Hormon ini bertindak dengan mengecutkan rahim. Dengan itu, ia dapat mengurangkan pendarahan yang biasa berlaku selepas bayi dikeluarkan daripada rahim.
Artikel Menarik: [Makan Produk Tenusu Ada Peluang Dapat Anak Kembar? Dr Hamid Beri Panduan]
Selain daripada itu, kurma memiliki banyak nutrisi yang sangat penting untuk digunakan semasa proses melahirkan anak. Kurma mengandungi lemak asid tepu dan tidak tepu seperti asid oleic, asid linoleic dan asid linolenic yang mampu membekalkan banyak tenaga di mana anda amat memerlukannya semasa melahirkan anak.

Asid-asid lemak ini juga sangat penting untuk membina bahan prostaglandin (yang digunakan dalam proses pengecutan rahim). Selain itu, tannin dan kalsium dalam kurma juga penting dalam aktiviti pengecutan otot-otot rahim. Mari kenali nutrisi kurma lainnya, yang memberikan kebaikan kepada wanita hamil.
Gula ringkas glukosa dan fruktosa, mudah dihadam untuk ditukarkan kepada tenaga yang banyak. Serat, membantu memudahkan proses pembuangan air besar dan mengelakkan sembelit yang biasanya menjadi masalah utama bagi wanita yang hamil akibat saiz rahim yang semakin membesar. Antara lain, pengambilan serat yang banyak dapat mengurangkan risiko diabetes akibat kehamilan (gestational diabetes). Potassium, mengekalkan kestabilan antara mineral dan air bagi mengawal tekanan darah yang lebih baik. Magnesium, mengelakkan rasa kejang pada rahim sebelum berlakunya proses kelahiran (sepanjang kehamilan). Folate, membentuk saraf tunjang bayi yang berada dalam rahim bagi mengelakkan kecacatan neural tube defects. Vitamin K, membantu pembekuan darah selepas kelahiran anak bagi mengelakkan kehilangan darah yang banyak. Banyak kajian yang menunjukkan pengambilan kurma membantu bukaan pangkal rahim (servik) dengan lebih mudah dan besar. Dalam kajian yang diterbitkan dalam Journal of Obstetrics and Gynaecology pada 2011, ia menunjukkan wanita yang mengambil enam biji kurma sehari, sekurang-kurangnya empat minggu sebelum melahirkan anak mengalami proses kelahiran yang lebih mudah.
Mereka yang  mengamalkan kurma tidak mengalami pecah selaput ketuban ketika dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak, mudah memulakan proses kelahiran tanpa memerlukan ubat pitocin dan memendekkan fasa pertama dalam proses kelahiran. Hal ini berlaku kerana pengambilan kurma melembutkan pangkal rahim. Jadi, memudahkan pangkal rahim membuka ‘jalan’ kelahiran bagi bayi dalam rahim untuk keluar. Mereka yang lebih sukar untuk memulakan proses kelahiran juga didapati lebih mudah bertindak balas dengan ubat pitocin berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkan kurma sepanjang kehamilan.

Dalam penulisan yang diterbitkan dalam The Journal of Midwifery and Reproductive Health), mereka yang mengamalkan kurma mempunyai bishop scores (satu penilaian terhadap kesediaan wanita yang mahu melahirkan anak dengan mudah), pembukaan ‘jalan’ kelahiran lebih luas kerana pangkal rahim lebih lembut dan mudah bertindak balas terhadap ubat pitocin, jika ia diberikan pada wanita yang mengalami masalah memulakan proses kelahiran.
Pengambilan kurma sememangnya memberikan kesan yang sangat baik. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Obstetrics and Gynaecology pada 2017,pengamalan kurma ketika hamil terutamanya di peringkat akhir kehamilan, memberikan kesan positif kepada proses kelahiran tanpa memudaratkan ibu dan bayi yang dilahirkan.
Cara betul makan kurma
Dalam banyak kajian yang dinyatakan tadi, terbukti pengambilan kurma sangat bermanfaat untuk wanita hamil. Jadi,anda boleh amalkan empat hingga enam biji kurma sehari. Disarankan ambil dua hingga tiga biji pada waktu pagi dan dua hingga tiga biji pada waktu malam. Kurma boleh dimasukkan ke dalam minuman sebagai pemanis bagi menggantikan gula. Jika tidak pun, campurkan kurma yang dipotong kecil dengan sayur-sayuran atau buah-buahan segar.

Bagi wanita yang tiada masalah kesihatan, boleh ambil enam hingga lapan biji sehari. Jika berada pada minggu akhir kehamilan (36 minggu ke atas), boleh ambil lapan hingga 10 biji sehari, bergantung kepada berat badan, ketinggian dan aktiviti seharian. Namun begitu, wanita yang ada masalah diabetes semasa hamil, perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Dicadangkan agar meninggalkan karbohidrat ringkas seperti kuih-muih dan kek tetapi menggantikannya dengan kurma yang lebih semula jadi dan merupakan karbohidrat kompleks.
Sumber: Majalah Pa&Ma
The post Makan 6 Biji Kurma Sehari, Sebulan Sebelum EDD. Bukaan Servik Lebih ‘Cepat’, Bersalin Pun Mudah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/makan-6-biji-kurma-sehari-sebulan-sebelum-edd-bukaan-servik-lebih-cepat-bersalin-pun-mudah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Daftar Asb Online Myasnb Kini Lebih Mudah Semak Baki Akaun

Cara Mudah Daftar Asb Online Myasnb Kini Lebih Mudah Semak Baki Akaun

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 633 hits
Cara Mudah Daftar ASB Online MyASNB Kini Lebih Mudah Semak Baki Akaun Assalamualaikum Rata rata orang yang Cik Rose kenali dah ada akaun ASB Menyimpan di akaun ASB hujung tahun tunggu dividen dalam debaran Hihi Betul tak Dunia semakin maju ...
Makan Sehari Sekali Kalau Poket Kosong Saya Teguk Air Je Pemuda Oku Cuci Tandas Sara Keluarga

Makan Sehari Sekali Kalau Poket Kosong Saya Teguk Air Je Pemuda Oku Cuci Tandas Sara Keluarga

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 463 hits
Seorang pemuda yang menghidap penyakit kepala besar sejak lahir bekerja sebagai penjaga dan pencuci tandas awam secara kontrak di Puchong Perdana Baru berusia 22 tahun pemuda yang bernama Helmi itu terpaksa menggunakan kerusi roda bagi mela...
Cetak Design Sendiri Lagi Mudah Di Custom My Dengan Lebih 200 Jenis Produk

Cetak Design Sendiri Lagi Mudah Di Custom My Dengan Lebih 200 Jenis Produk

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 398 hits
Cetak Design Sendiri Lagi Mudah Di Custom my Dengan Lebih 200 Jenis Produk Salam semua Baru baru ini Wani dicadangkan oleh seorang kawan kalau minat nak design sendiri cuba guna servis dari custom my ni Kawan cakap macam macam pilihan yang ...
Waktu Scan Anak Pertama Nampak Bird Berkemungkinan Mama Bersalin Lambat Dari Edd

Waktu Scan Anak Pertama Nampak Bird Berkemungkinan Mama Bersalin Lambat Dari Edd

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 390 hits
Kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin adalah sesuatu yang merisaukan buat ibu mengandung Sudah tentu ibu akan tertanya tanya bila akan bersalin dan bagaiman keadaan bayi dalam kandungan Mungkin ramai ibu yang tidak menyedarinya t...
Benarkah Bayi Yang Dilahirkan Secara Cesarean Lebih Mudah Mendapat Asma

Benarkah Bayi Yang Dilahirkan Secara Cesarean Lebih Mudah Mendapat Asma

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 342 hits
BENARKAH BAYI YANG DILAHIRKAN SECARA CESAREAN LEBIH MUDAH MENDAPAT ASMA Banyak pendapat pakar perubatan sekarang yang bersetuju bahawa bayi yang dilahirkan secara pembedahan Cesarean mempunyai perbezaan berbanding dengan bayi yang dilahirka...
Dapatkan Semula Tubuh Anak Dara Selepas Bersalin 100 Hari Jaga Makan Dan Disiplin Ikut Pantang

Dapatkan Semula Tubuh Anak Dara Selepas Bersalin 100 Hari Jaga Makan Dan Disiplin Ikut Pantang

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 420 hits
Mengekalkan bentuk badan yang langsing selepas melahirkan anak bukanlah mudah Maklum sajalah ketika hamil semuanya mengembang Sejurus bayi keluar mulalah ada bahagian bahagian tertentu yang menggelebeh Jangan risau kerana dengan tekad dan d...
Tujuh Bulan Lebih Baby Baru 1 4kg Wawa Risau Bayi Kecil Minta Tip Sebelum Due

Tujuh Bulan Lebih Baby Baru 1 4kg Wawa Risau Bayi Kecil Minta Tip Sebelum Due

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 412 hits
Pelakon Wawa Zainal yang kini sedang hamil anak ketiga meluahkan rasa bimbang apabila berat bayi di dalam kandungannya baru mencecah 1 4 kg walaupun kandungan dah masuk 7 bulan Wawa mendedahkan perkara itu menerusi posting terbaru di akaun ...
Ini Rincian Gaji Dan Tunjangan Anggota Dpr Sebulan Bisa Raup Lebih Rp 50 Juta

Ini Rincian Gaji Dan Tunjangan Anggota Dpr Sebulan Bisa Raup Lebih Rp 50 Juta

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 238 hits
Direktur Jenderal Perbendaharaan Gaji DPR Andin Hadiyanto menuturkan hingga saat ini belum ada ketentuan baru terkait gaji para anggota dewan ini
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kenapa Murid Malas Ke Sekolah

Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

Gunawan Lida Karmamu Chord

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Mama