Mak Mak Yang Suka Simpan Semua Barang Berharga Dalam Satu Beg Baca Kisah Pengajaran Ini


Mak-mak Yang Suka Simpan Semua Barang Berharga Dalam Satu Beg, Baca Kisah Pengajaran Ini | Dah macam satu habit orang perempuan, kalau boleh semua nak disumbat dalam beg tangan. Dari sekecil-kecil barang sampailah yang semahal-mahal barang. Tanpa sedar, bila jadi kehilangan. Dia boleh hilang semua sekali serentak! Memang gigit jari sajalah nanti.
Ambil pengajaran dari kisah ibu anak 7 ini, Zaila Mohamad (Mekla) yang akui dirinya cuai kerana membiarkan semua barang berharga disimpan dalam satu beg tangan. Sehingga berlaku satu kejadian yang memberi kesan kepada wanita ini, terutama dalam menyimpan barangan berharga ketika pulang ke kampung halaman waktu cuti Hari Raya.
Sehari Sebelum Raya, Rumah Mentua Dimasuki Pencuri
Tergerak hati nak kongsi kisah henbeg Mekla ni. Panjang betul jodoh beliau untuk berkhidmat buat Mekla. Henbeg ni hadiah dari en suami yang dibeli sewaktu en suami ke Dubai beberapa tahun yang lepas. Masa bulan puasa 2014 Mekla melahirkan Aaliyah dalam bulan puasa, anak masih “merah” lagi sudah balik ke kampung untuk berhari raya.
Nak dijadikan cerita, sehari sebelum raya rumah mak Mekla dimasuki pencuri. Kisah ini memang tersemat dalam hati setiap tahun pun akan ingat sebab antara ujian Allah buat kami laki bini juga.
Pagi waktu sahur, ketika kami di dapur, pencuri masuk ke bilik kami yang berada di depan. Memang habis semua diorang sapu termasuklah henbeg ini. Dalam tu ada duit raya yang sudah ditukar, duit RM800 untuk akikah baby Aaliyah, cincin kahwin, cincin beli masa bonus waktu kerja dulu dan duit niaga Mekla.
Henset toksah cerita lah, henset Mekla waktu tu baru je dibelikan en suami, henset lama lagi dan henset en suami pun sekali diorang sebat. Memang beraya sakanlah penyangak tu.
Ya Allah.. Tak Tahu Nak Cakap Apa Habis Semua Barang Berharga Mekla sedar pun bila en suami tanya mana henset dia. Ya Allah masa tu tak tahu nak cakap apa, yang pasti takut sangat en suami marah kat Mekla. Mujurlah en suami ni bertenang, solat sunat dulu dan lepas tu kami ke balai polis untuk membuat laporan.
Balik dari balai polis, en suami tergerak hati nak cari di kawasan semak sekitar radius rumah kami. Syukurlah, bak kata orang kalau sudah rezeki Mekla, en suami jumpa henbeg ini bersama wallet yang masih penuh dengan IC dan kad insuran anak-anak tapi duit habis dikebas dulu di dalam semak tersebut.
Allah juga Maha besar, kami dapat petunjuk lagi bilamana nak keluar untuk selesaikan urusan pemotongan bil telefon, kami terserempak dengan pencuri (tapi waktu tu tak terlintas pula di hati), masa tu mereka sedang kelek pemotong mesin rumput untuk ke tempat semak samun tersebut. Apabila polis datang, memang diceritakan kisah henbeg ini dan kejadian terserempak dengan mereka.
Sampai Sekarang Cincin Kahwin Belum Berganti..
Waktu tu memang redha sahaja dengan jumlah barang yang hilang. Sampai sekarang masih belum berganti lagi cincin kahwin tapi Allah dah ganti dengan banyak benda yang indah-indah dalam hidup Mekla. Balik kampung memang menjadi ketakutan buat kami sebab pencuri suka pecah masuk rumah. Maklumlah budak dadah ni bilalah nak mati.
Khabarnya tak lama selepas itu budak yang pecah masuk rumah mak Mekla sudah kena tangkap dan masuk lokap tapi lepas keluar mencuri lagi. Entah bila nak insaf pun tak tahu, yang sedihnya keluarga tahu tapi seakan merelakan sahaja anak buat kerja jahat begitu. Insya Allah dapatlah bahagian mereka nanti di akhirat sana.
Buat semua, jangan jadi macam Mekla yang lalai sangat waktu itu. Bayangkan perjalanan balik kampung memang memenatkan. Tidur tak cukup lepas tu sampai memang tak ingat apa dah.
Kesilapan kedua apabila menyimpan semua barang berharga di dalam henbeg. Patutnya simpan di tempat yang susah dituju (macam bakul susu anak ke, beg baju ke atau mana-mana lah). Musim raya ni memang ramai manusia jahat yang suka mengambil kesempatan atas kepenatan orang lain.
Selain itu, tawakal pada Allah. Kalau sudah masih rezeki kita insya Allah walau sudah jatuh ke tangan penyangak pun masih boleh kembali kepada empunya. Buat penyangak sekalian, mohon bertaubatlah sebelum terlambat.
Sumber/Foto : Zaila Mohamad
The post Mak-mak Yang Suka Simpan Semua Barang Berharga Dalam Satu Beg, Baca Kisah Pengajaran Ini appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/mak-mak-yang-suka-simpan-semua-barang-berharga-dalam-satu-beg-baca-kisah-pengajaran-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Kapir Jahat Dan Semua Bangsa Ada

Kisah Kapir Jahat Dan Semua Bangsa Ada

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 291 hits
Oleh miqdad zakaria Semalam ana singgah tempat wakil TM untuk daftar line Unifi Plan Unlimited untuk Mak Masa ana sampai kebetulan tak ada orang Dalam duk proses nak saftar Datang seorang Pak cik mengadu tempat dia line tak kuat Dan wakil T...
Suka Duka Menjalin Hubungan Dengan Orang Yang Satu Profesi Ternyata Justru Lebih Sulit Dijalani

Suka Duka Menjalin Hubungan Dengan Orang Yang Satu Profesi Ternyata Justru Lebih Sulit Dijalani

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 212 hits
Menurut Psikolog pasangan yang berasal dari dua profesi berbeda punya work life balance yang lebih baik lho
Kisah Nyata Kucing Jadi Penyelamat Satu Keluarga Di Mojokerto Seusai 3 Kali Diteror Ular Kobra

Kisah Nyata Kucing Jadi Penyelamat Satu Keluarga Di Mojokerto Seusai 3 Kali Diteror Ular Kobra

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 337 hits
Seekor kucing kampung bewarna putih menjadi penyelamat satu keluarga di Mojokerto dari teror ular kobra Betapa tidak berkat keberanian kucing ular kobra berhasil dilawannya Kisah ini pun menjadi viral Teror ular kobra masuk ke kawasan permu...
Kisah Ramly Burger Ini Kisah Suka Duka Pengasas Ramly Burger Yang Ramai Tak Tahu

Kisah Ramly Burger Ini Kisah Suka Duka Pengasas Ramly Burger Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 780 hits
Kisah Ramly Burger bermula tahun 1978 Ramly Mokni mula menjual burger walau ketika tu burger bukanlah pilihan santapan masyarakat Inikan pulak kempen BMF Namun usaha tak pernah jemu akhirnya membawa kepada kejayaan jenama Ramly Burger waktu...
Jangan Pertikai Kenapa Besar Beg Tangan Isteri Macam Poket Doraemon Semua Ada

Jangan Pertikai Kenapa Besar Beg Tangan Isteri Macam Poket Doraemon Semua Ada

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 381 hits
Sebelum berkahwin mungkin beg tangan seorang wanita mengikut mood pada hari itu Digayakan berpadanan dengan pakaian yang dipakai Semua itu hanya sebelum berkahwin kerana rata rata wanita selepas mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak ak...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam