
. Rupanya betul, mateen demam panas sangat sampai macam kena sawan. Mak kata badan dia keras kaku. Kami masa tu terus minta diaorg cari klinik 24 jam sementara kitorang nak gerak dari JB.. Tapi kan Yong Peng kan pekan kecik takda klinik 24 jam. Nasib baik Klinik Kesihatan Yong Peng dekat juga. . Kami sampai sana pukul 5pagi
masa sampai tu mateen dah diberi ubat punggung. Doctor pun nasihatkan kami untuk terus bawa Mateen ke Hospital Pantai Batu Pahat . Sampai je Hospital, Mateen Warded.. . So kat sini Yana nasihatkan pada semua, tak kira lah dah ada anak atau dah bercucu ataupun tak kahwin lagi. Yang travel jauh atau nak tinggalkan anak pada penjaga, bawa ubat dan tolong lah bagi ubat ikut masa/dos yang ditetapkan. – 4jam sekali! . Jika panas tak juga kebah, jangan selimutkan dan beri ruang udara panas untuk keluar. . Kalau ada anak anak yang pernah kena sawan pertama kali , peluang untuk kena kali ke2 adalah tinggi! ni dah kena stanby ubat macam ni, . Check suhu pakai thermometer kalau 38' darjah je , kerap basah kan kepala dan bahagian pelipat seperti celah ketiak atau kelengkang dengan tuala basah. Ngiringkan kiri lepas tu masuk kan ubat ni "Febrile fit Suppository Voren " , tuam Tuam dengan kain lembab. Jaga suhu biar turun. . Kalau terkena juga Sawan terus ke hospital, jangan tangguh lagi. Bahaya! Karang tak bernafas biru dak tu Allahuakbar sedihnya kalau berlaku! . Tu lah, apa yang berlaku kat kami kelmarin kami sangat sangat panik. Walaupun anak sedara kami pernah mengalami pengalaman anak nya kena Fit banyak kali. Kami tak rasai saat kecemasaan tu kami cuma dengar je apa yang perlu di lakukan. Dan bayangkan masa kejadian kelmarin tu kami takda di sisi Mateen!
. Semalam malam juga kami terpaksa ke JB semula untuk lengkap kan meeting. Sedih sebab terpaksa tinggal kan mateen kami yang sebelum ni ceria.. #MateenDanMommy #tipsbolehgunapakai —sambung cerita next post

|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |