Mak Kalau Kak Ngah Pergi Dulu Mak Gunakan Set Kain Kapan Ini Ya Orang Letak Siap Siap Di Hujung Katil Ini


 ‘Mak, Kalau Kak Ngah pergi dulu, Mak gunakan set kain kapan ini ya?…Orang letak siap-siap di hujung katil ini.” | Sebenarnya saya sudah hadiahkan benda ini untuk diri sendiri ketika birthday saya bulan Januari lalu. Tiada kekuatan nak share. InshaAllah hari ini dibukakan jalan. Semoga orang ramai mendapat manfaat dari perkongsian ini.



Sudah bertahun niat mahu membeli tetapi biasanya saya rasa benda ini tak berapa penting. Maka duit lebih gembira dihabiskan untuk kehendak lain yg harganya lagi berganda daripada barang ini. Terkubur saja niat tertangguh dimakan masa.

Nak dijadikan cerita, saya dipertemukan dengan founder Furaiha, Syarifah Furaiha (Fara) ketika event #HIC17. Muda lagi orangnya. Dari butir katanya saya tahu ketinggian ilmunya tak padan dengan umur.

artikel berkaitan :
Terkini - Status Sindiran Dari Lelaki Ini Khas Buat Dato Aliff Menjadi Perhatian Netizen

-Dalam perbincangan hingga larut malam, kami berbual mengenai topik bisnes, kehidupan sampailah pada topik ini yang semuanya tak terfikir langsung nak cerita.

“Bila tarikh nak mati?”

-Beliau bertanya dengan bersahaja kepada salah seorang kenalan yang hampir sebaya dengannya. Nadanya bukan sinikal, dia sempoi bersahaja memang nak berkongsi ilmu.

Krik… Krik.. Krik… 

-Kami semua berpandangan sesama sendiri. Serius seumur hidup saya, inilah ‘soalan maut pertama yang saya pernah dengar. Berat mulut nak menjawab.

“Anggaran umur saya mati…” anda pernah terfikir? Ada target?

-Okey, saya anggarkan saya mati di usia 60 tahun (wallahualam, ini anggaran sahaja), maka tolak dengan umur sekarang, berbaki lebih kurang 25 tahun lagi. Aduhai, pejam celik sekejap saja sebenarnya.

-Masa itu beliau terus mengapai pen melakar-lakar atas kertas tentang matlamat kematian. Saya terfikir mungkin dia nak cerita tentang Syurga Neraka agaknya. Rupanya telahan saya salah.
Matlamat Kematian ini adalah pelan hidup menuju kematian. Maksudnya bila buat formula ini kita dah tahu berapa banyak yg perlu kita ‘invest’ saham akhirat setiap BULAN.

-Maknanya kita dah peruntukkan duit itu siap-siap ke cabang saham selepas mati iaitu ilmu yang bermanfaat, anak soleh & sedekah.

-Kita akan nampak berapa figure sebenar yang patut invest berdasarkan Matlamat Kematian masing-masing setiap bulan. Ada lagi detail pecahan tapi panjang ceritanya sebab ada berkesinambungan dengan BIG WHY.

Kemudian entah macam mana terbuka cerita tentang set jenazah. Fara dah pun beli set itu. Saya pun minta nombor telefon tempat dia beli. Save nama “Kain Kapan” dengan harapan saya insaf.
Balik ke rumah malam itu, pandang siling, pandang kipas berpusing. Saya selalu terfikir “adakah aku punya banyak masa lagi?”. Itu kalau ikut target umur. Kalau buatnya esok lusa saya pergi, macam mana?


-Beberapa hari selepas itu, saya belek nombor telefon itu balik. Saya mesej nombor itu tetapi tak harap pun prompt reply siap fikir tak reply pun tak apalah. Teruk, kan?

-Tidak lama selepas itu, orang itu reply. Okay, finally selepas berperang perasaan (kejap nak kejap tak nak) saya nekad order set tersebut. Letak alamat di rumah parents di Seremban (nampak tak excited pun kan nak dapat?).

-Sebelum tarikh birthday saya, mak kata ada dapat parcel PosLaju. Seriously bila balik rumah, tengok bungkusan itu saya rasa kosong, tiada perasaan. Nak buka pun tiada mood.

-“Kan dah kata, siapa suruh beli?” bisik suara duniawi. 
Perlahan-lahan saya buka kotak yang berbalut kemas. Nampak kain putih, ada kapas, ada bungkusan barang-barang lain dalam plastik. Saya hidu sedikit botol itu, bau minyak mawar itu menusuk hidung mengingatkan saya kepada jenazah arwah ayah dua tahun lalu.

-“Inilah yang aku pakai nanti, aku pun bakal menjadi jenazah, bakal mengikut jejak ayah.
“Tiada lagi baju cantik bergaya bila bekerja. Tiada lagi tudung lilit yang selalu aku pakai. Tiada lagi makeup hatta eyeliner kegemaran. Tiada apa-apa, hanya kain kapan ini yang menungguku,”
Saya beritahu, “mak, kalau ada apa-apa terjadi pada Kak Ngah atau sesiapa, mak gunakan set ini ya. Orang letak siap-siap di hujung katil ini.”

-Entah macam mana datang kekuatan terkeluar dialog itu depan mak. Beliau terpinga-pinga mengiakan saja. Barangkali blur agaknya anak dia buang tabiat.

-Masuk ke bilik, air mata mengalir deras. Perasaan yang semacam, sebak, takut, insaf semuanya bercampur. Redha memang ini pengakhiranku. Bila tengok barang-barang ini, kita akan sedar sendiri. Kita akan faham tujuan hidup. Kalau nak cerita lebih pun susah sebab kita kena hadap sendiri baru tahu perasaannya.

Benarlah kata-kata “cukuplah kematian itu sebaik-baik pengajaran” dan inilah cara saya mengingati kematianku.

Terima kasih banyak-banyak Fara. Semoga Allah membalas segala kebaikanmu. 
Saya dah setting akaun Facebook kepada link contact pewaris sekiranya saya sudah tiada. Kalau nak tahu caranya, anda boleh check di Account Setting > Security Setting  > Legacy Contact.
Misi menyebarkan ilmu saya teruskan setiap hari. Itu salah satu saham akhirat dalam Pelan Matlamat Kematian. Saya tidak pandai bab agama tetapi saya lebih bab ilmu imej <– bagi manfaat juga. Apa sahaja ilmu yang anda ada, asalkan bermanfaat dikira saham akhirat.

-Jika saya ada berhutang dengan sesiapa dan terlupa nak bayar, sila PM saya. Mohon maaf di atas sebarang kesilapan andai kata ada terkasar bahasa, terguris rasa. Saya akui saya manusia yang terlalu banyak buat silap dan salah. Moga Allah mengampuni kita semua. Amin.


Sumber : pisangpanas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://putrajem.blogspot.com/2017/06/mak-kalau-kak-ngah-pergi-dulu-mak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Yang Patut Pergi Dulu Nenek

Saya Yang Patut Pergi Dulu Nenek

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 238 hits
Ahli keluarga Mohd Ilham Fahmi Mohd Azzam 17 tidur beralaskan tikar di hadapan sebuah rumah berhampiran lombong di Taman Putra Perdana berdekatan D Islands Puchong bagi menunggu berita mengenai remaja itu Nenek mangsa Che Piah Bahari 70 ber...
Dulu Gadis Ini Bahagia Cantik Comel Sekarang Hanya Mampu Panggil Mak

Dulu Gadis Ini Bahagia Cantik Comel Sekarang Hanya Mampu Panggil Mak

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 736 hits
DULU GADIS INI BAHAGIA CANTIK COMEL SEKARANG HANYA MAMPU PANGGIL MAK Seringkali kita mendengar kisah ibu tiri yang memilih kasih terhadap anak tiri kerana anak itu bukan lahir dari rahimnya Namun hakikatnya ada ibu tiri yang penuh sifat kas...
Haaa Padan Muka Siapa Suruh Tembak Bini Aku Dulu Bila Wife Call Reject Sekarang Siap Ajak Main Sama

Haaa Padan Muka Siapa Suruh Tembak Bini Aku Dulu Bila Wife Call Reject Sekarang Siap Ajak Main Sama

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 624 hits
Haaa padan muka Siapa suruh tembak bini aku Dulu bila wife call reject Sekarang siap ajak main samaTidak dinafikan permainan PlayerUnknown s Battlegrounds Mobile sememangnya diminati ramai dari usia kanak kanak hingga ke usia yang dah tua p...
Anak Selalu Melalak Bila Bangun Pagi Mak Ayah Nak Pergi Kerja Pun Lambat Ini Tip Mudah Anak Bangun Awal

Anak Selalu Melalak Bila Bangun Pagi Mak Ayah Nak Pergi Kerja Pun Lambat Ini Tip Mudah Anak Bangun Awal

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 744 hits
Alahai biasalah budak budak Memang susah nak bangun pagi Diorang dah biasa dari bayi lagi kita bangun pagi senyap senyap takut bising nanti anak terbangun Masa hantar kat pengasuh pun anak masih tidur lagi ANAK LIAT NAK BANGUN PAGI Memang m...
Desak Waytha Moorthy Letak Jawatan Satu Tindakan Keji Dan Memalukan

Desak Waytha Moorthy Letak Jawatan Satu Tindakan Keji Dan Memalukan

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 299 hits
PUTRAJAYA 24 Dis Sekumpulan aktivis termasuk peguam kontroversi Siti Zabedah Kassim mendakwa pihak yang mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy meletakkan jawatan dilihat cuba mengambil peluang menegakkan kebencian keta...
Saifuddin Dedahkan Kenapa Nurul Izzah Letak Jawatan Ketika Ds Anwar Ibrahim Sedang Bercuti

Saifuddin Dedahkan Kenapa Nurul Izzah Letak Jawatan Ketika Ds Anwar Ibrahim Sedang Bercuti

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 493 hits
Saifuddin Dedahkan Kenapa Nurul Izzah Letak Jawatan Ketika DS Anwar Ibrahim Sedang BercutiSaifuddin Dedahkan Kenapa Nurul Izzah Letak Jawatan Ketika DS Anwar Ibrahim Sedang Bercuti
Eloklah Waytha Moorty Letak Jawatan Sebagai Menteri Kadir Jasin

Eloklah Waytha Moorty Letak Jawatan Sebagai Menteri Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 282 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu P Waytha Moorthy perlu berundur sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana hilang kelayakan menjaga perpaduan nasional Desakan itu dibuat penulis blog The Scribe Datuk A Kadir ...
Rozan Buat U Turn Tak Jadi Letak Jawatan

Rozan Buat U Turn Tak Jadi Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 361 hits
MALAYSIAKINI Belum sampai 24 jam tempoh diberikan bekas anggota parlimen Batu Tian Chua Naib Ketua PKR cabang Batu Rozan Azen Mat Rasep menarik balik peletakan jawatan sebagai setiausaha anggota parlimen kawasan itu Malah Rozan berkata beli...
Datin Almy Nadia Akui Menangis Setiap Kali Letak Anak Bawah Lampu Fototerapi Peminat Kongsi Petua Pulihkan Jaundis

Datin Almy Nadia Akui Menangis Setiap Kali Letak Anak Bawah Lampu Fototerapi Peminat Kongsi Petua Pulihkan Jaundis

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 395 hits
Seorang ibu memang mudah tersentuh dengan keadaan anak Demikian juga Datin Almy Nadia apabila bayinya mengalami jaundis Anak ketiganya yang dilahirkan pada 15 Disember lalu dinamakan Nurafrina Ayra kini mengalami jaundis sehingga memerlukan...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Gloomy Tanjung Tembeling

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km

Bigwinauto

Ubat Tambah Darah Maltofer