Mak Itam Mak Cik Tak Akan Maafkan Dosa Komunis Sampai Bila Bila


Mak cik  tidak akan maafkan dosa anggota pasukan komunis  ‘Bintang Tiga’ yang membunuh dengan kejam lima ahli keluarga mak cik sampai bila-bila, kata warga emas, Tik Sulong, 86, sambil  meriba potret ahli keluarganya.
Sesekali Tik yang lebih mesra dengan panggilan ‘Mak Itam’ dikalangan penduduk Sungai Udang membetulkan kedudukanya di atas kerusi roda tanpa melepaskan bingkai potret yang diambil  bersama ahli keluarga ketika beliau berusia 15 tahun.
“Mereka (Komunis) bunuh ibu, Temun Manang dan empat lagi ahli keluarga mak cik tanpa rasa belas kesian walaupun berkali-kali arwah merayu agar tidak dibunuh dan wajah setiap pembunuh masih mak cik ingat hingga ke hari ini,”katanya sambil membacakan surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah ahli keluarganya yang terbubuh pada kira-kira pukul 6.00 pagi tanggal 10 Jun 1945.

Loading… Lima keluarga Tik yang mati dibunuh komunis ialah ibunya, Temun Manang, adik lelaki berusia dua tahun dan dua orang anak saudaranya yang masih kecil dibunuh dengan kejam di hadapan mata manakala abang ipar mati hangus selepas komunis membakar rumah.
Menceritakan detik hitam itu, Tik berkata ketika kejadian beliau dan ahli keluarga lain baharu selesai mengerjakan solat Subuh di rumah, manakala bapanya  Sulong Mohammad merupakan ketua kampung tiada rumah kerana ke sawah bagi memantau pekerja upahan  menuai padi pada ketika itu.
“Ibu pada masa itu sedang memasak air sebelum menyediakan sarapan pagi, tiba-tiba terdengar bunyi ketukan kuat pada pintu diukuti bunyi tembakan senapang berbalas-balas dan juga suara jeritan orang kampung  memberikan amaran supaya lari kerana komunis sedang menyerang.
“Mak cik berlari menarik tangan ibu serta adik yang masih kecil berumur dua tahun setengah keluar menerusi pintu belakang rumah ,”katanya.
Tik berkata beliau bersama ibu serta adik bongsunya berlari ke kolam ikan yang terletak kira-kira 10 meter dari belakang rumah, namum beberapa orang komunis dengan kejam menikam dengan lembing bahagian perut dan kemaluan ibunya.
“Ketika menahan kesakitan akibat ditikam ibu sempat merayu kepada komunis agar tidak membunuh adik bongsu, namum tanpa rasa belas kasihan komunis menikam bertalu-talu hingga ibu dan adik menghubuskan nafas terakhir,” katanya.
Katanya pada ketika itu beliau menyorok  dalam air paras dada di sebalik tumbuhan daun keladi yang memenuhi kolam ikan.
Tik berkata, dalam masa sama, kakaknya sempat melarikan diri namun anak yang didukungnya berusia tiga tahun terlepas kerana kain dukungan terlucut dan ditikam bertalu-talu oleh komunis.
Sementara suami bersama anak perempuannya kakaknya yang berumur lapan bulan turut mati ditikam di tingkat atas rumah kerana tidak sempat lari sebelum komunis bertindak membakar rumah berkenaan
“Tidak dapat saya lupakan bagaimana anak saudara menggelupur kesakitan selepas sejengkal isi perut terkeluar angkara tikaman komunis.
“Selepas komunis berlalu pergi, tentera Jepun bersama orang-orang kampung datang mencari dan memanggil nama ahli keluarga masing-masing dan ayah saya bagaikan orang gila hendak terjun dalam api yang sedang marak menyala kerana menyangkakan kami semua berada di dalam rumah ketika api sedang marak.
“Lima orang ahli keluarga kami terbunuh dalam tragedi itu, manakala lima orang lagi dari kalangan penduduk kampung yang lain. Jenazah abang ipar yang mati terbakar hanya tinggal sehasta. Suasana pengebumian kelima-lima jenazah ahli keluarga kami amat memilukan,” katanya.
Tik berkata  selepas tragedi itu, beliau sekeluarga yang terselamat tinggal menumpang selama empat malam di rumah orang yang bersimpati dengan nasib mereka di Batu Pahat sebelum berpindah dan menetap di Sungai Udang, Melaka.
Katanya pengalaman menyaksikan sendiri lauangan keramat ‘Merdeka’ oleh Tunku Abdul Rahman di padang Banda Hilir Melaka, pada 20 Feb 1956  adalah pengalaman paling manis dalam hidupnya setelah mengalami liku-liku kesusahan pada zaman sebelum Kemerdekaan negara.
“Sebelum Tunku ke London, saya dilantik sebagai wakil wanita Sungai Udang yang bertanggung jawab mengutip derma dan sumbangan daripada orang ramai untuk menampung kos rombongan tunku bagi mendapat kemerdekaan daripada penjajah British.
“Pada ketika itu semua bangsa dari kaum hawa dengan rela hati menanggalkan barang kemas pada badan masing-masing untuk didermakan kepada rombongan kemerdekaan… Allhamduillah perit, pedih, sedih yang dilalui sebelum ini terubat apabila Malaysia akhir mencapai kemerdekaan,”katanya. — Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/08/mak-itam-mak-cik-tak-akan-maafkan-dosa-komunis-sampai-bila-bila/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makcik Takkan Maafkan Dosa Mereka Warga Emas Terkenang 5 Ahli Keluarganya Dibunuh Komunis

Makcik Takkan Maafkan Dosa Mereka Warga Emas Terkenang 5 Ahli Keluarganya Dibunuh Komunis

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 300 hits
Mencapai sebuah kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah tapi tidak dinafikan bahawa ada segelintir masyarakat yang terlalu selesa dengan keamanan negara ini sehinggakan culas untuk menghargai pengorbanan para pejuang terdahulu Ya mungkin ke...
Terharu Mak Cik Cleaner Cuci Tandas Bersih Sangat Budak Sekolah Ni Berikan Penghargaan Tak Diduga

Terharu Mak Cik Cleaner Cuci Tandas Bersih Sangat Budak Sekolah Ni Berikan Penghargaan Tak Diduga

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 417 hits
Kerja sebagai pekerja kebersihan atau cleaner satu tugas yang mulia Mereka yang menjadikannya sebagai sumber rezeki berusaha menjaga kebersihan dan keceriaan sesuatu kawasan demi memastikan orang lain sentiasa berasa selesa Tambahan lagi go...
Aku Tak Percaya Bunian Ni Sampailah Terjadi Kat Mak Cik Aku Didatangi Lelaki Tua Ketika Bermain Di Busut

Aku Tak Percaya Bunian Ni Sampailah Terjadi Kat Mak Cik Aku Didatangi Lelaki Tua Ketika Bermain Di Busut

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 413 hits
Selain manusia haiwan mahupun tumbuhan yang hidup di muka bumi ini kehadiran makhluk yang tidak mampu terlihat oleh mata kasar kita juga tidak boleh dinafikan Selari dengan Rukun Iman setiap perkara ini perlulah kita percaya namun jangan te...
Tak Guna Pergi Masjid Tapi Tak Solat Kisah Wanita Mualaf Tak Mahu Lagi Ke Masjid Lepas Disindir Mak Cik Bawang

Tak Guna Pergi Masjid Tapi Tak Solat Kisah Wanita Mualaf Tak Mahu Lagi Ke Masjid Lepas Disindir Mak Cik Bawang

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 557 hits
Benar hidayah itu milik Allah tetapi ia perlu sentiasa dicari dan bukannya hanya dinanti Malah tiada siapa pun dapat menjangka bila Sang Pencipta akan menggerakkan hati seseorang untuk menerimanya Dan tentu ramai di antara kita yang pernah ...
Construction Of Air Itam Lce Expressway Bypass To Be Delayed

Construction Of Air Itam Lce Expressway Bypass To Be Delayed

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 245 hits
Construction of the elevated highway from Air Itam to the Tun Dr Lim Chong Eu Expressway which was slated to start on Sept 1 may be delayed According to Penang Chief Minister Chow Kon Yeow the state government and developer Zenith Consortiu...
Air Boba Cik B Kena Kecam Harga Mahal Tak Sedap

Air Boba Cik B Kena Kecam Harga Mahal Tak Sedap

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 1058 hits
Cik B Jual Air Boba RM15 Tapi Netizen Menyesal Beli Sebab Tak Sedap Selepas salted egg salmon kini anak gadis Dato Seri Vida yang mesra dipanggil Cik B mula menjual air boba viral yang digilai ramai netizen Tapi baru je dilancarkan dengar c...
Blog Cik Matahariku Capai Pageviews Ke 43 Juta Views Masih Relevankah Blog Pada Masa Kini

Blog Cik Matahariku Capai Pageviews Ke 43 Juta Views Masih Relevankah Blog Pada Masa Kini

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 258 hits
As SalamBlog Cik Matahariku Capai Pageviews ke 43 Juta Views Masih Relevankah Blog Pada Masa Kini Alhamdulillah Syukur Hari ke 16 pada bulan Ogos barulah saya berkesempatan update blog Cuti Aidil Adha bersambung dengan cuti penggal sekolah ...
Sempat Viral Maafkan Sang Anak Yang Injak Kepalanya Ibu Rusmini Dikabarkan Meninggal Dunia

Sempat Viral Maafkan Sang Anak Yang Injak Kepalanya Ibu Rusmini Dikabarkan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 412 hits
Sempat viral kisah anak kandung yang tega injak kepala ibunya kini ibu yang sudah maafkan putranya meninggal dunia Kisah viral dari wilayah Tegalsari Surabaya Jawa Timur yang memperlihatkan sikap anak yang aniaya ibunya kini kembali berlanj...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025