Makcik Takkan Maafkan Dosa Mereka Warga Emas Terkenang 5 Ahli Keluarganya Dibunuh Komunis


Mencapai sebuah kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah, tapi tidak dinafikan bahawa ada segelintir masyarakat yang terlalu selesa dengan keamanan negara ini sehinggakan culas untuk menghargai pengorbanan para pejuang terdahulu.
Ya, mungkin kerana mereka sendiri tidak pernah merasakan betapa peritnya berada dalam zaman itu. Hanya sekadar mendengar cerita tentang kemerdekaan tanpa benar-benar menghayati.
Justeru, seorang warga emas yang dikenali sebagai Tik Sulong (86) ingin berkongsikan kisah yang terjadi pada dirinya sendiri.
Mak cik  tidak akan maafkan dosa anggota pasukan komunis  ‘Bintang Tiga’ yang membunuh dengan kejam lima ahli keluarga mak cik sampai bila-bila. Sesekali Tik yang lebih mesra dengan panggilan ‘Mak Itam’ dikalangan penduduk Sungai Udang membetulkan kedudukanya di atas kerusi roda tanpa melepaskan bingkai potret yang diambil  bersama  ahli keluarga ketika beliau berusia 15 tahun.
“Mereka (Komunis)  bunuh ibu, Temun Manang dan empat lagi ahli keluarga mak cik tanpa rasa belas kesian walaupun berkali-kali arwah merayu agar tidak dibunuh dan wajah setiap pembunuh masih mak cik ingat hingga ke hari ini,”katanya sambil membacakan surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah ahli keluarganya yang terbubuh pada kira-kira pukul 6.00 pagi tanggal 10 Jun 1945.
Lima keluarga Tik yang mati dibunuh komunis ialah ibunya, Temun Manang, adik lelaki berusia dua tahun dan dua orang anak saudaranya yang masih kecil dibunuh dengan kejam di hadapan mata manakala abang ipar mati hangus selepas komunis membakar rumah.
Menceritakan detik hitam itu, Tik berkata ketika kejadian beliau dan ahli keluarga lain baharu selesai mengerjakan solat Subuh di rumah. Manakala bapanya  Sulong Mohammad merupakan ketua kampung tiada rumah kerana ke sawah bagi memantau pekerja upahan  menuai padi pada ketika itu.
“Ibu pada masa itu sedang memasak air sebelum menyediakan sarapan pagi, tiba-tiba terdengar bunyi ketukan kuat pada pintu diukuti bunyi tembakan senapang berbalas-balas dan juga suara jeritan orang kampung  memberikan amaran supaya lari kerana komunis sedang menyerang.
“Mak cik berlari menarik tangan ibu serta adik yang masih kecil berumur dua tahun setengah keluar menerusi pintu belakang rumah ,”katanya.
Tik berkata beliau bersama ibu serta adik bongsunya berlari ke kolam ikan yang terletak kira-kira 10 meter dari belakang rumah. Namun beberapa orang komunis dengan kejam menikam dengan lembing bahagian perut dan kemaluan ibunya.
“Ketika menahan kesakitan akibat ditikam ibu sempat merayu kepada komunis agar tidak membunuh adik bongsu, namum tanpa rasa belas kasihan komunis menikam bertalu-talu hingga ibu dan adik menghubuskan nafas terakhir,”katanya.
Katanya pada ketika itu beliau menyorok  dalam air paras dada di sebalik tumbuhan daun keladi yang memenuhi kolam ikan.
Tik berkata, dalam masa sama, kakaknya sempat melarikan diri namun anak yang didukungnya berusia tiga tahun terlepas kerana kain dukungan terlucut dan ditikam bertalu-talu oleh komunis.
Sementara suami bersama anak perempuannya kakaknya yang berumur lapan bulan turut mati ditikam di tingkat atas rumah kerana tidak sempat lari sebelum komunis bertindak membakar rumah berkenaan
“Tidak dapat saya lupakan bagaimana anak saudara menggelupur kesakitan selepas sejengkal isi perut terkeluar angkara tikaman komunis.” “Selepas komunis berlalu pergi, tentera Jepun bersama orang-orang kampung datang mencari dan memanggil nama ahli keluarga masing-masing dan ayah saya bagaikan orang gila hendak terjun dalam api yang sedang marak menyala kerana menyangkakan kami semua berada di dalam rumah ketika api sedang marak.
“Lima orang ahli keluarga kami terbunuh dalam tragedi itu, manakala lima orang lagi dari kalangan penduduk kampung yang lain. Jenazah abang ipar yang mati terbakar hanya tinggal sehasta. Suasana pengebumian kelima-lima jenazah ahli keluarga kami amat memilukan,” katanya.
Tik berkata  selepas tragedi itu, beliau sekeluarga yang terselamat tinggal menumpang selama empat malam di rumah orang yang bersimpati dengan nasib mereka di Batu Pahat sebelum berpindah dan menetap di Sungai Udang, Melaka.
Katanya pengalaman menyaksikan sendiri lauangan keramat ‘Merdeka’ oleh Tunku Abdul Rahman di padang Banda Hilir Melaka, pada 20 Feb 1956  adalah pengalaman paling manis dalam hidupnya setelah mengalami liku-liku kesusahan pada zaman sebelum Kemerdekaan negara.
“Sebelum Tunku ke London, saya dilantik sebagai wakil wanita Sungai Udang yang bertanggung jawab mengutip derma dan sumbangan daripada orang ramai untuk menampung kos rombongan tunku bagi mendapat kemerdekaan daripada penjajah British.
“Pada ketika itu semua bangsa dari kaum hawa dengan rela hati menanggalkan barang kemas pada badan masing-masing untuk didermakan kepada rombongan kemerdekaan Allhamduillah perit, pedih, sedih yang dilalui sebelum ini terubat apabila Malaysia akhir mencapai kemerdekaan,”katanya.
Sumber: BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/25/makcik-takkan-maafkan-dosa-mereka-warga-emas-terkenang-5-ahli-keluarganya-dibunuh-komunis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Itam Mak Cik Tak Akan Maafkan Dosa Komunis Sampai Bila Bila

Mak Itam Mak Cik Tak Akan Maafkan Dosa Komunis Sampai Bila Bila

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 288 hits
Mak cik tidak akan maafkan dosa anggota pasukan komunis Bintang Tiga yang membunuh dengan kejam lima ahli keluarga mak cik sampai bila bila kata warga emas Tik Sulong 86 sambil meriba potret ahli keluarganya Sesekali Tik yang lebih mesra de...
Tular Warga Emas Nikahi Gadis 27 Tahun Ini Kisah Bagaimana Cinta Mereka Berputik

Tular Warga Emas Nikahi Gadis 27 Tahun Ini Kisah Bagaimana Cinta Mereka Berputik

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 345 hits
Betullah pepatah ada berkata cinta tidak mengenal usia kerana baru baru ini tular satu foto mengenai seorang warga emas yang berusia 83 tahun menikahi gadis berumur 27 tahun di Kabupaten Tegal Pertemuan kali pertama ini menimbulkan rasa cin...
Suami Isteri Datang Tuntut Bayaran Sewa Rumah Dibunuh 2 Penyewa Warga Asing

Suami Isteri Datang Tuntut Bayaran Sewa Rumah Dibunuh 2 Penyewa Warga Asing

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 510 hits
Susulan penemuan mayat wanita yang disumbat dalam beg pakaian polis telah menahan dua suspek lelaki warga asing yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh itu Mayat mangsa Tan Siew Mee 52 ditemui disumbat dalam beg pakaian yang dicampak ke da...
32 Premis Usia 100 Tahun Hangus Wanita Warga Emas Ditemui Rentung

32 Premis Usia 100 Tahun Hangus Wanita Warga Emas Ditemui Rentung

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 315 hits
Sebanyak 32 premis bangunan di Sungai Lembing Kuantan yang dianggar berusia lebih 100 tahun hangus Foto ihsan Facebook Si BongsuKUANTAN 31 Ogos Mayat seorang warga emas dipercayai wanita ditemukan rentung di salah sebuah rumah yang terlibat...
Warga Emas Tertelan Gigi Palsu Ketika Jalani Pembedahan

Warga Emas Tertelan Gigi Palsu Ketika Jalani Pembedahan

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 318 hits
LONDON Seorang warga emas menghabiskan lapan hari dengan gigi palsunya tersangkut di dalam kerongkong selepas dia terlupa mencabutnya sebelum ditelan ketika menjalani satu pembedahan dekat sini baru baru ini lapor jurnal BMJ Case Reports Pe...
Isteri Tak Harap Dapat Hadiah Dari Suami Cukuplah Sekadar Beri Hati Emas Pada Mereka

Isteri Tak Harap Dapat Hadiah Dari Suami Cukuplah Sekadar Beri Hati Emas Pada Mereka

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 673 hits
Pasangan Akim Ahmad dan Stacy Anam memang disukai ramai kerana mereka romantis tetapi tidak berlebihan Suka bergurau dan saling mengusik antara satu sama lain Mereka boleh dikatakan pasangan sempoi yang menghargai antara satu sama lain Tela...
Pura Pura Haus Lepas Buru Ayam Denak Warga Emas Didakwa Disamun Lelaki Bersenjata

Pura Pura Haus Lepas Buru Ayam Denak Warga Emas Didakwa Disamun Lelaki Bersenjata

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 250 hits
Kini terdapat pelbagai cara untuk para penjenayah untuk memperdaya mangsanya Oleh itu semua orang dinasihatkan supaya berhati hati untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini dari terjadi Terbaru seorang wanita warga emas telah ...
Warga Emas Rugi Rm 67 000 Ditipu Polis Palsu

Warga Emas Rugi Rm 67 000 Ditipu Polis Palsu

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 273 hits
Kuantan 25 Ogos Seorang pesara syarikat penghantaran mendakwa kerugian RM67 000 selepas termakan helah pegawai polis palsu yang kononnya menjalankan siasatan terhadapnya bagi kesalahan judi dan wang haram Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kome...
Wanita Warga Emas Cedera Akibat Letupan Di Rumah

Wanita Warga Emas Cedera Akibat Letupan Di Rumah

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 330 hits
GEORGE TOWN 18 Ogos Seorang wanita warga emas mengalami beberapa kecederaan pada anggota badan selepas berlaku letupan di dalam rumahnya di Tingkat 20 Pangsapuri Desa Green Jalan Paya Terubong di sini hari ini Dalam kejadian kira kira pukul...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti