Mak Ayah Mana Yang Suka Anak Sakit Nourul Depp Trauma Anak Lelaki Diserang Sawan


Pengalaman berdepan dengan anak yang terkena sawan cukup menyukarkan. Cemas dan trauma dengan keadaan sebegitu. Penyanyi Nourul Depp baru-baru ini berdepan dengan keadaan yang sama bila mana, anak lelakinya, Raphael Depp terkena sawan sebelum dimasukkan ke hospital disebabkan demam denggi.
Menceritakan detik cemas itu, Nurul berkongsi kisahnya yang panik saat anaknya terkena sawan. Menurut Nourul, 43, Raphael juga diserang sawan selepas kali terakhir berlaku pada tahun 2018.

“Dah balik ‘merentas desa’ dari Cyberjaya ke Shah Alam dan ke Kuala Lumpur, anak kuat kami ni demam dan kena lagi fibral fit dia tu (tarik). Selepas sudah dua tahun solid tak kena.
“Mak dia jenuh berkuntau dalam kereta bila dia kena tarik dalam panas lit lit balik sekolah lepas sekolah call. Haaa apa lagi masuk hospital lah!
“Sekali check darah laaaaa … patutlah demam sat sat. Rupanya denggi! Biadap punya nyamuk. Hang saja suka anak kecik kan.
“Mak mana tak risau. Kami panik jugak la. Ya Allah… luruh hati tengok dia tarik dalam seminit setengah tu,” katanya di Instagram.

Luluh Hati Tengok Anak Dicucuk Jarum
Hati ibu mana yang tidak luluh melihat anak menangis, apa lagi meronta saat anak dicucuk jarum untuk memasukkan air. Tidak sanggup rasanya. Kata Nourul dia juga berdepan hal yang sama.
Malah kata Nourul lagi, demam denggi anaknya tidak tinggi malah melalui sedang melalui proses penyembuhan.
“Sampai hospital, apa lagi semestinya kena masuk drip semua kan. Adoiii.. Mama pun nak nangis tengok masuk jarum.
“Denggi tak tinggi. Kami pelik laa nyamuk denggi ni. Doktor kata mungkin dah empat hingga lima hari kena tapi badan #raphaeldepp di tahap nak sembuh. Kami blur sat”.

Raphael Makin Stabil
Sementara itu, isteri kepada Eric Depp ini juga turut melahirkan rasa syukur selepas melihat keadaan anak kesayangannya yang semakin stabil malah kini melalui proses penyembuhan.
“Hang ni memang robocop lah Raphael oiii. Mama papa bersyukur tak teruk. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
“Takut bahagian tarik tu. Kami trauma sat. Hilang cool kami terpanik hari ini. Mungkin sebab hormon pun dok nak betul lagi lepas kami tiga minggu buat #hysterectomy.
“Yang pasti, parents mana suka anak sakit. Semoga Allah pelihara anak anak kita dan beri kesihatan yang baik. Amin,” tulisnya lagi.
Nourul berkahwin dengan Eric Daniel Depp dan pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp. Nourul turut mempunyai seorang anak lagi, Ayu Nazirah, melalui perkahwinannya yang terdahulu.
 
 
View this post on Instagram  
Kisahnya hari ni hari qeta. Dah balik “merentas desa dari cyberjaya ke shah alam and ke KL; anak kuat kami ni demam dan kena lagi fibral fit dia tu (tarik) Lepas dah 2 tahun solid tak kena. Mak dia jenuh berkuntau dalm qeta bila dia kena tarik dalam panas lit lit balik sekolah lepas sekolah call. Haaa apa lagi masuk hospital lh! Sekali check darah; laaaaa … patutlah demam sat sat. Rupanya denggi! Biadap punya nyamuk. Hang saja suka anak kecik kan Mak mana tak risau. Kami panik jugak la. Ya Allah… luruh hati tengok dia tarik dalam 1 min setengah tu Sampai hospital, apa lagi of course kena masuk drip semua kn. adoiii … mama pun nak nangeh tengok masuk jarum teruih terpikiaq, itu yang hanya jatuh sakit kena denggi. Macam mana kes anak orang lain yang lebih teruk dari ni? macam mana hati mak pak tu nak tanggung tengok deriita anak Denggi tak tinggi. Kami pelik laa nyamuk denggi ni. Doktor kata mungkin dah 4-5 hari kena tapi badan #raphaeldepp di tahap nak healing. Kami blur sat… Hang ni memang robocop lah raphael oiii. Mama papa bersyukur tak teruk. Alhamdulillah alhamdulillah Alhamdulillah. Takut part tarik tu. Kami trauma sat. Hilang cool. Kami terpanik hari ni Mungkin sebab hormon pun dok nak betui lgi lepas kami 3 minggu buat #hysterectomy Yang pasti, parents mana suka anak sakit… Semoga Allah pelihara anak anak kita dan beri kesihatan yang baik. Amin amin. YRA
A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on Sep 29, 2020 at 7:28am PDT

EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?

Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Menarik: Banyak Beza Alahan Kali Ni Lebih Lama Scha Alyahya Akui Cepat Penat Tapi Emosi Lebih Relaks!
The post “Mak Ayah Mana Yang Suka Anak Sakit, Nourul Depp Trauma Anak Lelaki Diserang Sawan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mak-ayah-mana-yang-suka-anak-sakit-nourul-depp-trauma-anak-lelaki-diserang-sawan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Luruh Hati Tengok Anak Kena Tarik Penyanyi Nourul Depp Panik Tengok Anak Kena Sawan Akibat Demam Denggi

Hiburan Luruh Hati Tengok Anak Kena Tarik Penyanyi Nourul Depp Panik Tengok Anak Kena Sawan Akibat Demam Denggi

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 458 hits
Penyanyi Nourul Depp baru baru ini tampil menceritakan detik cemasa apabila anak lelakinya Raphael Depp telah dimasukkan ke hospital akibat demam denggi Menurut penyanyi itu Raphael juga dilaporkan telah diserang sawan atau dikenali sebagai...
Nourul Panik Bila Anak Ketiga Diserang Sawan Demam Denggi

Nourul Panik Bila Anak Ketiga Diserang Sawan Demam Denggi

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 230 hits
Menerusi satu netri yang dimuat naik di laman Instagram penyanyi Nourul Depp menceritakan detik cemas dimana anak ketiganya Raphael Depp telah dimasukkan ke hospital disebabkan demam denggi Menurut Nourul 43 Raphael juga diserang sawan sele...
Petanda Anak Mungkin Ada Masalah Sensori 9 Tingkah Laku Ni Mak Ayah Wajib Periksa

Petanda Anak Mungkin Ada Masalah Sensori 9 Tingkah Laku Ni Mak Ayah Wajib Periksa

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 320 hits
Perilaku anak anak kita adakalanya memberi petanda kepada perkembangan diri anak anak kita Masalah sensori merupakan sebagian masalah yang kurang disedari oleh ibu bapa Mungkin kita tidak perasaan atau kurang memberi perhatian berkenaan mas...
Anak Gesel Gigi Waktu Tidur Mak Ayah Jangan Biarkan Mungkin Petanda Alami Stress

Anak Gesel Gigi Waktu Tidur Mak Ayah Jangan Biarkan Mungkin Petanda Alami Stress

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 394 hits
Malam nak tidur tiba tiba bunyi gigi bergesel agak menakutkan mendengarnya bila diperiksa rupanya anak lelaki yang masih kecil tidur dengan keadaan begitu Perkara tersebut mungkin merisaukan ibu ayah Malah ada yang berlarutan sehingga usia ...
Biar Anak Slow Steady Tapi Janganlah Slow Sangat Dr Izzar Saran Mak Ayah Periksa Perkembangan Anak

Biar Anak Slow Steady Tapi Janganlah Slow Sangat Dr Izzar Saran Mak Ayah Periksa Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 372 hits
Perkembangan anak kita tak sama dengan anak orang lain Jadi janganlah cuba buat perbandingan dengan rakan rakan sebayanya Setiap anak ada perkembangannya sendiri Beri ruang dan masa anak kita untuk menonjolkan potensi dirinya agar perkemban...
Hilang Sakit Fawwaz Selepas Dihempap Peti Ais Terima Kasih 6 Tahun Jadi Anak Ibu Ayah

Hilang Sakit Fawwaz Selepas Dihempap Peti Ais Terima Kasih 6 Tahun Jadi Anak Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 380 hits
Pemergian anak syurga Muhammad Fawwaz Adli pada 28 Ogos lalu selepas setahun dua bulan terlantar sakit akibat dihempap peti ais masih dirasai oleh kedua ibu bapanya Mana tidaknya sepanjang arwah Fawwaz sakit pelbagai ikhtiar dilakukan untuk...
Anak Menangis Merengek Datangnya Dari Kita Mak Ayah Cuba Beri Perhatian

Anak Menangis Merengek Datangnya Dari Kita Mak Ayah Cuba Beri Perhatian

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 405 hits
Kita selalu menyalahkan anak anak buat perangai asyik menangis dan merengek setiap masa Berkepit dan gelisah bila ibu atau ayah tidak ada Perilaku anak kecil sebegini datangnya daripada kita Petanda petanda ini membuktikan bahawa anak seben...
Biar Anak Belajar Rasa Frust Tak Dapat Barang Itu Masa Terbaik Mak Ayah Bentuk Sikapnya

Biar Anak Belajar Rasa Frust Tak Dapat Barang Itu Masa Terbaik Mak Ayah Bentuk Sikapnya

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 300 hits
Dengar je anak menangis nak sesuatu terus kita rasa panic risau anak frust ataupun risau pandangan mata orang sekeliling Biar anak belajar rasa frust tak dapat barang itu masa terbaik mak ayah bentuk sikapnya Jangan panik bila anak kita men...
Disleksia Tak Perlukan Ubat Didik Bentuklah Mereka 24 Kelebihan Anak Disleksia Mak Ayah Perlu Tahu

Disleksia Tak Perlukan Ubat Didik Bentuklah Mereka 24 Kelebihan Anak Disleksia Mak Ayah Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 421 hits
Anak disleksia sememangnya cukup istimewa Mereka penuh dengan idea malah mempunyai tahap kecerdasan IQ yang normal tidak berlebih lebih atau terlalu lemah Menurut Ahli Terapi Cara Kerja disleksia sebenarnya tidak memerlukan ubat sebaliknya ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash