Majlis Ulama Tak Mampu Pulih Imej Calar Umno Kata Ahli Akademik


freemalaysiatoday.com
Samuel Chua
-January 20, 2023 8:15 AM
Veteran parti Dusuki Ahmad (kiri) dilantik sebagai pengerusi Majlis Ulama Umno, yang penubuhannya mahu disegerakan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar Facebook Ahmad Zahid Hamidi)
PETALING JAYA: Majlis Ulama Umno tidak mampu memberi kesan besar sekiranya parti tidak melaksanakan reformasi dan menyelami sentimen pengundi, kata ahli akademik.

Syed Arabi Idid daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, Umno berdepan masalah menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dan tidak nampak apa yang dimahukan pengundi daripada parti itu.

Beliau mengakui Majlis Ulama itu mempunyai potensi membawa perubahan dan memberikan sumbangan yang besar.

“Namun, selagi isu akar seperti imej, politik wang dan naungan tidak diselesaikan pada peringkat pimpinan tertinggi, majlis itu tidak akan membawa kesan besar,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pembentukan Majlis Ulama Umno, yang dicadangkan 12 tahun lepas dan kini diketuai veteran Umno Dusuki Ahmad.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mahu penubuhan majlis itu disegerakan.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia berkata, pembentukan majlis itu adalah sebagai respon terhadap “gelombang hijau” dibawa Perikatan Nasional-PAS, yang dapat dilihat pada PRU15 November lepas/

“Bagaimanapun, sudah terlambat untuk menyelamatkan imej Umno daripada dakwaan menjadi parti rasuah. Sekiranya parti itu mahu menggunakan majlis itu untuk meningkatkan imej Islamiknya, terma dan syaratnya mestilah jelas,” katanya.

Fauzi turut mempersoalkan sama ada majlis terbabit akan bebas daripada campur tangan pemimpin tinggi.

“Jika ada pimpinan parti didapati bersalah kerana rasuah, bolehkan majlis itu ‘memencilkan’ mereka, jika mereka yang bertanggungjawab menubuhkan (Majlis Ulama) dan melantik ahlinya?”

Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata, pembentukan Majlis Ulama Umno itu bertujuan untuk mendekatkan parti itu dengan masyarakat Melayu menjelang PRN tidak lama lagi.

Ini susulan prestasi buruk Umno pada PRU15, yang hanya sekadar menang 26 kerusi.

Menurut PAS, PN berjaya mendapatkan sokongan 54% pengundi Melayu, berbanding Barisan Nasional sebanyak 33%

“Ini langkah awal Umno mengukuh dan memperbaiki imejnya dari sudut pandang Islam. Majlis itu juga ditubuh sebagai sokongan kepada parti,” kata Awang Azman.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/majlis-ulama-tak-mampu-pulih-imej-calar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dasuki Dilantik Pengerusi Majlis Ulama Umno

Dasuki Dilantik Pengerusi Majlis Ulama Umno

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 119 hits
Datuk Dusuki Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Majlis Ulama UMNO yang baharu ditubuhkan Pelantikan tersebut sebagai mengiktiraf kemampuan beliau yang bukan sahaja sebagai ulama pemikir dan Veteran UMNO tetapi mempunyai pengalaman luas dalam ...
Majlis Ulama Umno Siapa Untung Siapa Tak

Majlis Ulama Umno Siapa Untung Siapa Tak

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 234 hits
freemalaysiatoday com January 20 2023 9 00 AMDiberitakan pembentukan majlis Ulama Umno pertama kali dicadangkan pada perhimpunan agung parti 12 tahun lalu Ada yang kata 14 tahun lalu Tak mengapa bila Realitinya majlis itu sudah ditubuhkan o...
Umno Tubuhkan Majlis Ulama

Umno Tubuhkan Majlis Ulama

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 324 hits
Umno Tubuhkan Majlis Ulama Bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada Umno ekoran rancangan parti terbabit mahu menubuhkan majlis ulama Menurut Mohd Khairuddin Aman Razali penubuhan majlis ulama berkenaan adala...
Umno Milik Semua Ahli Bukan Mkt Sahaja Kata Kj

Umno Milik Semua Ahli Bukan Mkt Sahaja Kata Kj

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 142 hits
satuberita myBy January 26 2023BEKAS Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menegaskan UMNO adalah milik semua ahlinya bukan milik Ahli Majlis Kerja Tertinggi sahaja Menurut Khairy memiliki sudut pandang yang berbeza dengan pucuk pimpinan tida...
10 Ahli Parlimen Umno Sokong Muhyiddin Perlu Dikenakan Tindakan Kata Pemimpin Umno

10 Ahli Parlimen Umno Sokong Muhyiddin Perlu Dikenakan Tindakan Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 144 hits
freemalaysiatoday com January 11 2023 11 41 PMAhli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein Ahli Parlimen Simpang Renggam Hasni Mohammad dan Ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong antara 10 Ahli Parlimen BN yang menandatangani SD menyokong Pen...
Zahid Duri Dalam Daging Kepada Umno Ph Kata Pemimpin Dap

Zahid Duri Dalam Daging Kepada Umno Ph Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 184 hits
agendaily com15 01 2023Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri mengkritik Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dianggapnya sebagai liabiliti kepada Pakatan Harapan dan kerajaan Datuk Seri ...
Pau 2023 Hanya Akan Dihadiri Oleh Ahli Umno Bn Dan Friends Of Bn Sahaja

Pau 2023 Hanya Akan Dihadiri Oleh Ahli Umno Bn Dan Friends Of Bn Sahaja

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 166 hits
KUANTAN Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan hanya ahli parti itu komponen Barisan Nasional dan Friends of BN yang akan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2023 pada 11 hingga 14 Januari ini Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan ...
Umno Kembali Ikut Cara Lama Kata Ku Li Selepas Top 2 Tak Dipertanding

Umno Kembali Ikut Cara Lama Kata Ku Li Selepas Top 2 Tak Dipertanding

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 150 hits
freemalaysiatoday com January 14 2023 7 46 PMTengku Razaleigh Hamzah berkata mereka bimbang Umno berpecah dan sebab itu tak mahu perlawanan KUALA LUMPUR Keputusan Perhimpunan Agung Umno meluluskan usul dua jawatan tertinggi tidak dipertandi...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Adab Apabila Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin

Menjadi Kesalahan Dan Teladan Buruk Jika Kerajaan Tidak Akur Dekree Ydpa

Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengetua Sekolah Negeri Johor 2024

Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ

Wanita Cedera Diragut Ketika Menunggang Motosikal

Kes Lelaki Israel 10 Ditahan Semula Bawah Sosma