Majlis Perkahwinan Tanggungjawab Suami Atau Mertua



Soalan:
Adakah majlis walimah atau kenduri kahwin itu merupakan tanggungjawab suami ataupun keluarga pengantin perempuan? Mohon penjelasan.

Jawapan:
Menurut kitab Al-Feqh al-Manhaji, Al-Walimah diambil dari perkataan الولْم yang membawa erti berhimpun atau berkumpul. Dinamakan dengan yang demikian itu kerana kedua pasangan suami isteri berkumpul padanya (majlis perkahwinan). Kemudian disebutkan, al walimah merupakan makanan perkahwinan, atau kesemua makanan yang dibuat untuk dijemput (orang ramai) dan selainnya. [Rujuk Al-Feqh al-Manhaji (2/92)]

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A bahawa Abd al-Rahman bin ‘Auf telah berkahwin. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda kepadanya:

‏ أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ
“Hendaklah kamu melakukan majlis perkahwinan sekalipun dengan seekor kambing.” [Riwayat Muslim (1427)]

Secara zahir dari hadis di atas, mengadakan walimah atau majlis perkahwinan adalah dituntut selepas perkahwinan dilangsungkan. Meskipun begitu, para ulama berbeza pendapat kepada implikasi tuntutan tersebut, sama ada ia membawa kepada hukum wajibnya majlis walimah ataupun hukumnya adalah sunat sahaja.

Pendapat pertama menyatakan bahawa hukum walimah adalah wajib. Mereka yang berpegang dengan pendapat ini menyatakan hujahnya berdasarkan zahir arahan “lakukanlah walimah”. Kaedah menyebut: “Kata perintah membawa hukum wajib”.

Tambahan pula, hukum menghadiri jemputan walimah adalah wajib sekiranya tiada keuzuran. Justeru, menjalankan majlis walimah itu sudah tentu turut diwajibkan.

Manakala pendapat yang kedua merupakan pandangan para fuqaha’ iaitu hukum mengadakan walimah adalah sunat muakkad. Oleh kerana itu, Imam Abu Dawud dalam menukilkan hadis-hadis walimah ini beliau letakkan di bawah tajuk:

باب فِي اسْتِحْبَابِ الْوَلِيمَةِ عِنْدَ النِّكَاحِ
“Bab Pada Menyatakan Sunatnya Walimah ketika Perkahwinan”.

Demikian juga dalam kitab Al-Feqh al-Manhaji menyebut: “Hukum walimah adalah sunat muakkad”.

Mereka juga berpendapat bahawa majlis perkahwinan ini adalah sama sahaja dengan majlis-majlis jamuan yang lain dari sudut hukum asal mengadakan majlis jamuan makan adalah sunat sahaja.

Demikian juga pada pandangan mereka, tidak tepat untuk dikatakan bahawa hukum mengadakan walimah adalah wajib disebabkan hukum menghadiri walimah adalah wajib. Ini kerana, dalam isu memberi salam ia juga dituntut dalam agama. Namun, memberi salam hukumnya sunat dan ini berbeza dengan hukum menjawab salam iaitu wajib.

Majlis Perkahwinan Tanggungjawab Siapa?

Berkenaan isu siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan majlis perkahwinan, terdapat dua pandangan utama dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Sebahagian berpendapat bahawa majlis perkahwinan merupakan tanggungjawab suami iaitu pengantin lelaki. Manakala sebahagian lagi menyatakan bahawa urusan majlis perkahwinan adalah merupakan tanggungjawab keluarga mertua.

Syeikh Muhammad bin Ahmad al-Syathiri menimbulkan persoalan sama ada walimah disunatkan kepada suami atau isteri. Lalu beliau menyatakan: “Para ulama berpendapat bahawa walimah disunatkan kepada suami (pengantin lelaki). Melainkan sebahagian ulama berpendapat bahawa ia disunatkan dengan seruan yang umum (iaitu tanpa dikhususkan kepada sesiapa), bagi tujuan menzahirkan kegembiraan dan keseronokan.”

Beliau turut menukilkan pendapat dari Syeikh Daud al-Zahiri yang menyatakan bahawa walimah itu wajib ke atas suami. Berdasarkan perintah Nabi S.A.W kepada Abdul Rahman bin ‘Auf.

Manakala para ulama Syafi’eyyah meletakkan arahan tersebut kepada hukum sunat (iaitu sunat bagi suami melakukan walimah). [Rujuk Syarah Yaqut al-Nafis, Muhammad bin Ahmad al-Syathiri (Hlm. 597)]

Pandangan yang menyatakan tanggungjawab mendirikan majlis walimah terletak pada bahu pengantin lelaki berhujahkan kepada hadis arahan Nabi S.A.W kepada Abd al-Rahman bin ‘Auf di atas. Ini kerana, baginda S.A.W menyatakan kepada beliau أولم (lakukanlah walimah). Namun dalam masa yang sama, baginda tidak menyatakan kepada pihak mertua Abd al-Rahman bin ‘Auf أولموا (lakukanlah kamu semua majlis perkahwinan). Justeru, majlis walimah itu disyariatkan kepada hak pengantin lelaki.

Selain itu, kenikmatan (perkahwinan) pada hak seorang suami adalah lebih besar berbanding kenikmatannya pada hak seorang isteri. Demikian juga menjadi kebiasaan bahawa orang lelaki yang melamar dan meminta seorang perempuan untuk menjadi isterinya, serta sangat jarang berlaku orang perempuan yang meminta orang lelaki mengahwininya.

Tambahan pula, pernikahan adalah suatu kenikmatan bagi pengantin lelaki dan antara cara menzahirkan syukur adalah dengan melakukan amal soleh. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T

اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا
“Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur.” [Surah Saba’ (13)]

Justeru, antara amalan yang dilakukan untuk menzahirkan kesyukuran dari perkahwinan adalah dengan melangsungkan majlis walimah itu sendiri.

Manakala berkaitan isu majlis walimah yang dilakukan oleh pihak mertua iaitu bapa pengantin perempuan sebagai contohnya, maka kata al-Syeikh Muhammad bin Ahmad bin Umar al-Syathiri: “Sekiranya majlis walimah dilakukan oleh selain suami dan wali, seperti bapa kepada isteri (pengantin perempuan), atau walimah dilakukan oleh pengantin perempuan sendiri, maka telah ditunaikan sunnah bagi pihak dirinya (pengantin lelaki).” [Rujuk Syarah Yaqut al-Nafis (Hlm. 598)]

Penutup

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa hukum asal bagi mengadakan walimah adalah sunat muakkad. Ia disunatkan kepada pengantin lelaki iaitu suami untuk melakukannya. Meskipun begitu, sekiranya pihak pengantin perempuan atau pengantin perempuan sendiri menjalankan majlis walimah, maka telah terlaksanalah hukum sunat bagi pihak pengantin lelaki.

Berkenaan budaya dalam kalangan masyarakat di negara kita untuk melakukan majlis perkahwinan sebanyak dua kali iaitu sekali di rumah pengantin perempuan dan juga majlis di rumah pengantin lelaki. Maka kami menyatakan bahawa secara asalnya hukumnya adalah harus selama tidak berlaku israf dan pembaziran. Hal ini kembali kepada apa yang disebutkan oleh sebuah kaedah yang masyhur:

العادة محكَّمة
“Adat itu menjadi penentu hukum.”

Ini bermakna, adat itu boleh menjadi penentu atau pemutus hukum dalam permasalahan-permasalahan yang berlaku. Yang mana permasalahan tersebut tidak terdapat padanya dalil-dalil yang jelas dalam menjelaskan hukumnya.

Kami turut menyatakan, hendaklah majlis perkahwinan itu dilakukan secara sederhana mengikut kemampuan dirinya sendiri (pengantin lelaki) tanpa perlu israf dan juga membazir. Inilah hikmah dari arahan Nabi S.A.W kepada Abd al-Rahman bin ‘Auf di atas bahawa biarlah diadakan walimah, sekalipun dengan seekor kambing.

Begitu juga kami nasihatkan kepada ibubapa kepada bakal-bakal pengantin supaya sentiasalah mempermudahkan urusan anak-anak dalam mengadakan majlis perkahwinan supaya mereka dapat melayari bahtera perkahwinan dengan sebaiknya.

Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/majlis-perkahwinan-tanggungjawab-suami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Majlis Perkahwinan

Doa Majlis Perkahwinan

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 401 hits
Original Content Berikut adalah doa majlis perkahwinan yang boleh digunakan bagi mendoakan pasangan suami isteri yang baru sahaja diijabkabulkan Doa ini dibaca agar rumahtangga yang dibina akan berkekalan sampai bila bila sehingga ke jannah...
3 Bulan Berkahwin Elfira Loy Dan Faris Adakan Majlis Resepsi Perkahwinan Ke 4

3 Bulan Berkahwin Elfira Loy Dan Faris Adakan Majlis Resepsi Perkahwinan Ke 4

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 637 hits
Selepas 3 bulan mendirikan perkahwinan pada tanggal 1 Januari 2019 pasangan merpati dua sejoli Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar telah mengadakan majlis resepsi perkahwinan ke 4 di Melaka Foto majlis persandingan mereka telah dimuat naik o...
Satu Isteri Tapi Ada Tiga Suami Inilah Perkahwinan Poliandri Iaitu Perkahwinan Paling Kontroversi Di Dunia

Satu Isteri Tapi Ada Tiga Suami Inilah Perkahwinan Poliandri Iaitu Perkahwinan Paling Kontroversi Di Dunia

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 580 hits
Islam membenarkan penganutnya mengahwini wanita secara berpoligami tanpa melebihi empat pasangan Mengapa wanita tidak boleh mengamalkan perkahwinan melebihi seorang suami sedangkan mereka mempunyai hak dan keadilan yang sama rata dengan lel...
Perkahwinan Atau Ibadah Haji Terlebih Dahulu

Perkahwinan Atau Ibadah Haji Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 265 hits
Soalan Bagaimana jika seseorang mempunyai wang yang mencukupi untuk perbelanjaan Haji tetapi dia juga ingin berkahwin Jawapan Perkahwinan atau pernikahan adalah sangat dituntut di dalam Islam Sudah menjadi fitrah manusia untuk saling berkas...
Ayu Tewas Dibakar Suami Dan Ibu Mertua Gara Gara Lahirkan Bayi Perempuan

Ayu Tewas Dibakar Suami Dan Ibu Mertua Gara Gara Lahirkan Bayi Perempuan

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 338 hits
Seorang perempuan di Distrik Bhopal India diduga dibakar oleh mertuanya sendiri setelah dia melahirkan bayi perempuan Hal tersebut terungkap ketika orang tua perempuan malang itu melaporkan peristiwa tersebut ke aparat kepolisian demikian d...
Kalau Dah Kahwin Janganlah Duduk Rumah Mertua Atau Rumah Ibu Bapa Sendiri Rileks Media

Kalau Dah Kahwin Janganlah Duduk Rumah Mertua Atau Rumah Ibu Bapa Sendiri Rileks Media

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 441 hits
Skrg aku nak cerita kisah aku sikit Lps brkwn dgn bf aku setahun dia ajak kahwin Prkara prtama yg aku tanya adalah nak duduk mana lps kahwin Aku tak ada nak brsweet2 plan anak berapa org nama anak apa yada yada yada dok cerita2 berangan bua...
Aidil Aziz Mula Edar Kad Undangan Majlis Perkahwinan

Aidil Aziz Mula Edar Kad Undangan Majlis Perkahwinan

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 613 hits
IZWAN MOHD ISA 05 Mac 2019 3 51 PM KUALA LUMPUR Bakal menamatkan zaman bujang dengan aktres Fasha Sandha pelakon Aidil Aziz telah mula mengedarkan kad undangan pe
Saya Tak Pentingkan Status Atau Pangkat Yang Penting Bakal Suami Kuat Pegangan Agama Uqasha Senrose

Saya Tak Pentingkan Status Atau Pangkat Yang Penting Bakal Suami Kuat Pegangan Agama Uqasha Senrose

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 1710 hits
BUKAN mengikut adat dan budaya orang Barat sebaliknya tindakan itu dilakukan hanya sekadar suka suka Itu penjelasan pelakon Uqasha Senrose selepas dikritik gara gara menyambut bunga yang dibaling oleh adiknya Nelydia Senrose dalam majlis br...
Hukuman Kepada Penghina Nabi Atau Al Quran Atau Islam Majlis Fatwa Baitul Maqdis

Hukuman Kepada Penghina Nabi Atau Al Quran Atau Islam Majlis Fatwa Baitul Maqdis

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 369 hits
HUKUM KE ATAS PENGHINA ALLAH ATAU NABI ATAU QURAN ATAU ISLAMMajlis Fatwa Baitul MaqdisSoalan Apakah hukumnya orang yang mencerca Allah dan Rasul dan Quran dan Islam Jawab Siapa yang menghina atau mencerca empat perkara ini samada gurauan at...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini