Perkahwinan Atau Ibadah Haji Terlebih Dahulu



Soalan:
Bagaimana jika seseorang mempunyai wang yang mencukupi untuk perbelanjaan Haji tetapi dia juga ingin berkahwin?

Jawapan:
Perkahwinan atau pernikahan adalah sangat dituntut di dalam Islam. Sudah menjadi fitrah manusia untuk saling berkasih sayang ini diperjelaskan di dalam Al-Quran melalui firman Allah SWT:

وَمِن كُلِّ شَىْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.” (Surah al-Zariyaat: 49)

Perkataan nikah berasal dari perkataan Arab (نكح، ينكح، نكحا) yang bermaksud bernikah dan perkataan (الاختلاط) yang bermaksud bercampur. (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Shafie, hlm. 34)

Dari istilah syarak, nikah ialah suatu akad yang menghalalkan istimta’ (bersetubuh atau berseronok-seronok) di antara suami isteri dengan cara yang dibenarkan oleh syarak. Masyarakat arab menggunakan perkataan nikah dengan makna akad yang juga mambawa maksud persetubuhan serta berseronok-seronok. (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Shafie, hlm. 671)

Setiap manusia yang sudah dewasa dan sihat dari sudut fizikal dan rohaninya sudah semestinya merasakan keinginan untuk berkahwin yang sangat tinggi disebabkan fitrah untuk saling memerlukan. Perkataan  “zawaj” yang digunakan di dalam Al-Quran bermaksud berpasangan dan mengikut konteks penggunaanya ia mambawa maksud perkahwinan. Allah SWT menjadikan perkahwinan untuk menghalalkan perhubungan dan mengelakkan penzinaan kerana manusia itu fitrahnya ingin berpasangan.

Oleh sebab itu, adalah dituntut kepada manusia yang sudah berkemampuan untuk segera melaksanakan sunnah yang dituntut ini, ini juga berdasarkan hadis, Rasulullah SAW bersabda:

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
“Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.” [Riwayat Muslim (3386)]

Hukum Perkahwinan

Jumhur ulama’ telah bersepakat bahawa hukum asal pernikahan adalah sunnah bukannya wajib. Walau bagaimanapun, sebahagian ulama’ telah mambahagikan hukum nikah kepada 5 hukum mengikut kedudukan pelakunya:

Harus: Kepada orang yang tidak ada kepadanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.Wajib: Sekiranya orang tersebut mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjerumuskannya kepada kemaksiatan sedangkan dia merupakan seorang yang berkemampuan.Sunat: Bagi orang yang mampu namun masih mampu untuk mengawal nafusnya.Makruh: Kepada orang yang tidak berkemampuan dari sudut nafkah batin dan juga zahir tetapi tidak mendatangkan kemudharatan kepada pasangannya tesebut.Haram: Orang yang juga tidak berkemampuan memberi nafkah zahir dan batin serta tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin atau dia mempunyai niat yang buruk sehingga mampu membawa kemudharatan kepada pasangannya.
Oleh hal yang demikian, jika dilihat hukumnya bergantung kepada individu terbabit, sekiranya dia mampu untuk menahan dirinya dan dia tidak terburu-terburu untuk berkahwin maka hendaklah dia mengerjakan haji terlebih dahulu berdasarkan Firman Allah SWT:

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
“Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.”  (Surah Ali Imran: 97)

Dan ini diperkukuhkan lagi dengan hadis Nabi SAW :

بُنِىَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ، وَالْحَجِّ ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ
“Islam dibangun di atas lima perkara; bersaksi tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Allah dan mengaku Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berhaji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” [Riwayat al-Bukhari (8) dan Muslim (16)]

Walaubagaimanapun, sekiranya dia khuatir tidak mampu untuk menahan dirinya daripada melakukan kemaksiatan maka hendaklah dia mendahulukan perkahwinan bagi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar.

Pendapat Ulama’

Syeikh Ibn Qudamah Rahimulllah telah berkata: “Jika dia perlu kepada pernikahan dan dikhuatiri dirinya menghadapi kesulitan (kerana belum bernikah), maka hendaklah dia mendahulukan perkahwinan terlebih dahulu. Hal ini kerana ia (pernikahan itu) wajib kepadanya sekiranya dia mampu  untuk  memberi nafkah dan sekiranya dia tidak khuatir tentang perkara tersebut maka hendaklah dia mendahulukan menunaikan haji. Hal ini disebabkan (ketika itu) pernikahan adalah sunnah, maka tidak perlu didahulukan daripada haji yang hukum asalnya adalah wajib”. (Rujuk al-Mughni, 5/12)

Syeikh Ibn Uthaiman Rahimullah berkata: “Tidak dapat diragukan lagi bahawa pernikahan adalah diutamakan daipada haji sekiranya seseorang itu telah memiliki dorongan syahwat yang sangat kuat, maka perkahwinan ketika itu padanya adalah merupakan keharusan kepada kehidupannya, dan sekiranya dia mempunyai keinginan untuk berkahwin yang tinggi maka hendaklah dia mendahulukan pernikahan daripada haji. Hal ini disebabkan Allah SWT telah mensyariatkan kewajipan menunaikan haji bagi orang yang “berkemampuan’. Ini berdasarkan firman Allah SWT :

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا
“Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup berjalan menuju ke Baitullah.” (Surah Ali Imran: 97)

Walaupun orang yang masih remaja, dan masih belum mempunyai keinginan untuk bernikah pada tahun ini atau selepasnya, maka hendaklah dia mendahulukan haji. Hal ini kerana dia tidak berada di dalam keadaan terdesak untuk mendahulukan haji daripada pernikahan. (Rujuk Fatawa Manar al-Islam, 2/375)

Kesimpulan

Haji dan perkahwinan merupakan suatu perkara yang sangat dituntut di dalam agama. Walau bagaimanapun haji merupakan suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan bagi golongan yang berkemampuan. Dan sekiranya dia tidak berada di dalam keadaan yang terdesak untuk berkahwin dan tidak mempunyai masalah untuk berkahwin sesudah itu, maka hendaklah dia melaksanakan kewajipan haji terlebih dahulu. Sesungguhnya Allah akan memberikan ganjaran kebaikan sebagai gantinya kerana haji merupakan suatu seruan dan suruhan Allah yang agung kepada manusia.

Akhir sekali, marilah kita berdoa semoga kita dijauhi dan dilindungi oleh Allah SWT daripada perkara-perkara yang dimurkai oleh-Nya seterusnya hidup dibawah rahmat-Nya. Amin.

Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/02/perkahwinan-atau-ibadah-haji-terlebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajari Jenis Jenis Hosting Terlebih Dahulu Sebelum Membeli

Pelajari Jenis Jenis Hosting Terlebih Dahulu Sebelum Membeli

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 306 hits
Pastinya sebelum membeli hosting untuk kebutuhan bisnis anda Anda harus mencari tahu terlebih dahulu mengenali dan memahami kebutuhan untuk hosting yang akan anda beli Hal ini penting untuk kita ketahui dengan mengetahui jenis jenis hosting...
Lakukan 8 Perkara Ini Terlebih Dahulu Supaya Rezeki Akan Lebih Murah Rileks Media

Lakukan 8 Perkara Ini Terlebih Dahulu Supaya Rezeki Akan Lebih Murah Rileks Media

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 416 hits
Orang kata rezeki lebih murah kalau kita sentiasa memberi kepada orang lain Ya benar memberi itu banyak kelebihannya Namun adakalanya kita sendiri pun sesak dan kekurangan untuk sentiasa memberi kepada yang memerlukan Jangan sesakkan fikira...
Mahu Hidup Lebih Sihat Rawat Usus Anda Terlebih Dahulu

Mahu Hidup Lebih Sihat Rawat Usus Anda Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 368 hits
Pernahkah anda mengalami gangguan emosi atau mudah marah dengan orang lain kerana lapar atau mengalami cirit birit yang disebabkan oleh tekanan Semua ini adalah petanda sistem pencernaan manusia mampu mempengaruhi kesihatan fizikal dan emos...
Th Tiada Lagi Subsidi Haji Kepada Pengiring Atau Rayuan Kali Pertama

Th Tiada Lagi Subsidi Haji Kepada Pengiring Atau Rayuan Kali Pertama

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 978 hits
Hadiah untuk pengundi PH daripada TH YBhg Datuk Dato Sri Datin Tuan Puan PELAKSANAAN BAYARAN HAJI BAGI TAHUN 2019M 1440HBerikut adalah maklumat lanjut berkenaan pelaksanan bayaran haji bagi tahun 2019M 1440H untuk tindakan pihak YBhg Dato S...
Tertekan Atau Ditekan

Tertekan Atau Ditekan

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 455 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraAkhir akhir ni mood aku entah lah ke mana Aku selalu sedih sampai aku stress Aku rasa hidup ni tak adil Tak ikut flow aku Tertekan yang amat Sekarang cuma Allah tempat aku bergantung dan berharap Inilah ma...
X Tahu Aktiviti Balak Di Gerik Diluluskan Betul Atau Pura Pura Bengong

X Tahu Aktiviti Balak Di Gerik Diluluskan Betul Atau Pura Pura Bengong

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 323 hits
PETALING JAYA Exco Perak yang bertanggungjawab ke atas alam sekitar mendedahkan dia tidak tahu bagaimana pembalakan berdekatan penempatan Orang Asli di Gerik diluluskan susulan aduan daripada penduduk mendakwa kerajaan negeri menceroboh kaw...
Lap Kering Atau Anginkan Tempat Luka Ibu Ini Kongsi Cara Penjagaan Luka Jahitan Caesar Agar Cepat Kering

Lap Kering Atau Anginkan Tempat Luka Ibu Ini Kongsi Cara Penjagaan Luka Jahitan Caesar Agar Cepat Kering

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 551 hits
Penjagaan luka selepas pembedahan ataupun Caesar perlu dititik beratkan dan memerlukan penjagaan yang rapi Luka pembedahan jika tidak dijaga dengan baik boleh menyebabkan jangkitan kuman ditempat jahitan Puan antara salah seorang ibu yang m...
Petua Penyakit Stroke Atau Angin Ahmar

Petua Penyakit Stroke Atau Angin Ahmar

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 299 hits
Angin Ahmar atau lazimnya dikenali sebagai Stroke adalah penyakit kronik yang biasa dialami oleh rakyat negara ini Antara punca utama adalah kolestrol jahat yang menghalang oksigen sampai kebahagian otak kita Ini akan menyebabkan anggota ba...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya