Majlis Pelancaran Butik Haqqi Cawangan Bangi
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan sekalian. Pada 20 Februari 2020 yang lalu telah berlangsungnya sebuah acara atau majlis yang penuh meriahnya di Bangi iaitu Majlis Pelancaran Butik Haqqi cawangan Bangi. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti terkenal seperti Lan Solo
HAQQI
Haqqi merupakan butik pakaian yang menawarkan dan menjual kelengkapan Haji dan Umrah serta pakaian yang berfesyen islamik bagi lelaki dan wanita. Haqqi dengan kerjasama Koperasi Tabung Haji sentiasa melakar langkah dari semasa ke semasa untuk bersama membangunkan Haqqi yang kini telah berjaya menapak di Shah Alam, TTDI, Terengganu dan Bangi.
KERJASAMA ANTARA KOPERASI TABUNG HAJI
Tahun ini merupakan tahun ke empat Haqqi telah bekerjasama dengan Koperasi Tabung Haji dan akan meneruskan lagi beberapa caturan perancangan untuk memastikan Haqqi kekal sebagai pembekal kelengkapan Haji dan Umrah kepada masyarakat sekaligus dapat melebarkan sayap menjual kelengkapan Haji dan Umrah bukan sahaja di Malaysia malah akan berada di luar Malaysia tidak lama lagi
PERANCANGAN 2020 & FITRI HARIS
Haqqi dan pihak Koperasi Tabung Haji akan bersama-sama untuk memikul tanggungjawab dan dibantu dengan pengurusan baru di bawah Dr Fitri Haris di dalam organisasi Haqqi, kedua-dua pihak mengimpikan lebih banyak kejayaan yang akan dibawa di masa hadapan. Dr Fitri Haris yang sebelumnya adalah Duta bagi Haqqi selama setahun, turut mendapat penajaan oleh Haqqi sepanang berada di dalam pertandingan Gema Gegar Vaganza (GGV) sangat berbesar hati untuk terlibat secara langsung di dalam organisasi Haqqi. Dengan kepercayaan kedua-dua pihak, diharapkan dapat memberi pembaharuan dan lebih banyak idea sedar dapat dilahirkan oleh beliau untuk memastikan Haqqi lebih luas dikenali ramai
GAMBAR SEKITAR MAJLIS
Tahniah diucapkan buat Butik Haqqi atas pembukaan dan pelancaran cawangan Bangi ini. Semoga perniagaan makin berkembang dan lebih banyak cawangan dibuka sekaligus dapat memberi akses kepada rakyat Malaysia secara umumnya untuk membeli kelengkapan Haji dan Umrah dengan mudah.
BUTIK HAQQI BANGI
LAMAN WEB : https://haqqi.com.my/FACEBOOK : https://www.facebook.com/haqqibangiINSTAGRAM : https://www.instagram.com/haqqi.com.my/
SEKIAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aerillhassan.blogspot.com/2020/02/majlis-pelancaran-butik-haqqi-cawangan-bangi.html