A Day With Mutiara Figs Majlis Pelancaran Mutiara Figs Ke 3
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar buat pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku mulakan artikel dengan soalan. Pernahkah anda makan buah Tin atau Fig seumur hidup anda? Kalau pernah, tahniah! Untuk pengetahuan anda, ini adalah pengalaman kali pertama aku makan buah Tin dan juga mengenali lebih mendalam tentang buah Tin ni. In shaa Allah melalui artikel ini anda dapat mengenali lebih lagi tentang buah Tin dan juga Mutiara Figs
Baru-baru ini aku berkesempatan untuk ke Majlis Pembukaan Mutiara Figs Ke-3 atau juga dikenali dengan A Day With Mutiara Figs yang lokasinya terletak di Seksyen 30, Shah Alam.
🌱A DAY WITH MUTIARA FIGS🌱
Mutiara Figs Sdn. Bhd. diasaskan oleh seorang arkitek Mohd Hilmi Yusoff (65), dan keluarganya pada tahun 2017. Pada awalnya, Mohd Hilmi dan isteri Faridah Hasni Ramli (65), serta tiga orang anaknya yang juga arkitek menanam buah Tin (Fig) di belakang rumah mereka sebagai hobi
Menyedari kebaikan buah Tin dan manfaatnya, keluarga arkitek ini menjadikan hobi tersebut sebagai satu perniagaan yang berasaskan pertanian. Menurut Pengarah Mutiara Figs Sdn.Bhd., Aliyaa Suraiya Mohd Hilmi menegaskan syarikatnya serius membangunkan ladang buah Tin berkenaan.
Pembinaan rumah hijau di keluasan tanah dua ekar ini bagi menempatkan hampir 3,000 pokok buah Tin. Sebuah rumah hijau mampu menempatkan 750 pokok buah Tin. Buah Tin atau nama saintifiknya Ficus Carica ditanam di rumah hijau bagi mengawal dan menggalakkan pertumbuhan tanaman di dalamnya.
🌱KHASIAT BUAH TIN🌱
Idea di sebalik perniagaan ini adalah untuk mendidik masyarakat tentang kebaikan buah Tin segar yang mempunyai khasiat tersendiri dari sudut kesihatan
Kajian terkini menunjukkan bahawa buah Tin boleh membantu merawat pelbagai masalah perubatan, dari kencing manis hingga ekzema. Buah Tin kaya dengan serat, kalium, kalsium dan zat besi. la juga boleh membantu menurunkan kolesterol dan mengawal paras gula dalam darah
🌱PRODUK BUAH TIN🌱
Antara produk terbaharu keluaran Mutiara fiqs adalah "Raspberry Fig" dan "Walnut Jam". Kini produk yang berada di pasaran ialah Sambal Hijau Fig, Sambal Merah Fig, Sambal Bilis Fig dan juga teh buah Tin.
🌱KERJASAMA🌱
Pihak Mutiara Figs telah bekerjasama dengan Universiti UCSI, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui kajian penyelidikan terhadap buah Tin dan kegunaan daunnya
Aliyaa Suraiya merupakan antara usahawan Bumiputera yang berjaya terpilih menerima geran sebanyak RM500,000 melalui Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)
Geran ini merupakan antara geran yang terbesar yang pernah ditawarkan untuk membantu merangsang bakat Bumiputera dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka.
"Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada pihak TERAJU yang membantu dari segi kewangan untuk kami menjalankan perniagaan buah Tin. Dengan bantuan geran itu, kami telah membina ibu pejabat berhampiran ladang di Seksyen 30, Shah Alam. Saya berharap dengan majlis pembukaan Mutiara Figs Sdn.Bhd. yang ketiga tahun ini dapat membuka peluang dengan lebih luas lagi kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjalin kerjasama dengan syarikat kami
Insentif dan galakan yang diberikan oleh TERAJU untuk memajukan ekonomi Bumiputera perlu dilihat sebagai satu usaha yang positif dan dapat meningkatkan ekonomi negara secara keseluruhan
Pada majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Md Silmi Abd Rahman, rakan pembekal, rakan penaja, ahli lembaga pengarah Mutiara Figs dan rakan media.
🌱VIDEO SEKITAR MAJLIS TERSEBUT🌱
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial mereka :
Website : www.mutiarafigs.comFacebook : @MutirafigsgardenInstagram : MutiarafigsTel : +600176536977Email :
[email protected]#mutiarafigs #adaywithmutiarafigs #buahtin #figsfruitmalaysia #ladangtin #mutiarafigsgarden
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aerillhassan.blogspot.com/2020/02/a-day-with-mutiara-figs.html