Majlis Nikah Dibenarkan Di Masjid Kata Ismail Sabri


Yasmin Abdul Latif
PETALING JAYA: Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan majlis akad nikah diadakan di pejabat agama dan masjid dengan had maksimum adalah 20 orang tidak termasuk jurunikah serta saksi.
Bagaimanapun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, majlis nikah yang ingin diadakan perlu mendapatkan kelulusan daripada pejabat agama terlebih dahulu.
Mengulas lanjut beliau berkata, bagi kawasan PKP Bersyarat (PKPB) , had maksimum jumlah kehadiran upacara akad nikah dibenarkan sebanyak 50% mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal satu meter.
"Bagi kawasan PKPP pula, upacara pernikahan dibenarkan mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal sejauh satu meter,” katanya pada sidang media PKP, di Putrajaya, dekat sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, bagi upacara pernikahan dan majlis resepsi bukan Islam pula akan diumumkan oleh Kementerian Perpaduan Negara.
Sementara itu, kerajaan setuju memberi kelonggaran bagi pembukaan sektor pelancongan dan kebudayaan di kawasan perintah Kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), dan PKP pemulihan (PKPP) bermula esok.
Bagaimanpun, beliau berkata aktiviti berkenaan masih tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD).
Menurutnya, ini termasuk aktiviti pelancongan rentas negeri dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang membabitkan pelancong asing tidak dibenarkan.
“Antara aktiviti dibenarkan di kawasan PKPB adalah produk tarikan pelancong seperti zoo, akuarium, pusat edutainment, taman rekreasi dan ekstrem.
“Begitu juga premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat budaya, pentas persembahan dan lain-lain serta taman tema dan pusat hiburan keluarga.
“Aktiviti berikut dibenarkan beroperasi dengan 50% kapasiti premis dan mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) lain,” katanya dalam sidang media hari ini.
Bagi kawasan PKPP, Ismail Sabri berkata, semua aktiviti pelancongan dan kebudayaan itu dibenarkan beroperasi dengan mematuhi penjarakan fizikal.
Katanya, aktiviti pelancongan dan kebudayaan selain di bawah senarai negatif perlu mengikut SOP sektor pelancongan dan kebudayaan sedia ada yang sedang berkuat kuasa.
Dalam pada itu, beliau berkata, majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan serta swasta termasuk majlis sosial seperti kenduri, majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah, sambutan ulang tahun tidak dibenarkan di kawasan PKP manakala dibolehkan di lokasi PKPB dan PKPP.
“Begitu juga seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, mesyuarat, pameran, perdagangan dan aktiviti berkaitan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/majlis-nikah-dibenarkan-di-masjid-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tak Kan Nak Seksi Dalam Masjid Alicia Amin Jawab Persoalan Tampil Berhijab Di Majlis Nikah

Hiburan Tak Kan Nak Seksi Dalam Masjid Alicia Amin Jawab Persoalan Tampil Berhijab Di Majlis Nikah

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 418 hits
Sudah beberapa hari bergelar isteri dan memulakan fasa hidup baru model Alicia Amin dilihat bahagia menerusi beberapa foto yang dimuat naik bersama suaminya iaitu Farzan BACA AdvertisementTerkenal kerana tidak kisah dengan tanggapan ramai d...
Sop Ikut Keperluan Semasa Tepis Tuduhan Keputusan Flip Flop Kata Ismail Sabri

Sop Ikut Keperluan Semasa Tepis Tuduhan Keputusan Flip Flop Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan menepis tuduhan segelintir pihak yang mendakwa prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan 2 0 dilaksanakan secara flip flop sehingga menyusahkan banyak pihak Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksa...
Ismail Sabri Mco To Continue In Kl Selangor Penang And Johor Till March 4

Ismail Sabri Mco To Continue In Kl Selangor Penang And Johor Till March 4

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 239 hits
Ismail Sabri announces that the current MCO that was to end this Thursday has been extended another two weeks until March 4 for Kuala Lumpur Selangor Johor and Penang 8211 Bernama file photo KUALA LUMPUR The current movement control order
Sebar Video Lama Ismail Sabri Bakal Lapor Polis

Sebar Video Lama Ismail Sabri Bakal Lapor Polis

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 285 hits
February 13 2021 Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob akan membuat laporan polis mengenai video lama yang tular di media sosial hari ini Video itu menunjukkan Ismail hadir majlis bersama beberapa orang lain tanpa memakai pelitup muka dan duduk...
Pkpd Di Tiga Kampung Di Terengganu Ismail Sabri

Pkpd Di Tiga Kampung Di Terengganu Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 242 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan tiga kampung di Terengganu diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Sehingga kini KKM telah melaksanakan 570 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 21 kes pos...
Majlis Raja Raja Akan Putuskan Status Fahaman Ibu Yati Kata Jakim

Majlis Raja Raja Akan Putuskan Status Fahaman Ibu Yati Kata Jakim

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 254 hits
FMT ReportersPUTRAJAYA Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Abdul Aziz Jusoh berkata Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam sudah menyerahkan keputusannya mengenai status fahaman Ibu Yati yang di...
Ismail Sabri Urges Malaysians To Reject Politics Of Hate Slander

Ismail Sabri Urges Malaysians To Reject Politics Of Hate Slander

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 232 hits
Senior Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob speaks during a press conference after inspecting a roadblock at the Gombak Toll Plaza in Kuala Lumpur February 1 2021 Bernama picKUALA LUMPUR Feb 25 Malaysians have been urged to reject politi...
Aktiviti Keagamaan Di Masjid Surau Di Sabah Dibenarkan Mulai Hari Ini

Aktiviti Keagamaan Di Masjid Surau Di Sabah Dibenarkan Mulai Hari Ini

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 251 hits
BernamaMasidi berkata kebenaran itu selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di negeri ini KOTA KINABALU Semua masjid dan surau di Sabah dibuka untuk solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat bermula hari ini Mente...
Majlis Akad Nikah Di Wilayah Persekutuan Dibenar Mulai Esok

Majlis Akad Nikah Di Wilayah Persekutuan Dibenar Mulai Esok

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 266 hits
Majlis akad nikah dibenarkan untuk diadakan di semua masjid kariah dan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur Putrajaya serta Labuan berkuat kuasa esok Menurut Garis Panduan Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Per...
Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Isu Blog Pening Dengan Masalah Failed To Follow Boleh Cuba Cara Ini

Terbang Ke Perth Australia Dengan Air Asia Sempena Wedding Anniversary

Hotel Comfort Inn Suite Goodearth Perth Australia

Sasar Sejuta Peserta Harian Metro 17 07 2025

Netizen Teruja Syed Saddiq Tempah Songkok Video

Netizen Terhibur Lihat Siti Nurhaliza Melatah Video

Beng Hock S Family Insists On Justice After Dap Bow


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Akps Tahan 7 Warga Afghanistan Guna Visa Palsu

Importance Of Mobile Phones In Our Life

Discover Unique Teacher T Shirts At Teachersgram Perfect For Back To School And Beyond

Akhir Sebuah Penipuan Cinta Kisah Benar Seorang Love Scammer Yang Terbongkar

Keputusan Spm 2024 Depan Kaabah

Nasihat Imam Syafie