Majlis Akad Nikah Di Wilayah Persekutuan Dibenar Mulai Esok


 

Majlis akad nikah dibenarkan untuk diadakan di semua masjid kariah dan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan, berkuat kuasa esok.
Menurut Garis Panduan Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan Jawi, bagi akad nikah di Jawi dan juga masjid-masjid di dalam Wilayah Persekutan, hanya lima orang dibenarkan hadir iaitu pengantin perempuan dan lelaki, wali serta dua orang wakil dari pihak pengantin.
Sementara jurunikah dan dua orang saksi adalah dari pihak Jawi sekiranya dijalankan di Jawi atau dari pihak masjid sekiranya akad nikah dijalankan di masjid.
“Bagi pasangan pengantin yang hadir dari negeri luar yang berada dalam zon merah ke majlis akad nikah di Jawi, mereka juga dihadkan kepada jumlah yang sama,” menurut garis panduan yang dikemas kini pada hari ini.
Hanya seorang jurufoto dibenarkan hadir dan hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, dan tempoh masa perjalanan keseluruhan majlis akad nikah hendaklah tidak melebihi 20 minit.
Selain itu, tidak dibenarkan berjabat tangan antara jurunikah dengan pengantin lelaki serta antara semua pihak yang terlibat dalam majlis akad nikah dan susun atur majlis hendaklah mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.
Juga tidak dibenarkan sebarang upacara seperti upacara membatalkan air sembahyang dan menyarung cincin, serta perlulah mematuhi langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa.
Hanya mas kahwin dan dokumen-dokumen yang berkaitan sahaja dibenarkan berada di dalam ruang majlis, malah ruang majlis dan kawasan sekitarnya juga hendaklah disanitasi termasuk tandas sebelum dan selepas majlis dijalankan.
Dalam masa sama, pihak-pihak yang terlibat mestilah mematuhi tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Pendaftar atau Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk (NCR), atau majlis akad nikah boleh dibatalkan sekiranya pihak terbabit gagal hadir pada tarikh dan masa berkenaan.
Menurut garis panduan itu lagi, pelaksanaan majlis akad nikah dalam tempoh PKP dibenarkan kepada pasangan yang telah mendapat Kebenaran Berkahwin daripada Jawi, dan ia turut diperluaskan kepada pemohon luar Wilayah Persekutuan yang telah mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) masing-masing.
Ini termasuklah pasangan dari negeri lain yang telah mendapat kebenaran nikah Jawi dan ditangguhkan sebelum ini, juga boleh menjalankan akad nikah, serta keputusan Saringan Ujian HIV kedua-dua pasangan masih dalam tempoh sah laku semasa akad nikah dijalankan.
Bagi surat Kebenaran Berkahwin yang telah tamat dalam tempoh PKP, ia akan dilanjutkan dua bulan bermula dari tarikh kebenaran berakhir, namun pemohon hendaklah hadir semula ke Jawi untuk membuat penyambungan tempoh sah Kebenaran Berkahwin.
Mengikut garis panduan itu lagi, terdapat syarat-syarat khusus yang ditetapkan termasuklah pihak yang terlibat hendaklah membuat temu janji dengan Jawi terlebih dahulu bagi mendapatkan tarikh dan waktu akad nikah.
Pihak yang terlibat dalam akad nikah juga mestilah tidak mempunyai gejala, bukan kontak rapat kes positif Covid-19, bukan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), malah pengantin lelaki dan perempuan serta wali mereka diwajibkan menjalani ujian ‘swab test’ terlebih dahulu.
“Keputusan ujian yang disahkan negatif hendaklah diserahkan kepada Jawi sebagai bukti untuk membolehkan majlis akad nikah diadakan,” kata garis panduan itu.
Semua pihak juga diingatkan untuk membuat pemeriksaan suhu badan di pintu masuk, mendaftarkan kehadiran menggunakan imbasan QR code melalui aplikasi MySejahtera, memakai pelitup muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman.
– Bernama
The post Majlis akad nikah di Wilayah Persekutuan dibenar mulai esok appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/07/majlis-akad-nikah-di-wilayah-persekutuan-dibenar-mulai-esok/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=majlis-akad-nikah-di-wilayah-persekutuan-dibenar-mulai-esok

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Untuk Bakal Pengantin Sebelum Selepas Majlis Akad Nikah

Tips Untuk Bakal Pengantin Sebelum Selepas Majlis Akad Nikah

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 409 hits
Pertama sekali aku ucapkan terima kasih sangat kepada atas perkongsian Aku tulis kat blog supaya bila bila masa aku boleh baca balik Sumber gambar Sebelum Hari Majlis Akad Nikah 1 Simpan semua dokumen keperluan dalam satu sampul dan kemudia...
From Tomorrow Akad Nikah Can Be Held At Kl Putrajaya Labuan Mosques Again

From Tomorrow Akad Nikah Can Be Held At Kl Putrajaya Labuan Mosques Again

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 225 hits
The marriage solemnisation ceremony will be open to the couples who have obtained their marriage permits from Jawi Bernama picKUALA LUMPUR Feb 7 The Federal Territories Islamic Religious Department is allowing the akad nikah for Muslims tyi...
Bakal Pengantin Di Kedah Perlu Lakukan Ujian Saringan Covid 19 Sebelum Akad Nikah Jheaik

Bakal Pengantin Di Kedah Perlu Lakukan Ujian Saringan Covid 19 Sebelum Akad Nikah Jheaik

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 376 hits
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Mohd Yusri Md Daud memaklumkan semua bakal pengantin dari mukim daerah dan negeri yang diisytiharkan zon merah oleh Majlis Keselamatan Negara perlu menjalani ujian saringan Covid 19 sebelum m
Melaka Benar Solat Jumaat Fardu Di Masjid Mulai Esok

Melaka Benar Solat Jumaat Fardu Di Masjid Mulai Esok

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 273 hits
Kuliah Maghrib bacaan Yaasin boleh dilaksana ikut tempoh masa sesuai BANGI Pelaksanaan solat Jumaat dan fardu lima waktu adalah dibenarkan di semua masjid serta surau di negeri Melaka mengikut jumlah yang ditetapkan mulai esok Kebenaran itu...
Kpm Tambah Slot Program Tv Pendidikan Calon Spm Mulai Esok

Kpm Tambah Slot Program Tv Pendidikan Calon Spm Mulai Esok

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 260 hits
KPM tambah slot program TV Pendidikan calon SPM mulai esok Dikemas kini 3 jam yang lalu Diterbitkan pada 26 Jan 2021 10 53PM
Pasar Malam Kedai Gunting Rambut Pusat Cuci Kereta Di Benar Beroperasi Mulai Esok

Pasar Malam Kedai Gunting Rambut Pusat Cuci Kereta Di Benar Beroperasi Mulai Esok

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 249 hits
KUALA LUMPUR Pasar malam kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta dibenar beroperasi semula dengan prosedur operasi standard yang ketat mulai esok kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata keputusan itu dibuat setel...
Pkpd Di Penjara Taiping Dan Kuarters Kakitangan Mulai Esok

Pkpd Di Penjara Taiping Dan Kuarters Kakitangan Mulai Esok

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 220 hits
Sebanyak 43 kes Covid 19 membabitkan 40 tahanan dan tiga kakitangan Penjara Taiping direkodkan setakat 23 Jan lalu PETALING JAYA Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perintah kawalan pergerakan diperketatkan dilaksanakan di Penjara...
Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 353 hits
Hi korang SA tak ingat yang hari ni adalah cuti Hari Wilayah bagi mereka yang bekerja dan tinggal di Wilayah Persekutuan So hari ni cuti Tahun 2021 menandakan usia Wilayah Persekutuan sudah menginjak 47 tahun sejak ianya diwartakan secara r...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad