Majlis Konvokesyen Ulang Tahun Ke 15 Akademi Diyana
Majlis Konvokesyen & Ulang Tahun Ke-15 Akademi Diyana
Majlis Konvokesyen & Ulang Tahun Ke-15 Akademi Diyana | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Akademi kecantikan, Akademi Diyana kini menyambut ulang tahunnya yang ke-15. Seiring dengan itu, Akademi Diyana turut mengadakan Majlis Konvokesyen yang bertempat di Crystal Hall, Bukit Jelutong, Shah Alam pada 11 Jun 2022 lalu. Majlis Konvokesyen ini meraikan lebih 100 graduan dan dihadiri oleh YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyanti.
Majlis Konvokesyen & Ulang Tahun Ke-15 Akademi Diyana
Mengenai Akademi DiyanaAkademi Diyana ialah akademi kecantikan berdaftar dengan akreditasi Pusat Latihan Kemahiran Kecantikan Malaysia daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (PK) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Akademi ini telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan telah berjaya melatih dan meningkafkan kemahiran ramai pelajar yang mempunyai banyak potensi dalam industri kecantikan. Ramai yang telah layak mendapat Sijl kemahiran Malaysia (SKM).
Majlis Konvokesyen & Ulang Tahun Ke-15 Akademi Diyana
Tambahan pula, Akademi Diyana telah dipilih oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk membantu mereka yang lemah dari segi kewangan. Akademi Diyana juga telah berjaya mengembangkan kepakaran mereka secara global ke Indonesia, Singapura dan Brunei. Akademi Diyana diasaskan oleh Puan Sofia Abas yang juga merupakan seorang Profesional Trainer Make Up Artist
Majlis Konvokesyen & Ulang Tahun Ke-15 Akademi Diyana
Majlis Konvokesyen & Ulang Tahun Ke-15 Akademi Diyana
Akademi Diyana Bantu Lahirkan Usahawan Dikalangan OKU dan AsnafDi Akademi Diyana, mereka membuka peluang belajar kemahiran Kecantikkan, Aestetik dan Dandanan Rambut kepada remaja yang berumur 16 tahun ke atas. Selain itu, Akademi Diyana juga menerima pelajar seawal 12 tahun dari pelbagai golongan seperti anak kurang upaya(OKU), ADHD serta Remaja bermasalah dalam pelajaran akademik. Tujuannya adalah untuk ibu bapa diluar sana lebih terbuka bahawa di Akademi Diyana, golongan anak istimewa ini dapat belajar bidang kecantikan supaya mereka tidak disisihkan dan boleh berdikari
Majlis Konvokesyen & Ulang Tahun Ke-15 Akademi Diyana
Buka Peluang Pekerjaan Kepada Usahawan BaruKini Akademi Diyana sedang bekerjasama dengan SME CORP, HRD CORP, JPK dan PERKESO bagi membuka peluang kepada usahawan baru, peniaga yang terdiri dari golongan B40/M40, ibu tunggal, asnaf dan juga belia yang tiada pekerjaan atau dibuang kerja semasa pendemik Covid 19 berumur 18 tahun ke atas untuk menjalani latihan kemahiran jangka pendek bag membantu golongan ini untuk menjana pendapatan sendiri.
Akademi Diyana akan melatih mereka dari segi kemahiran, permulaan perniagaan dan juga cara pemasaran produk/perkhidmatan. Kami mensasarkan pembelajaran jangka pendek seluruh negeri bagi member peluang kepada semua golongan ini tidak kira jauh atau mahupun dekat untuk dapat turut serta menceburi peluang yang dibuka
Majlis Konvokesyen & Ulang Tahun Ke-15 Akademi Diyana
Majlis Konvokesyen & Ulang Tahun Ke-15 Akademi Diyana
Seterusnya mereka akan membuka peluang kepada peniaga dan usahawan baru untuk menyertai bengkel pengurusan kewangan, pengisian sistem fail, akaun seta pengisytiharan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ini kerana ramai usahawan baru dan peniaga tidak terdedah dengan kepentingan pengurusan pendapatan kewangan syarikat mereka
Bagi golongan belia lepasan sekolah, kolej dan universiti, Akademi Diyana juga ada menyediakan bengkel persiapan kendiri untuk menghadapi temuduga pekerjaan. Ramai anak muda sekarang tidak terbuka dengan nilai etika temuduga kerja, oleh itu Akademi Diayan ingin membantu golongan in untuk bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi sesi temuduga dengan yakin dan beretika. Ramai pelajar lepasan siswazah kurang keyakinan diri dan mash menganggur kerana gagal dalam temuduga kerja
Dalam bengkel ini mereka akan mengajar mereka cara berpakaian serta solekan yang betul dan sesuai semasa temuduga, persiapan sebelum temuduga, adab tertib dan bahasa badan, cara bertutur juga latihan menjawab soalan dalam sessi temuduga. in adalah salah satu inisiatif pihak Akademi Diyana untuk melihat wanita belia bangkit "Bekerjaya Cantik Bergaya"
Majlis Konvokesyen & Ulang Tahun Ke-15 Akademi Diyana
Untuk maklumat lanjut mengenai Akademi Diyana atau berminat ingin menyertai bidang kemahiran kecantikkan, kurus jangka pendek, bengkel-bengkel anjuran Akademi Diyana, bolehlah hubungi. 017-7209063 atau 017-7007037. Layari laman web rasmi Akademi Diyana. Ikuit media di laman media sosial di Facebook dan Instagram.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.rafzantomomi.com/2022/06/konvokesyen-ulang-tahun-ke-15-akademi.html