Saya Gambar Edisi Ulang Tahun Ke 10
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10-
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 1) | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Ulang Tahun Ke-10 Blog @RAFZANTOMOMI tidak lama lagi. Sementara menunggu harinya, MOMI nak kongsikan entri yang dah lama tak update, jadi MOMI kembalikan semula sempena Ulang Tahun Ke-10 ini iaitu "Saya & Gambar". Kali terakhir MOMI update entri ini pada tahun 2020, lepas tu terus lupa haha. Memandangkan MOMI suka sangat bergambar, jadi MOMI saja nak kongsikan gambar sepanjang 10 tahun dari blog ini. Disamping itu, MOMI boleh throwback semula kenangan-kenangan dari tahun 2012 hingga kini. Mari MOMI kongsikan
2012
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10-
Sweet 21 gituu~Dari entri SEREMBAN : 8 & 9 SEPTEMBER 2012
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10-
Hari Graduasi 2012, rindunyaaa...
Dari entri MY GRADUATION DAY 14.10.2012
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10-
Antara insan yang paling MOMI hormati sepanjang zaman. Dulu praktikal dekat RTM, beliau adalah Boss yang paling sempoi di dunia, boleh lepak dalam bilik sambil karaoke. Dari entri LUNCH WITH OFFICEMATE
2013
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10-
Best Friend Forever! Dulu-dulu selalu juga singgah ke Seremban dan Port Dickson pergi jalan-jalan area sana. Kalau tersinggah pon mesti jumpa jugak. Best friend sejak tahun 2012, antara orang yang selalu bagi semangat dekat MOMI untuk jadi Blogger dan Content Creator. Thank you babe! She is Ara Kimora (bukan nama sebenar). Sekarang dah kahwin dan ada seorang cahaya mata. Comel! hehe
Dari entri SEREMBAN 05/10 & 06/10
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10-
Hello Kitty Town bersama adik beradik. Comel pulak masa ni, nasib baik muat sarung baju tu. HAHADari entri TRIP TO USS PART. 1 : HELLO KITTY TOWN
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10-
Pertama kali jejak Singapura, dan pertama kali jejak Universal Studio Singapore. Serius, having fun sangat dekat sini
Dari entri TRIP TO USS PART. 2 : USS HERE I COME!
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10-
Geng Gila-gila. Dulu memang rapat since zaman belajar dekat KPTM Ipoh. Hampir setiap tahun dari 2012 (selepas habis belajar), mesti akan jumpa bergembira macam ni. Sekarang masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Rindunyaa semua! Dari entri 16 JUN 2014 STORY PART 1
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10-
The moment of the year gitu. Raya pertama yang sangat meriah. Masa ni memang kecoh riuh, dengan kehadiran saudara mara. Memang 'feel' raya kuat gitu. Dari entri AIDILFITRI 2013 : 1 SYAWAL
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10-
Untuk pertama kali dalam hidup, MOMI kena 'surprise' dari kawan-kawan Kolej. Biasanya, masa hari lahir MOMI memang orang takkan ingat sebab semua orang sibuk nak sambut tahun baharu. Masa ni memang 'speechless' dan sangat terharu dalam masa yang sama. Salah satu kenangan yang memang takkan MOMI lupakan. Terima kasih korang
Dari entri 2ND REUNION『29 DISEMBER 2013』
2014
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10-
Siapa sangka seorang MOMI berjaya masuk dalam hutan selepas beberapa tahun lamanya tak masuk hutan. Pengalaman pertama ke kampung orang asli yang sangat menarik dan antara kenangan yang tak dapat MOMI lupakan. Tak boleh lupa tidur dalam rumah diperbuat daripada buloh, mandi sungai bersama anak orang asli, mandi air bukit yang sejuk, pergi bersihkan kawasan perparitan kampung orang asli dan macam-macam lagi. Dari entri KEMBARA KE KAMPUNG SANTEH SG. SIPUT, PERAK 『21~23 FEBRUARI 2014』
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10-
MOMI rasa masa ni, benda ini memang salah satu perkara yang wajib bila keluar dengan kawan-kawan. Sebab pada tahun tersebut, banyak kali jugak pergi ke photobooth macamni. Selalu photobooth macamni ada dekat tempat main game, beli coin pastu ambil gambar haha. Dari entri PHOTOBOOTH
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 1)
Rindunya masa ni. Masa ni memang masa bersama keluarga dekat Pontian, Johor. Kat Pontian memang saja berjalan-jalan kampung arwah ayah. Memang menggamit memori. Bukan senang tau nak ambil gambar seperti yang diatas ni hehe. Dari entri FAMILY MOMENTS
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 1)
Aktiviti tahunan orang kata jumpa dengan mereka ini. Masa ini kami jadi budak budak Pavilion. Jumpa setahun sekali, memang banyak lah cerita yang nak dicerita. Dari entri 3RD REUNION : PAVILION 18.05
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 1)
Merancang berjalan-jalan di Kuala Lumpur akhirnya menjadi. Setelah berbincang, kami berjalan jalan sekitar Kuala Lumpur bermula dari MUZIUM NEGARA → PLANETARIUM NEGARA → TAMAN BURUNG → KLCC → NUSENTRAL. Masa ini memang memasing kumpul duit untuk rancangan ini. Haha. Kenangan sangat dengan Ara Kimora. Dari entri #SiarSiar [Momi & Mora Edition] : KL Tour
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 1)
Pertama kali dalam sejarah, MOMI beranikan diri untuk ada satu projek untuk ulang tahun ke-2 Blog MOMI dan promosikan blog MOMI kepada umum. Masa ini MOMI terima lebih dari 60 penyertaan dan projek ini memang tidak menyediakan apa-apa hadiah pon. Memang disertai oleh keluarga dan rakan-rakan. Serius terharu! Terima kasih diatas sokongan semua. Sayang semua hehe
Dari entri Happy 2nd Anniversary Rafzan Tomomi Story!
-----
Phewwww...! Bukan senang ya nak cari gambar-gambar ni, memang MOMI ambil secara rawak sahaja. In sha Allah, nanti setiap bulan atau tahun, MOMI akan kembalikan entri "Saya & Gambar" ini. Ye la, nak cari 'content-content' menarik jugak, kalau tak mesti anda bosan tengok MOMI update pasal hiburan sahaja kan? hehe. Okaylah, sampai disini sahaja entri kali ini. Sambungan bahagian kedua akan di kemaskini esok. Harap anda seronok melihat kenangan-kenangan MOMI bersama keluarga dan rakan-rakan. =)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.rafzantomomi.com/2022/06/saya-gambar-edisi-ulang-tahun-ke-10-p1.html