Majlis Berkhatan Perdana Tahniah Along Dan Angah
Alhamdulillah, selesai sudah majlis berkhatan perdana di Masjid Bukit Aman pada (8/12/2018/ Sabtu) Sebenarnya, semua ni unplan. Memang tak ada plan awal, sehinggalah pada seminggu sebelumnya suami tanya pada member. Ada program, tetapi masa tu belum diwar-warkan. Kami register la terus. Excited Nak Bersunat Angah super excited. Along memang terpaksa ready mind la, dah nak masuk darjah tiga. Pada hari kejadian, seawal jam 7pagi kami bergerak dari rumah. Tibadi Masjid Bukit Aman dalam 735pagi. Taklimat oleh wakil HUKM Kata Doktor; Sebelum procedure parents kena sign surat kebenaran. Dan ketika procedure, parents boleh masuk. Sebarang implikasi selepas boleh rujuk di mana juga klinik berdekatan. Setiap orang tak sama, jadi taklimat hanya memberitahu secara umum sahaja procedure berkaitan. Dan bagi anak-anak yang mungkin tidak sesuai berkhatan dalam Majlis Khatan Perdana ini akan dirujuk kepada HUKM. Sessi Gimik Perasmian Majlis Berkhatan Perdana Inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh seramai 76 orang peserta majlis berkhatan perdana kali ini. Pastinya saat ini yang dinantikan oleh anak-anak. Selesai sahaja sessi perasmian, terus Along dan Angah salin baju Opss, sebelum tu pastinya sempatlah kami bergambar kenangan. Ye la, ini kan sekali seumur hidup. Rugi jika terlepas peluang dan saat yang indah ini. Ianya takkan kembali lagi. Sempat Along dan Angah bergambar kenangan dengan Tan Sri Mohd Fuzi Bin Harun Ketua Polis Negara 2018. Masanya telah tiba- Majlis Berkhatan Perdana Along, giliran bilik 5,peserta nombor 4. Manakala Angah bilik 5, peserta nombor 5. Abang kan, so kenalah dahului adik. Tapiiii…. Jam 1030pagi, tibalah masanya. Masa Along dah tiba. Melangkah masuk dengan tenang, tetapi… Dalam Bilik Berkhatan @ Bersunat Ketika baru sahaja diminta baring..Along dah mula menekup muka dengam tangan. Kain pelikat yang disarung diselak oleh Doktor. Doktor mula procedure dengan mencuci bahagian alat sulit. Kapas basah mula mengena kulit. Saat ini , Along dah meraung … “Eh, bukan sakit lagi lah! Ini baru doktor nak cucilah Along.” Doktor mulakan procedure. “Ummi tipu, ummi cakap tak sakit!” “Hish tak tipulah, sikit ja!” “Bila nak habiss? Ummi…bila nak habis.?” Cengkaman tangan Along dan Ummi sekain kuat. Semakin kedengaran juga Alog melalak. Ummi hanya mampu menenangkan dia.. “Along, Ummi bersalin pun potong macam ni juga…relax lah!” Lepas cakap baru terfikir, eh.. ni bukan tenang .. baik aku diam ja lah. 🤣. Alhamdulillah, selepas 15-20minit procedure selesai. Air mata membasahi pipi Along, mata merah. Huhuu malu. 😂 Selepad selesai ambil ubat dengan Abah, Along pun berehat. Sessi Angah Bersunat Awak rasa Angah lagi kuat melalak ke? Yer la, dia paling kecik kot, baru 5 tahun. Tapi masa masuk dia ‘steady’ je. Selepas Angah dah ready atas meja procedure, doktor pun selak kain pelikat. Dia dengan tenang follow jer arahan doktor. Tangan dia letak di atas kepala. Tak adalah nak menggeletar ke apa. Ingat steady tu sementar. Tapi .. satu persatu doktor buat procedure. Eh… betullah Angah ni…memang relaks. Lawatan Doktor dan Pemerhati Lain Tiada Air Mata Langsung Betul, Angah langsung tak ada air mata. Sebab doktor dan pembantu pun rasa dia bagus, dia dapat selimut lagi, selimutkan kaki yang sejuk. Serius, hebat. Dia serah diri 300%. Semasa doktor tengah sunatkan dia pun, dia boleh panggung kepala tengok setiap apa doktor buat. Serius, tak ada perasaan langsung Angah ini. Selesai sahaja bersunat, Angah boleh bergambar dengan doktor lagi. Hebat. Lepas tu, nak turun katil, eh..dia boleh nak terjun…adoilah anak oii. 😂😁 Keluar sahaja bilik sunat, semua tepuk tangan pada Angah. Baguss! Doktor yang tadi melawat Angah, turut hantar Angah ke meja ubat. Doktor pun rasa bangga dengan Angah. Hebat! Kini dah selesai keduanya, Along dan Angah dan memenuhi tuntutan sebagai muslim sejati. Balik rumah sessi berpantang. Harap semua selamat. Doa Ummi agar mereka jadi anak yang soleh dan menjadi insan kebanggaan Nabi Muhammad s.a.w dan menjadi Ummat yang di redhai oleh Allah swt. InsyaAllah
The post Majlis Berkhatan Perdana ; Tahniah Along dan Angah appeared first on UmmiNani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2018/12/majlis-berkhatan-perdana-anak/