Pakar Jelaskan Kopi Atau Teh Bukan Untuk Kanak Kanak Ini Punca Berat Anak Tak Naik


Ramai ibu risau berat anak tak naik-naik. Dah puas bagi macam-macam suplemen tetap sama. Bab makan kadang anak memilih juga. Tapi kalau air manis, cepat pula. Tapi ibu ayah tahu tak, air manis seperti teh atau kopi dan air berperisa lain salah satu faktor anak kurang berat.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian Dietitian, Puan Norhafizah M. Sobri.

ANAK MINUM TEH O BOLEH JADI KURANG BERAT
Satu kes kanak-kanak dirujuk kepada saya sebab kurang berat sehingga sudah sentuh ke garisan merah. Si abang usia 5 tahun tapi berat baru 10kg. Kerap selsema, demam dan batuk. Boleh dikatakan sekali sebulan mesti ada.
Ibu suri rumah jaga dua orang anaknya, tidak hantar ke taska, maka semua makanan anak-anak akan disediakan di rumah
‘Tak tahula Puan, macam-macam saya dah kenalkan, macam-macam resipi saya dah buat tapi last makan 2 -3 suap je’
” Takpe meh kita tengok apa kemungkinan puncanya” Sambil sedang korek sejarah diet anak..tiba-tiba si abg merengek nak balik. Bad mood terpaksa bangun awal ke klinik jumpa doktor.
Ibunya tak nak bagi anaknya merengek keluarkan satu botol susu dari beg kartun abangnya dan bagi abang untuk minum.
Bulat mata saya pandang..bukan sebab 5 tahun masih minum dalam botol susu tapi apa yang terkandung dalam botol susu tersebut. Penuh air teh O…size 10oz penuh sampai atas dengan air tersebut.

‘Puan selalu bagi air teh O ke anak?’
” Tak jugak, kadang-kadang saya selang seli dengan air sirap, air ribena, atau air glukos..risau kalau saya tak bagi air berperisa lagi tak naik berat badan anak. Dia dah tak minat susu”
Salah satu punca anak boleh memilih makan atau makan ikut mood adalah sebab AIR MANIS
Mengapa air manis boleh menjadi pencetus picky eater dan berat anak sukar untuk naik?
No.1 Kandungan zat sangat kurang.
Air manis hanya gula semata-mata. Maka kalori yang datang dari sumber gula sahaja tiada zat lain.
Jika banding dengan satu hidangan susu full cream (1 cawan 240ml) dan Teh O, kalori dalam satu cawan susu 2 kali GANDA lebih tinggi.. 120kcal vs 60kcal.
Bukan tu je…dalam susu ada lagi pertambahan protein, zat lain seperti kalsium, zat besi yang penting untuk pertumbuhan anak banding dengan teh O yang hanya ada gula.
Kredit: Google No 2. Menggalakkan anak suka rasa manis
Kerap pengambilan air manis akan membuat anak biasa dengan rasa manis maka makanan lain yang tidak manis akan ditolak tepi seperti nasi, pasta, roti, sayur semua akan ditolak tepi sebab tak rasa manis macam airnya. Secara tak langsung kita train anak makan minum manis sahaja. Kalau makanan sihat dah tolak tepi macam mana nak naik berat?
No 3. Mengandungi bahan yang halang zat penting diserap
Kopi o, teh o mengandungi kafein yang boleh menghalang zat besi diserap masuk dan akhirnya jadi iron deficiency anemia. Kekurangan zat besi ini boleh menyebabkan anak kurang selera makan, dan akibat kurang Hemoglobin boleh juga dan zat lain sebab tak makan sihat boleh membuat anak senang sakit
Maka mak ayah perlu elak sebolehnya dari pemberian air manis kepada anak dalam bentuk botol atau botol air di mana anak boleh minum tanpa had.
Kredit: Google Hadkan pemberian air dan makanan manis. Jika nak beri bagi dalam bentuk semulajadi seperti buah buahan, fresh fruit juice, ais krim buah dan yoghurt, pudding/jelly/agar agar buah.
Bukan sahaja dapat membantu naikkan selera anak makan tapi pada masa sama memberi zat yang diperlukan untuk pertumbuhan dan kekuatan imuniti badan.
Untuk pelbagai resipi sihat mak ayah boleh join group Happy Baby Foods Malaysia di mana resipi yang diberi kepada anak anak adalah dari bahan natural dan bebas gula serta garam tapi sedap.
Kredit: Dietitian Fizah Sobri

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Pakar Jelaskan, Kopi Atau Teh Bukan Untuk Kanak-Kanak! Ini Punca Berat Anak Tak Naik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pakar-jelaskan-kopi-atau-teh-bukan-untuk-kanak-kanak-ini-punca-berat-anak-tak-naik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Jamu Nak Sihat Bertenaga Tapi Pakar Jelaskan Salah Satu Punca Kanser Rahim

Makan Jamu Nak Sihat Bertenaga Tapi Pakar Jelaskan Salah Satu Punca Kanser Rahim

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 311 hits
Kebiasaannya wanita bila lepas bersalin dan masuk usia 30 an mula terfikir untuk kekal awet muda dan bertenaga Lagi lagi yang bersalin dan mempunyai anak lebih dari seorang Macam macam difikirkan terutama bab kesihatan dalaman dan aset wani...
Uluran Atau Angin Pasang Pada Kanak Kanak

Uluran Atau Angin Pasang Pada Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 305 hits
Oleh Ms Dr Afizah Salleh Pakar Perunding Pembedahan Am Hospital Pakar An Nur Uluran atau bahasa perubatannya hernia bukan hanya terjadi pada orang dewasa tetapi juga kanak kanak dan bayi Berbanding dengan orang dewasa hernia pada kanak kana...
8 Perkara Ini Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai Mama Papa Jangan Tersilap Langkah

8 Perkara Ini Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai Mama Papa Jangan Tersilap Langkah

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 291 hits
Tidak dinafikan ada kalanya si kecil sering membuat perangai sampai pening parents nak menghadapnya Apakah mungkin terdapat cara mengatasi anak tantrum Menangani anak tantrum Anak tantrum buat perangai merengek meragam tidak mendengar kata ...
Tanda Tanda Berat Badan Dah Naik

Tanda Tanda Berat Badan Dah Naik

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 306 hits
Tanda Tanda Berat Badan Dah Naik Bila berat badan dah naik apa yang anda lakukan Anda panik ke Atau biarkan je sebab memang nak berat badan naik Haha Macam mana nak tahu berat badan dah naik Apakah tanda tandanya Jom tengok apa yang saya ko...
Resepi Bebola Cheese Tarik Sedap Boleh Naikkan Berat Anak 4 Bahan Saja

Resepi Bebola Cheese Tarik Sedap Boleh Naikkan Berat Anak 4 Bahan Saja

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 385 hits
Bagi anak yang kurang gemar makan nasi makanan dari sumber karbohidrat lain seperti aneka mi pasta dan roti antara yang disarankan Namun kudapan dari kentang dan keju boleh juga disarankan untuk anak Jom tambahkan berat badan anak kecil kit...
Mainan Anak Punca Penyakit Pernah Cuci Tak Trak Mainan Teddy Bear Si Kecil

Mainan Anak Punca Penyakit Pernah Cuci Tak Trak Mainan Teddy Bear Si Kecil

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 329 hits
Anak sudah masuk usia 5 tahun barang permainan pun semakin banyak Tetapi pernah tak ibu ayah membasuh mainan kanak kanak walaupun sekali Eh perlu ke untuk mencuci barang permainan si kecil Kredit Freepik Perlu ke membasuh mainan kanak kanak...
Hiburan Muat Naik Kenangan Anak Pertama Netizen Puji Rita Rudaini Tak Ajar Anak Lupa Bapa

Hiburan Muat Naik Kenangan Anak Pertama Netizen Puji Rita Rudaini Tak Ajar Anak Lupa Bapa

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 286 hits
Gemar berkongsi perkembangan anak di media sosial pelakon Rita Rudaini dilihat sebagai seorang ibu tunggal yang sangat cekal membesarkan anak seorang diri Malah Rita Rudaini dipuji tidak pernah mengajar anak anak membenci bapa kandung merek...
Luhut Ultimatum Kalau Sampai Kamis Obat Langka Atau Naik Gudang Akan Dirazia

Luhut Ultimatum Kalau Sampai Kamis Obat Langka Atau Naik Gudang Akan Dirazia

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 168 hits
Luhut juga memerintahkan Kapolri Jenderal Listyo Sigit Prabowo Kapolda Metro Jaya Irjen Fadil Imran serta Kejati untuk melakukan patroli terhadap aturan yang sudah dimiliki
Ibu Terkejut Anak Menjerit Kanak Kanak 1 Tahun 5 Bulan Maut Dipatuk Ular Dalam Bilik

Ibu Terkejut Anak Menjerit Kanak Kanak 1 Tahun 5 Bulan Maut Dipatuk Ular Dalam Bilik

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 339 hits
Empat jam setelah menerima rawatan di hospital selepas dipatuk ular akhirnya kanak kanak lelaki berusia setahun lima bulan pergi menghadap ilahi di Hospital Rembau Negeri Sembilan Menerusi laporan Astro Awani dalam kejadian kira kira jam 9 ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching