Pemilik Pekerja Perniagaan Mikro Berbaris Untuk Makanan Percuma Kata Persatuan


 
Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, Michael Kang berkata, individu dalam kumpulan M40 kini menjadi kategori B40.PETALING JAYA: Putrajaya digesa memberikan bantuan kewangan segera kepada pemilik perniagaan kecil yang kini tidak mempunyai pendapatan akibat perintah kawalan pergerakan (PKP).
Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, Michael Kang berkata, pusat kebajikan melihat lebih ramai pemilik dan pekerja perniagaan mikro, serta sektor tidak formal berbaris untuk mendapatkan makanan percuma.
“Kami dapat melihat kumpulan M40 menjadi kumpulan B40.
“Dan mereka dalam kumpulan B40 menjadi lebih miskin,” katanya dalam perbincangan panel pada pelancaran maya laporan Bank Dunia “24th Malaysia Economic Monitor: “Weathering the Surge” hari ini.
Kang berkata, dana daripada pelbagai pakej rangsangan ekonomi kerajaan boleh membantu mereka yang terbabit dalam perniagaan mikro untuk membeli keperluan asas.
“Mereka bergantung kepada punca pendapatan harian, yang paling tidak hanya cukup untuk dua hingga tiga hari.
“Jika mereka tidak menjana pendapatan, mereka akan menghadapi masalah untuk membeli makanan,” katanya sambil menambah dana itu boleh diberikan segera oleh agensi kerajaan yang dengan PKS dan perniagaan mikro.
Beliau turut menggesa agensi kerajaan itu menjangkau perniagaan mikro dan membantu memperluas jangkauan mereka melalui pendigitalan.
“Bantu sektor tidak formal untuk berniaga dalam talian, beroperasi dan bantu dari segi sistem penghantaran.”
Kang berkata, PKS bergelut sejak PKP pusingan pertama tahun lalu, tetapi mampu bertahan akbat bantuan dan moratorium segera, dengan sesetengahnya masih mempunyai lebihan wang tunai.
“Tetapi ini, 30% hingga 40% mengeluarkan wang tunai simpanan dan tidak mampu meneruskan operasi mereka ketika lanjutan sekatan pergerakan.”
PKP 3.0 mula dilaksanakan 12 Mei lalu, ia disusuli PKP penuh sejak 1 Jun lalu.
Kang berkata, langkah seterusnya ialah membenarkan lebih banyak sektor perniagaan dibuka di bawah Fasa II Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin minggu lalu,
Fasa II akan dimulakan apabila purata kes harian berkurangan bawah 4,000 kes, sistem kesihatan awam tidak lagi di tahap kritikal dan 10% penduduk lengkap dua dos vaksin.
Semua sektor akan dibenarkan dibuka mulai Oktober di bawah Fasa IV apabila purata kes harian Covid-19 berkurangan kepada 500 kes ke bawah dan 60% penduduk lengkap dos suntikan vaksin.
“Perniagaan dalam peruncitan, pelancongan dan beberapa sektor pembuatan mungkin tidak dapat meneruskan operasi serta kekal dengan pekerja mereka (sehingga Oktober),” kata Kang.
Awal bulan ini, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) memberi amaran banyak PKS dan perniagaan mikro tidak lagi mampu bertahan di bawah PKP dan tidak mempunyai aliran tunai untuk meneruskan perniagaan mereka.
Presidennya, Syed Hussain Syed Husman berkata, walaupun baru memasuki minggu kedua PKP penuh, syarikat terbabit bergelut untuk bertahan.
Naib Presiden Persatuan PKS Malaysia, Chin Chee Seong dilaporkan berkata, sekurang-kurangnya 50,000 PKS mungkin gulung tikar, jika PKP dilanjutkan empat minggu lagi.
Katanya, kira-kira 100,000 syarikat telah menghentikan beroperasi sejak PKP pertama. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/06/pemilik-pekerja-perniagaan-mikro.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Kn

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Ahli Perniagaan Didenda Rm 24 000 Palsukan Dokumen Tender Makanan Asrama

Dua Ahli Perniagaan Didenda Rm 24 000 Palsukan Dokumen Tender Makanan Asrama

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 165 hits
Junaidah bersama Ashpawi keluar dari bilik mahkamah selepas mengaku bersalah memalsukan dokumen Dua Ahli Perniagaan Didenda Palsukan Dokumen Tender Makanan Asrama Dua ahli perniagaan yang memalsukan dokumen bagi mendapatkan tender membekalk...
Hiburan Disangka Hamil Ernie Zakri Kata Perut Besar Kandung Makanan Bukan Bayi

Hiburan Disangka Hamil Ernie Zakri Kata Perut Besar Kandung Makanan Bukan Bayi

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 299 hits
Penyanyi yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan Ernie Zakri tampil menafikan dakwaan mengenai berita yang mengatakan dirinya kini hamil Isteri kepada penyanyi Syamel ini berkata berat badannya kini meningkat selepas mendirikan rumah tan...
Penyedia Perkhidmatan Perlu Peka Nama Pelanggan Didaftar Kata Persatuan

Penyedia Perkhidmatan Perlu Peka Nama Pelanggan Didaftar Kata Persatuan

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 274 hits
Tangkap layar video tular menunjukkan seorang lelaki dipukul sekumpulan penghantar makanan PETALING JAYA Syarikat penghantaran makanan diingatkan supaya peka terhadap nama pelanggan yang didaftarkan di dalam sistem mereka agar tidak menyent...
Sektor Pertanian Penternakan Dan Industri Makanan Terus Dibenar Beroperasi Kata Menteri

Sektor Pertanian Penternakan Dan Industri Makanan Terus Dibenar Beroperasi Kata Menteri

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 225 hits
Sektor pertanian penternakan dan industri makanan terus dibenar beroperasi kata menteri Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterb
Polis Tahan 19 Pekerja Restoran Selepas Gagal Dapat Burger Percuma

Polis Tahan 19 Pekerja Restoran Selepas Gagal Dapat Burger Percuma

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 162 hits
KOSMO LAHORE Pakistan Sekumpulan anggota polis di Pakistan naik berang dan menahan semua 19 kakitangan sebuah restoran makanan segera kerana enggan memberikan burger percuma kepada mereka Pekerja restoran makanan segera popular Johnny Jugnu...
Keputusan Besar Dibuat Secara Bersama Kata Ahmad Maslan

Keputusan Besar Dibuat Secara Bersama Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 205 hits
June 22 2021 8 58 PMSetiausaha Agung Umno Ahmad Maslan PETALING JAYA Tempoh 14 hari yang diberikan Umno kepada kerajaan untuk membuka semula Parlimen adalah keputusan besar dibuat secara bersama kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan Mener...
Sagu Hati Sukarelawan Kesihatan Naik Rm100 Sehari Kata Perdana Menteri

Sagu Hati Sukarelawan Kesihatan Naik Rm100 Sehari Kata Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 223 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Kerajaan bersetuju menaikkan elaun sagu hati kepada sukarelawan kesihatan yang terbabit dalam proses vaksinasi dan pengurusan Covid 19 daripada RM50 kepada RM100 sehari Bercakap pada sid...
Notis 28 Hari Boleh Diketepikan Kata Najib

Notis 28 Hari Boleh Diketepikan Kata Najib

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 259 hits
Najib Razak berkata Peraturan Mesyuarat membenarkan persidangan Dewan Rakyat tergempar sementara Ordinan Darurat juga boleh digunakan untuk mengadakan persidangan dengan cepat PETALING JAYA Kerajaan tidak memerlukan 28 hari untuk mengadakan...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau