Main Campak Campak Dalam Breadmaker Macam Macam Jenis Roti Boleh Buat Resipi Pun Simple
Sebut saja nak buat roti, anak-anak mula teruja lain macam. Seronok yang hias dan toppingkan pelbagai jenis roti kesukaan mereka. Paling menarik, menyediakan roti dengan kecanggihan bread maker jadi mudah semua kerja. Tak adalah anak menunggu lama.
Campakkan sahaja semua bahan, macam-macam jenis roti boleh disediakan. Jom cuba resipi perkongsian Mastura Razali ini. Sedap!
Meh la kita cuba-cuba buat roti sendiri. Satu resepi boleh pelbagaikan. Kali ni guna resepi google je. Sape yang nak cuba kat bawah ni saya sertakan resepi roti.
Resepi asal untuk roti manis tapi saya buat untuk roti sosej dengan roti sardin je. Sedia bahan, masuk dalam breadmaker. Biar bm buat keje. Dah siap kita amik doh terus rounding dan terus bentukkan.
Bahan-bahan:
500g tepung roti -nak campur tepung gandum pun boleh
100g gula halus
100g marjerin
2sb susu pekat
1sk bread improver
1sk bread softener
6g garam
2sk yis
1bj telur
Air sejuk peti ais (telur,susu pekat,air jadikan semua 300g)
Masukkan semua bahan dalam breadmaker di mulai dengan bahan cecair. Yis atas sekali.
Lepas tu on kan la bm tu biar breadmaker buat kerje. Untuk bm russel taylor saya set no 11, uli 45 minit. Siap uli terus keluarkan.
Lepas tu bentukkan roti, cukup masa boleh bakar. Saya guna suhu 180 20 minit.
Keluar oven terus sapu marjerin. Siap!
Menarik: Betul Ke Cara Mama Pakaikan Lampin Pada Bayi, Jom Baca Untuk Ketahui
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Main Campak-Campak Dalam Breadmaker, Macam-Macam Jenis Roti Boleh Buat, Resipi Pun Simple! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/main-campak-campak-dalam-breadmaker-macam-macam-jenis-roti-boleh-buat-resipi-pun-simple/