Main Bowling Di Daiman Bowl
Main Bowling di Daiman Bowl|| Bowling merupakan salah satu sukan indoor yang nampak macam senang tapi sebenarnya susah kalau takda skill yang betul. Bagi aku masa kali pertama tengok, alahai.. Kacang je.. Baling jela tegak tegak mesti pergi tegak Dan jatuh jugak semua pin tu. Ops. Salah ye! Hahaaha.. Hakikatnya dari zaman sekolah sampai dah kerja ni, Tetaplah macamtu je aku main bowling 😂 Tak terror terror!
Ini Kisah haritu masa adik Dari KL balik JB cuti raya Aidiladha. Kitaorang spend time main bowling kat tempat yang selalu dituju bila nak main bowling iaitu Daiman Bowl atau Pusat Bowling Daiman. Setelah sekian lama tak bersukan, jomlah kita gerakkan badan! Haha.. Memang santai je main bowling ni, dalam tempat aircond gitu tapi kalau baling setakat baling, takda skill yang betul, boleh jadi bola ke longkang Dan pin tak dapat jatuh kesemuanya..
OOTD like a pro lah kan
Kami pun tak berapa pro, main baling je tapi saja nak Cuba Cuba lagi. Hahaha.. Ada orang sebut pasal skill pusing buah kelapa la..apa la..hahahaa.. Tapi aku pun pakai hantam sajalah asalkan gerak ke tengah tengah Dan pin jatuh. Errr.. Ada time tersenget senget tanganku, masuk gak ke longkang 🤣 Niat nak release tension tapi leh jadi Bertambah stress kalau ke longkang perginya! Kahh
Selamat Bersukan semua!
Snap sebab....Pink colour!
Bola size 7 ringan tapi kadang tak berapa nak pergi atau laju.. Haha.. So pakai saiz 8 lah masa nak baling tu... Segan jugak kalau duduk sebelah lane yang terror main bowling. Ada yang Siap bawak bag berisi bola bowling sendiri. Itu kira professional lah kan. Orang tu mesti hobi Dan tinggi cintanya terhadap sukan bowling ni..
Namaku yang paling atas. Markah pada first round, biashe biashee je.. Second round baru agak Tinggi, melebihi markah 100. Rare la kalau markah camtu untuk seorang Nona.. Ada jugak la Spare or X tu. Hikhik! Semangat tengok orang lain jatuhkan pin semua..
Apa pun.. Alhamdulillah, dapat spend time with family. Parents memang tak join la sebab waktu yang tak sesuai. Tambahan pula ramai betul manusia. Hampir sejam Tunggu turn kami. Bayangkan Dari kul 9 lebih, then kul 10 lebih baru dapat main. Mengantuk mak bapak aku kalau nak menunggu sampai tengah malam baru Siap sebab kat sini, waktu operasi sampai 1 pagi ui! Main santai santai je takpa, relaks gitu~ Next time boleh datang lagi cuma nak menunggu ler agak lama.
Kitaorang suka sini sebab lane nya teratur, condition ok, Selamat, tempat selesa Dan berbaloi bayar. Setakat ni, takda isu pin tersangkut ke apa Macam sesetengah tempat. Sistemnya bagus cuma tuhla, ramai sangat bila peak hour, lagi lagi kalau weekend. Full! Surau, toilet, kafe, tempat menunggu (kerusi) Dan port untuk smoking pun ada. Memang nice!! Rasa nak repeat more! Gituh! You guys suka main bowling ke
Notakaki: Harini kena kerja di saat yang lain ramai sambung cuti..
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2024/07/main-bowling-di-pusat-bowling-daiman.html