Mahu Hidup Lebih Sihat Rawat Usus Anda Terlebih Dahulu


Pernahkah anda mengalami gangguan emosi atau mudah marah dengan orang lain kerana lapar atau mengalami cirit-birit yang disebabkan oleh tekanan. Semua ini adalah petanda sistem pencernaan manusia mampu mempengaruhi kesihatan fizikal dan emosi.


Menyayangi dan menjaga kesihatan sistem penghadaman amatlah penting bagi mengelak masalah pencernaan selain mengukuhkan sistem imun badan.

Selain memainkan dua peranan utama iaitu membantu penyerapan nutrien makanan serta menyingkirkan agen memudaratkan iaitu toksin, alergen dan mikroorganisma bahaya.

Pencernaan yang sihat turut mempengaruhi emosi, sistem imun dan kesihatan secara keseluruhannya.

Sistem penghadaman juga digelar 'otak kedua' oleh pakar perubatan, mempunyai sistem saraf berautonomi, iaitu sistem saraf enterik yang memiliki lebih banyak neurotransmitter berbanding otak.

Neurotransmiter, sistem penghadaman menghasilkan 95 peratus serotonin, iaitu hormon yang mempengaruhi emosi dan digunakan juga dalam proses penghadaman.

Sayangi usus hindari penyakit kronik

Saluran gastrousus adalah keajaiban fisiologi secara sendirinya dan memainkan peranan penting melindungi sistem imun kita.

Saluran GI menghasilkan lebih 100 trilion sel mikrob, termasuk bakteria sistem penghadaman yang kebanyakannya menghuni dalam usus besar atau kolon.

Kajian pakar penyelidik dari Harvard School of Public Health di Amerika Syarikat mendapati bakteria dalam sistem penghadaman menghasilkan bahan kimia yang membenarkan sel imun dalam kolon berkembang dan berfungsi dengan cekap.

National Health Services di United Kingdom pula menganggarkan, 40 peratus daripada semua orang pernah mengalami sekurang-kurangnya satu masalah gastrousus, sama ada cirit-birit, sembelit atau kembung perut.

Kegagalan memantau kesihatan sistem penghadaman bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, bahkan menjurus kepada penyakit kronik hingga mengancam nyawa.

Antara lima penyebab kematian

Kajian Kementerian Kesihatan mendapati dalam tempoh sehingga Disember 2013, penyakit berkaitan sistem penghadaman antara lima penyebab utama kematian di hospital swasta dan awam Malaysia. Serangan ini juga antara enam punca utama pesakit dimasukkan ke hospital.

Mencegah lebih baik daripada mengubati, daripada menunggu sehingga terkena masalah kesihatan sebelum mengambil tindakan, lebih baik jika anda mengambil langkah aktif mempertingkatkan kesihatan sistem penghadaman.

Selain mengurangkan risiko masalah penghadaman pada masa akan datang, sistem penghadaman sihat penting bagi membolehkan seseorang menikmati hidup dengan sempurna.

Daripada pemprosesan bahan toksik seperti alkohol dan dadah kepada produk hasilan yang selamat, menghasilkan amonia toksik untuk menghalang karsinogen berbahaya daripada diserap ke dalam aliran darah, "organ-organ detoks" yang terbina dalam badan manusia seperti hati, usus dan buah pinggang, semua ini menunjukkan bahawa badan kita sememangnya lengkap untuk menghapuskan toksin.

Oleh itu, organ-organ ini mesti dijaga untuk berfungsi secara optimum.

Bagi menyokong bekalan glutathione dalam hati, peptida antioksidan semula jadi yang penting untuk fungsi imun badan dan mengawal keradangan, makan lebih banyak makanan yang kaya dengan sulfur seperti bawang putih, brokoli, kubis, bawang dan kubis bunga.

Banyakkan bersenam

Buah pinggang memainkan peranan penting bagi menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dalam badan.

Untuk buah pinggang berfungsi dengan baik, pastikan anda kekal terhidrat. Elakkan makanan tinggi kandungan garam, gula dan lemak.

Tekanan darah tinggi adalah antara punca utama penyakit buah pinggang. Justeru penting membuat pemeriksaan tekanan darah secara kerap dan elakkan meminum terlalu banyak alkohol dan hentikan amalan merokok.

Banyakkan bersenam bagi mengurangkan tekanan darah tinggi dan pada masa sama, mengekalkan berat badan yang sihat.

Jangan ketepikan kepentingan sayur dan buah-buahan kerana kajian membuktikan sajian berserat tinggi mengurangkan risiko kanser kolon, kencing manis jenis 2, sakit jantung dan strok.

Amalan ini juga melancarkan proses penghadaman dan mencegah sembelit. Serat menstabilkan tahap glukosa darah kerana ia memperlahankan penyerapan glukosa dalam usus kecil.

Serat juga mengurangkan risiko serangan sakit jantung. Sumber serat termasuk oat, gandum, kacang-kacangan, biji-bijian, kacang dal, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Probiotik mempromosikan pemulihan sistem penghadaman

Sistem penghadaman adalah sarang kepada 100 trilion bakteria, secara kolektif dikenali sebagai microbiome. Mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam sistem penghadaman penting bagi kesihatan pencernaan.

Kita boleh meningkatkan jumlah bakteria baik dengan mengambil probiotik yang didapati dalam minuman susu berkultur dan makanan yang difermentasi.

Pilihan yogurt, minuman susu berkultur, kefir, sauerkraut (jeruk kubis), tempe dan kimchi lebih baik. Probiotik terbukti secara klinikal melegakan cirit-birit dan simptom Sindrom Usus Rengsa (IBS).

Apabila mencari makanan probiotik, pastikan memilih minuman susu kultur yang mengandungi kultur 'hidup dan aktif'.

Ini bermakna minuman itu tidak dirawat haba atau tidak melalui rawatan haba selepas dikulturkan kerana proses berkenaan akan membunuh semua bakteria bermanfaat.

Seperti yang dijelaskan konsep teknikal 'sampah masuk, sampah keluar' atau akronimnya, GIGO, kita adalah apa yang kita makan. Diet seimbang adalah cara paling tepat dan cepat bagi merangsang prestasi sistem penghadaman.

Detoks yang sihat, diet yang betul dan amalan mengambil probiotik adalah strategi terbaik untuk sistem penghadaman lebih sihat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
10 Khasiat Flaxseed Untuk Kesihatan Dan Merawat Penyakit Usus Secara SemulajadiMemahami Kaitan Antara Usus Dan Minda Serta Kepentingannya Kepada Kesihatan
sumber: bharian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/02/mahu-hidup-lebih-sihat-rawat-usus-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lakukan 8 Perkara Ini Terlebih Dahulu Supaya Rezeki Akan Lebih Murah Rileks Media

Lakukan 8 Perkara Ini Terlebih Dahulu Supaya Rezeki Akan Lebih Murah Rileks Media

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 409 hits
Orang kata rezeki lebih murah kalau kita sentiasa memberi kepada orang lain Ya benar memberi itu banyak kelebihannya Namun adakalanya kita sendiri pun sesak dan kekurangan untuk sentiasa memberi kepada yang memerlukan Jangan sesakkan fikira...
Perkahwinan Atau Ibadah Haji Terlebih Dahulu

Perkahwinan Atau Ibadah Haji Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 254 hits
Soalan Bagaimana jika seseorang mempunyai wang yang mencukupi untuk perbelanjaan Haji tetapi dia juga ingin berkahwin Jawapan Perkahwinan atau pernikahan adalah sangat dituntut di dalam Islam Sudah menjadi fitrah manusia untuk saling berkas...
Turun Kos Sara Hidup Lebih Banyak Barang Akan Dikawal Harga

Turun Kos Sara Hidup Lebih Banyak Barang Akan Dikawal Harga

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 342 hits
Turun kos sara hidup Lebih banyak barang akan dikawal hargaPosted By on February 16 2019Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyedari beban kos sara hidup yang dialami rakyat di negara ini dan mengambil langkah perlu...
Pandu Lebih 39 Minit Ke Kerja Setiap Hari Boleh Jejaskan Kesihatan Dan Hidup Anda

Pandu Lebih 39 Minit Ke Kerja Setiap Hari Boleh Jejaskan Kesihatan Dan Hidup Anda

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 428 hits
Adakah anda orang itu Berapa banyak masa yang anda habiskan sehari di jalan raya Sama ada dalam perjalanan ke tempat kerja menghantar anak anak ke sekolah atau menyelesaikan sebarang urusan luar anda mungkin menghabiskan sebahagian besar ma...
Masa Mandi Dhia Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Masa Mandi Dhia Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 522 hits
Masa mandi adalah lebih daripada sekadar rutin ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan Ia merupakan rutian harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibubapa d...
Anda Ingin Pandai Mengaji Dengan Lebih Cepat Dan Mudah

Anda Ingin Pandai Mengaji Dengan Lebih Cepat Dan Mudah

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 451 hits
Assalamualaikum Ramai orang mengaji Al Quran tetapi hatinya risau rasa bersalah kecewa dan takut berdosa kerana bacaannya masih gagap tajwid berterabur dan sebutan tidak lancar sedangkan umur makin meningkat Jadi persoalannya di sini adalah...
Lebih 3 000 Penduduk Berisiko Hilang Tempat Tinggal

Lebih 3 000 Penduduk Berisiko Hilang Tempat Tinggal

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 309 hits
Lebih 3 000 penduduk berisiko hilang tempat tinggal nbsp Dikemas kini 20 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 9 Feb 2019
Berdasar Penelitian Otak Wanita Ternyata Lebih Lambat Menua Dibanding Pria

Berdasar Penelitian Otak Wanita Ternyata Lebih Lambat Menua Dibanding Pria

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 246 hits
Sebuah penelitian terbaru mengungkap bahwa otak wanita lebih muda empat tahun dibanding pria pada usia yang sama Dilansir dari New York Post penemuan ini cukup mengejutkan dan menjelaskan mengenai bagaimana otak wanita lebih lambat mengalam...
Kerajaan Ph Komited Buka Lebih Banyak Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat

Kerajaan Ph Komited Buka Lebih Banyak Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 277 hits
Kerajaan akan menggandakan usaha memberi lebih banyak peluang terutama pekerjaan kepada rakyat dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan mereka kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin Kerajaan juga sedang mencari jalan bagaimana m...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul

Penjawat Awam Antara 13 Ditahan Disyaki Terbabit Dengan Kartel Pindah Milik Tanah Secara Tidak Sah

Sila Cermin Diri

Pi Kwc Fashion Mall Pulak