Lembaga Pengarah Fic Perlu Letak Jawatan Elak Legasi Felda Hancur


Hanna J



Minggu lepas, Felda dan syarikat pelaburan induknya, Felda Investment Corp Sdn Bhd (FIC) disaman pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) dalam pertikaian melibatkan pemberian tanah.

SPSB berkata, berdasarkan perjanjian dengan FIC pada 2014, mereka sepatutnya diberikan 24 bidang tanah yang keseluruhannya seluas 20.66 ekar untuk dimajukan di tanah milik Felda di Jalan Semarak, tetapi syarikat itu hanya menerima satu bidang tanah daripada Felda.

Sekali pandang, mungkin ini nampak pelik kerana FIC bertindak tidak profesional, sedangkan FIC adalah syarikat yang kerap mengendalikan pelaburan berjuta ringgit. Tetapi, jika selidik kembali amalan FIC dalam pelaburannya, nescaya saman daripada SPSB ini tidaklah terlalu mengejutkan.

Pada pendapat penulis, penting untuk perdana menteri dan menteri hal ehwal ekonomi bertindak secepat mungkin menyelesaikan situasi ini dan mengambil langkah menstruktur semula Felda keadaan menjadi lebih parah.

Berdasarkan prestasi sebelum ini, FIC tidak membawa sebarang nilai kepada Felda dan penerokanya.

Ditubuhkan pada 2013, FIC adalah anak syarikat Felda yang berfungsi sebagai sayap pelaburan induk dalam sektor bukan perladangan seperti hartanah, perhotelan dan pelaburan strategik lain di dalam serta luar negara.

Kita mungkin tidak akan tahu kenapa Felda yang tugas utamanya untuk membantu masyarakat luar bandar keluar daripada kancah kemiskinan melalui program perladangan, melabur dalam industri tiada kaitan dengan teras perniagaannya.

Bagaimanapun, kita boleh lihat dengan jelas pelbagai kepincangan tadbir urus yang berlaku dalam pelaburan ini.

Sebagai contoh, dalam kes KLVC, nilai tanah yang dibayar kepada Felda lebih rendah daripada harga pasaran. Ini berlaku kerana terdapat kegagalan komunikasi antara pihak pengurusan dan lembaga pengarah FIC.

Menurut Kertas Putih Felda, dalam mesyuarat lembaga pengarah FIC, pihak pengurusan berpendapat pulangan minimum RM500 juta untuk tanah itu adalah munasabah, namun penilaian lanjut jurunilai bebas serta Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta mendapati tanah itu mempunyai nilai purata RM618 juta.

Selain itu, projek KLVC ialah pelaburan berisiko tinggi untuk FIC kerana langsung tiada kajian dijalankan ke atas pelaburan itu dan ia berisiko mengalami kerugian seperti kerugian dari segi hasil sewaan sekurang-kurangnya RM1.5 bilion selama 20 tahun.

Selain KLVC, FIC turut membuat pelaburan merugikan dalam Felda Wellness Corporation (FWC), Hotel Park City Grand Plaza Kensington (GPK), Felda House dan Grand Felda House.

FWC yang diasaskan pada 2013 mendapat modal permulaan RM5 juta dan peruntukan RM102 juta dari Felda. Namun, nilai syarikat itu terus merosot dan setakat 31 Disember 2017, kedudukan liabiliti bersih FWC mencecah RM185.6 juta, termasuk baki hutang FIC dan Felda berjumlah RM186 juta.

Dalam pelaburan GPK di London pula, lembaga pengarah FIC meluluskan pembelian itu pada harga £60 juta (RM305 juta) pada September 2014. Namun, jurunilai bebas mendapati nilai GPK merosot kepada £26 juta pada Jun 2015, 9 bulan selepas pembelian itu yang menyebabkan kerugian sebanyak £34 juta.

Bagi Felda House dan Grand Felda House di Wembley, London, FIC membeli 2 hartanah itu pada harga £58.5 juta dan £109.26 juta yang keseluruhannya berjumlah £167.76 juta. Tetapi, seperti pelaburan KLVC, berlaku percanggahan komunikasi antara lembaga pengarah dan pengurusan FIC.

Lembaga pengarah meluluskan harga pembelian £163 juta, iaitu £4.76 juta lebih rendah daripada £167.76 juta yang dibayar FIC. Ia turut membelanjakan £648,000 untuk kerja tambahan pada Grand Felda House tanpa kelulusan lembaga pengarah.

Percanggahan komunikasi antara pihak pengurusan dan lembaga pengarah seolah-olah menjadi “tema” dalam setiap pelaburan FIC.

“Tema” lain yang kerap berlaku dalam pelaburan anak syarikat Felda itu termasuk seperti melabur tanpa kaji selidik mendalam, membeli pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran, kelemahan tadbir urus, tidak patuh kepada dasar Felda dan penglibatan pihak ke-3 yang tidak sah.

Pelaburan ini bukan saja merugikan FIC dan Felda, tetapi memberi imej buruk kepada status Felda sebagai agensi utama kerajaan.

Siapakah individu dalam lembaga pengarah Felda yang membuat keputusan menyimpang daripada objektif asal Felda dan melabur dalam syarikat tiada kaitan dengan teras perniagaannya berasaskan perladangan?

Jika individu ini masih berada dalam Felda, beliau seharusnya bertanggungjawab dan meletak jawatan secara profesional. Jika tidak, kerajaan perlu mengambil langkah proaktif dan memecat individu ini sebelum mereka menghancurkan legasi Felda serta menyukarkan hidup peneroka.

Dengan prestasi kewangan Felda yang merudum sekarang, FIC perlu melakukan perubahan drastik untuk mengelakkan ia terus menanggung kerugian. Selain itu, ia perlu mengutamakan pelaburan dalam sektor perladangan, bukannya perhotelan atau hartanah.

Bukankah sudah tiba masa untuk Felda kembali ke asal-usulnya dalam bidang perladangan?
 
*Hanna J ialah pembaca FMT.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/lembaga-pengarah-fic-perlu-letak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Mandul Lelaki Dinasihat Elak Letak Handphone Dalam Poket Seluar

Boleh Mandul Lelaki Dinasihat Elak Letak Handphone Dalam Poket Seluar

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 470 hits
Telefon pintar yang disimpan di dalam poket seluar membahayakan kesuburan golongan lelaki Ini kerana berdasarkan kedudukan penyimpanannya telefon tersebut adalah berhampiran dengan buah zakar golongan tersebut Berdasarkan kajian penyelidik ...
Skandal Rokok Seludup Ketua Perisik Taiwan Letak Jawatan

Skandal Rokok Seludup Ketua Perisik Taiwan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 196 hits
Skandal rokok seludup ketua perisik Taiwan letak jawatan Dikemas kini 32 minit yang lalu Diterbitkan pada 24 Jul 2019 11 30A
11 Sebab Kenapa Tommy Thomas Harus Letak Jawatan Peguam Negara

11 Sebab Kenapa Tommy Thomas Harus Letak Jawatan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 286 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Tommy Thomas segera meletakkan jawatannya sebagai Peguam Negara kerana gagal bersikap profesional dan adil Pemuda UMNO berpendapat sekiranya benar Kerajaan Malaysia Baharu di bawah pimpinan Paka...
20 Senator Tak Hadir Ruu Undi 18 Minta Maaf Atau Letak Jawatan Kit Siang

20 Senator Tak Hadir Ruu Undi 18 Minta Maaf Atau Letak Jawatan Kit Siang

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 295 hits
News Diterbitkan Hari ini 11 49 tengahari Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata 20 senator yang tidak hadir dalam pengundian Rang Undang Undang Perlembagaan 2019 di Dewan Negara perlu memaklumkan sebab ketidakhadiran mereka Ahli Dewan ...
Mahu Dr Mahathir Letak Jawatan Selepas 9 Mei 2021 Bersih Abim Gbm

Mahu Dr Mahathir Letak Jawatan Selepas 9 Mei 2021 Bersih Abim Gbm

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR 7 Ogos Tiga pertubuhan bukan kerajaan sepakat menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat lewatnya pada 9 Mei 2021 genap tiga tahun Pakatan Harapan m...
Terbaru Ini Tarikh Dr M Letak Jawatan Tangkap Layar 3 Ngo

Terbaru Ini Tarikh Dr M Letak Jawatan Tangkap Layar 3 Ngo

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 318 hits
Mahu Dr Mahathir letak jawatan selepas 9 Mei 2021 tiga NGOTANGKAP layar petikan surat terbuka oleh Bersih 2 0 ABIM dan GBM yang mahu Dr Mahathir menetapkan masa peralihan kuasa UTUSAN ONLINEKUALA LUMPUR 7 Ogos Tiga pertubuhan bukan kerajaan...
Saya Sudah Berjanji Letak Jawatan Kata Tun M

Saya Sudah Berjanji Letak Jawatan Kata Tun M

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 259 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sokongan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar beliau perlu diberi peluang memimpin kerajaan hingga ke akhir penggal adalah pendapat peribadi pemimpin itu Namun Perdana Menteri meneg...
Azmin Gagal Pikul Amanah Dinasihatkan Letak Jawatan

Azmin Gagal Pikul Amanah Dinasihatkan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR 31 Julai Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dinasihatkan melepaskan jawatannya kerana gagal memikul amanah dengan baik apabila tidak menghadiri mesyuarat tertinggi parti sejak November 2018 Ketua Angkatan Muda K...
Lebih Baik Azmin Letak Jawatan

Lebih Baik Azmin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 396 hits
By 30 Julai 2019KUALA LUMPUR Kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyokong agar Tun Dr Mahathir Mohamad diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal didakwa melampaui bidang kuasa seorang Menteri Kabinet Kenyataan kontroversi Tim...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Pemberian Sempena Perayaan Songkran 2024

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Musim Panas Ini 10 Petua Hilangkan Sakit Tekak Yang Korang Boleh Cuba

Tremendous Diary 4 17

Cari Makan Lepas Berbuka

Spontaneous Thursday