Peralihan Kuasa Antara Kesabaran Anwar Dan Keterdesakan Azmin
Oleh Muammar Gaddafi
Walaupun merupakan seorang menteri penuh, dan juga timbalan presiden sebuah parti politik terkuat dalam Pakatan Harapan, nasib politik Azmin Ali sebenarnya bagai telur dihujung tanduk, satu satunya faktor yang boleh memanjangkan riwayat politik bekas Menteri Besar Selangor itu adalah jika Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad memungkiri janji beliau kepada Pakatan Harapan.
Walaupun tiada perjanjian bertulis berkenaan tempoh masa Tun Mahathir memegang jawatan sebagai perdana menteri, namun janji terbuka kepada pendokong Pakatan Harapan adalah beliau akan memegang jawatan Perdana Menteri hanya selama 2 tahun sebelum diserahkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Janji terbuka ini adalah lanjutan dari konsesus awal parti parti dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, AMANAH, PPBM dan DAP menetapkan sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14 ;
1. Tun Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.
2. Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.
3. Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8 menggantikan Tun Mahathir.
4. Membebaskan Anwar dengan kadar segera daripada penjara.
5. Memohon pengampunan penuh buat Anwar daripada Yang Dipertuan Agong agar beliau boleh kembali aktif dalam politik dan seterusnya mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
Bukanlah perkara yang menghairankan apabila Azmin Ali tidak tahu mengenai perjanjian ini kerana pada waktu itu beliau merupakan penentang penubuhan Pakatan Harapan dan menjadi teman baik PAS.
Kalau kita lihat, selepas keputusan PRU14 diumumkan, Azmin Ali tergesa gesa supaya beliau dilantik kembali menjadi Menteri Besar Selangor, kerana dia begitu bimbang kesan penentangan dan kelunakan beliau terhadap keputusan memilih Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri menutup peluang dia di peringkat nasional. Lojiknya, Mahathir tidak akan mengangkat Azmin Ali yang menjadi penentang utama beliau dari diangkat sebagai Perdana Menteri dari dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan,
Namun Azmin Ali boleh dikatakan bernasib baik kerana kegagalan BERSATU memperoleh kerusi terbesar dalam Pakatan Harapan mencipta ruang kepada beliau untuk diangkat sebagai menteri kanan. Disinilah "Kebijakan politik" bermain peranan.
Hal yang demikian kerana Mahathir tahu, PKR mempunyai angka dan kekuatan yang cukup untuk menabalkan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri, bahkan ada cakap cakap mengatakan Wan Azizah ditawarkan jawatan terbabit namun beliau menolak kerana mematuhi konsensus Pakatan Harapan.
Jadi Azmin menjadi buah catur kepada Mahathir untuk mengekalkan keseimbangan kuasa, ini bermakna, Anwar perlu berdepan dengan saingan dalaman yang mana akhirnya meletakkan Mahathir sebagai individu yang paling berkuasa.
Anwar adalah "deep state" kepada kerajaan Mahathir, (Baca: kerajaan Mahathir) bukan kerajaan Pakatan Harapan.
Namun sehingga kini secara terbuka Anwar Ibrahim mengekalkan sokongan beliau kepada Tun Mahathir sebagai perdana menteri dan Tun Mahathir sendiri berulang kali mengakui bahawa beliau akan berundur apabila tiba masanya. Kerana kedua mereka tahu dan faham , kestabilan dan kekuatan Pakatan Harapan adalah pada komitment kedua dari mereka untuk melaksanakan konsensus Pakatan Harapan, sekiranya, konsensus ini dikhianati, maka kestabilan itu secara terang terang akan mengalami kehancuran.
Jadi, suara suara, termasuk dari Azmin Ali, Zuraidah Kamarudin, pemimpin pemimpin Bersatu negeri yang mahu membelakangi konsensus adalah pengkhianat yang secara tidak sedar mahu hancurkan kestabilan Pakatan Harapan.
Mereka gagal melihat peri penting konsensus sebagaimana Mahathir sendiri melihat konsensus itu, mungkin Mahathir mahu kekal penuh , namun beliau faham tiada siapa yang untung sekiranya Pakatan Harapan kacau bilau, jadi beliau ulangi, berkali kali bahawa beliau akan berundur sebagaimana dijanjikan.
Pandangan dan cadangan mereka ini tiada kena mengena dengan kekaguman mereka dengan Tun Mahathir, ia semua berkait rapat dengan survival politik mereka, jika dari Bersatu mereka melihat itu untuk survival politik parti mereka, masih ia pertimbangan yang wajar walaupun bermasalah. Namun, Azmin Ali, Zuraidah, berbeza, mereka tidak melihat kepada kepentingan parti, bukan juga kepentingan rakyat, sebaliknya yang mereka lihat adalah pada survival politik mereka sendiri.
Sekiranya, Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, mungkin Azmin terpaksa melalui apa yang pernah beliau katakan kepada Saari Sungib dulu,ubah sikit Exco kepada Menteri, "Mahu mengemis jawatan menteri ke?" Keangkuhan dan kesombongan yang dia tahu bakal memakan diri, kerana itu "kekal tenang" itu sudah kita lihat "Makin Desprate".
Azmin Ali berada dalam keadaan cukup terdesak, hanya politik Mahathir yang mampu menyelamatkannya, namun dia perlu juga tahu bahawa dia adalah buah catur, tiada jaminan keselamatan untuk dirinya. Mahathir juga perlu fikir beberapa kali juga untuk "mengkhianati" orang yang membantunya dan mengangkatnya, adakah beliau mahu dua kali terpahat dalam sejarah 'khianati' orang yang menjulangnya, apabila Hussein mengantikan Tun Razak, Razaligh Hamzah adalah orang pilihan beliau sebagai timbalan namun Razaligh mencadangkan sahabat akrab beliau, Mahathir sebagai TPM kerana usianya yang masih muda ketika itu (39 tahun), namun sejarah menjadi saksi beliau dibelakangkan atas nama demokrasi.
Ia adalah sejarah yang mana sebagai negarawan, pastinya tidak mahu dikenang begitu, jadi banyak pertimbangan perlu Mahathir lakukan sekiranya beliau ingin ingkari janji dan konsensus Pakatan Harapan.
Azmin tahu dia sangat terdesak dan tersepit, tidak hairanlah kenyataan membelakangi presiden parti bahkan parti serta konsensus Pakatan Harapan dikeluarkan, ini sudah menjadi pertandingan kalah mati, sekiranya beliau berjaya, maka Anwar akan tersingkir, sebaliknya jika dia gagal, maka tamatnya riwayat politik Azmin Ali. Menjelang 2020.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2019/08/peralihan-kuasa-antara-kesabaran-anwar.html