Mahkamah Tolak Permohonan Najib Hadir Parlimen


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Oct 27, 2022 11:02 AM
Penyandang parlimen Pekan, Najib Razak yang kini dipenjarakan gagal dalam permohonannya untuk dibenarkan hadir di parlimen (yang kini sudah dibubarkan).

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini menolak permohonan bekas perdana menteri itu untuk memulakan semakan kehakiman.

Sebelum ini semasa mendengar perkara itu, pasukan peguam Jabatan Peguam Negara (AGC) secara lisan berhujah bahawa tindakan undang-undang itu bersifat akademik kerana Dewan Rakyat dibubarkan pada 10 Okt lepas.

Najib, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun berhubung rasuah membabitkan RM42 juta dana daripada SRC International milik kerajaan, memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman pada 5 Okt.

Ketika membaca penghakimannya, hakim Ahmad Kamal Md Shahid berkata ia adalah kerana isu permohonan pelepasan Najib bukan lagi isu langsung.

Kamal berkata antara pelepasan yang diminta ialah pemohon dibenarkan menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 3 Okt hingga 29 Nov.

“Dengan pembubaran parlimen, ia bermakna parlimen sekarang telah berakhir, bermakna ahli-ahli Dewan Rakyat tidak lagi menjadi ahli parlimen.

“Adalah jelas bahawa dengan pembubaran parlimen, penggal parlimen telah berakhir dan oleh itu pemohon bukan lagi ahli parlimen Pekan.

“Oleh itu, pada pandangan saya, pelepasan pengisytiharan yang diminta pemohon iaitu mendapat akses kepada pegawainya bagi tujuan kerja parlimen, perundangan dan konstituen serta akses kehadiran menghadiri sidang parlimen pada tarikh yang dijadualkan bukan lagi isu langsung.

“Pengisytiharan yang diminta menjadi mustahil dengan pembubaran parlimen kerana tiada lagi parlimen untuk dihadiri.

"Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan bahawa tarikh pengundian untuk pilihan raya umum adalah pada 19 Nov, 2022, ini bermakna akan ada satu lagi kabinet dibentuk daripada ahli parlimen yang baru dipilih," kata Kamal, sambil menambah bahawa tidak akan ada perintah mengenai kos.

Pada ketika ini, peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah bahawa mereka akan merayu ke Mahkamah Rayuan.

Semasa prosiding perkara mahkamah sivil, Najib dilihat berada di galeri awam sambil dikelilingi oleh sekumpulan kecil pegawai Penjara Kajang. Rosmah juga kelihatan sedang duduk berdekatan.

Peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili AGC.

Menerusi tindakan undang-undang itu, Najib memohon perintah mahkamah untuk mendapat akses kepada pegawai parlimennya bagi menjalankan tugasnya sebagai ahli parlimen, dan kedua, untuk menghadiri parlimen.

Menerusi afidavit menyokong tindakan undang-undang itu, Najib mendakwa bahawa sejak 19 Sept dan seterusnya, dia telah "terjejas teruk" oleh keengganan responden untuk membenarkannya mengakses pegawai/pembantunya bagi tujuan kerja parlimen, perundangan dan konstituen.

Najib juga mendakwa bahawa dia terjejas teruk oleh responden yang menolak permohonannya untuk mendapat akses dan hadir di parlimen pada tarikh persidangan yang dijadualkan.

[Baca berita penuh]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/mahkamah-tolak-permohonan-najib-hadir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parlimen Sudah Dibubar Permohonan Najib Cabar Jabatan Penjara Tidak Lagi Relevan

Parlimen Sudah Dibubar Permohonan Najib Cabar Jabatan Penjara Tidak Lagi Relevan

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 244 hits
KUALA LUMPUR Permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencabar keputusan Jabatan Penjara yang enggan membenarkan beliau menghadiri sidang Dewan Rakyat kini bersifat akademik kerana Parlimen sudah dibubarkan Mahkamah Tinggi diberitahu har...
Kakak Direman Selama 6 Hari Tiada Ahli Keluarga Hadir Ke Mahkamah Kerana Trauma

Kakak Direman Selama 6 Hari Tiada Ahli Keluarga Hadir Ke Mahkamah Kerana Trauma

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 215 hits
Kakak direman selama 6 hari tiada ahli keluarga hadir ke mahkamah kerana traumaRemaja perempuan berusia 18 tahun yang dilaporkan membaling pisau sehingga tertusuk dan menjadi punca kematian adik lelakinya berusia 16 tahun semalam direman se...
Bebaskan Najib Selepas Menang Pru15 Bn Beri Jaminan Takkan Campuri Urusan Mahkamah

Bebaskan Najib Selepas Menang Pru15 Bn Beri Jaminan Takkan Campuri Urusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 248 hits
The ReporterBarisan Nasional memberi jaminan bahawa pihaknya tidak akan mencampuri urusan kehakiman jika berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke 15 Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi Dusuki berkata BN sentiasa menghormati sistem perundangan dan ...
Sheikh Puzi Gantikan Najib Di Pekan Dua Lagi Penyandang Parlimen Pahang Gugur

Sheikh Puzi Gantikan Najib Di Pekan Dua Lagi Penyandang Parlimen Pahang Gugur

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 230 hits
KUANTAN Kerusi Parlimen Pekan yang disandang bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diisi dengan calon Datuk Sheikh Mohmed Puzi Sheikh Ali yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Peramu Jaya Selain itu di Pahang beberapa pen...
Najib Bukanlagi Ahli Parlimen Dan Parlimen Dah Dibubarkan

Najib Bukanlagi Ahli Parlimen Dan Parlimen Dah Dibubarkan

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 156 hits
Sebentar tadi Mahkamah putuskan DS Najib Razak gagal cabar keputusan Jabatan Penjara yang tak benarkan dia masuk Parlimen Alasan Mahkamah simple sahaja Dah Parlimen bubar maknanya Najib bukan lagi YB Ahli Parlimen Nak bertanding PRU pun dah...
Kah Kah Hadir Parlimen 17 71 Khabornye

Kah Kah Hadir Parlimen 17 71 Khabornye

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 159 hits
MMMSNi mesti dah khatam balaghah al hayawan dan mula nak masuk bab malaikat dan syaitan Semalam bab mimpi jumpa nabi Minggu depan lebai explore bab syurga dan neraka pula Hebat betul starter kit penunggang tapi yang hairan kedatangan ke Par...
Senarai Calon Kerusi Parlimen Dun Pn

Senarai Calon Kerusi Parlimen Dun Pn

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 426 hits
Kuala Lumpur Berikut senarai bakal calon Perikatan Nasional bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Pilihan Raya Umum ke 15 yang diumumkan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin PERLISP001 Padang Besar Rusydan RusmiP002 Kangar Zakri H...
Pru 15 Masyarakat Orang Asli Mahu Bn Kekalkan Ismail Muttalib Calon Parlimen

Pru 15 Masyarakat Orang Asli Mahu Bn Kekalkan Ismail Muttalib Calon Parlimen

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 237 hits
MARAN Seramai 2 800 masyarakat Orang Asli dari lapan perkampungan dalam daerah ini mahu pucuk pimpinan Barisan Nasional mengekalkan penyandang kerusi Parlimen Maran Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Pengerusi Ba...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca

Scene Dalam Cerita Suzanna Berlaku Secara Real

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

Kuah Kacang Istimewa Di Bermondsey

English Uasa Year 3

Reagan Airport Is Pausing Flights For Trump S Military Parade What Will It Mean For Travelers

12 Pernikahan Artis Malaysia Bertemakan Outdoor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

Disenarai Hitam Fahmi Reza Dakwa Dihalang Ke Luar Negara Mahu Penjelasan Bukit Aman

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Comment On Sewa Motor Di Kota Kinabalu Sabah 3 Jenis Motor By Victor Stanley Joseph

Deqnee Dusongnyo Bola Bola Bola Chord