Mahkamah Tolak Permohonan Bekas Panglima Tldm Untuk Batal 3 Pertuduhan Berkait Lcs



Oleh Ahmad Johari Mohd AliJulai, 2024 @ 10:[email protected]
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Panglima TLDM, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, untuk membatalkan tiga pertuduhan pecah amanah yang dihadapinya. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, untuk membatalkan tiga pertuduhan pecah amanah yang dihadapinya.
Beliau yang juga bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), didakwa melakukan pecah amanah membabitkan dana syarikat itu berjumlah lebih RM21 juta berkaitan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) pada 2010 dan 2011 bagi perolehan TLDM.
Ahmad Ramli, 80, memohon pertuduhan berkenaan dibatalkan atas alasan bahawa adalah tidak adil untuk membicarakan beliau yang disahkan mengalami neurodegeneratif progresif yang konsisten dengan keadaan dementia bercampur sederhana (penyusutan dari segi kemampuan minda).
Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menolak permohonan Ahmad Ramli selepas mendapati isu kecergasan mental beliau untuk dibicarakan dan membela diri (dalam kes dihadapinya), harus disiasat oleh hakim bicara (Mahkamah Sesyen)."Oleh itu, permohonan pemohon untuk membatalkan ketiga-tiga pertuduhan terbabit ditolak dan kes dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk hakim bicara membuat penilaian berhubung kecergasan mental pemohon," katanya.
Pendakwa Raya melalui afidavit balasan difailkan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan, hakim bicara (Mahkamah Sesyen) tidak berpeluang mengetahui keadaan kesihatan Ahmad Ramli.
Menurutnya, setakat ini, Ahmad Ramli hanya hadir di mahkamah sebanyak dua kali, iaitu pada 16 Ogos 2022 ketika dituduh di mahkamah dan 21 November 2022 untuk serahan dokumen, manakala peguam memohon anak guam mereka itu dikecualikan daripada hadir di mahkamah pada tarikh lain.
Pada prosiding hari ini, Ahmad Ramli selaku pemohon yang dikecualikan kehadirannya di mahkamah, diwakili peguam, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Alex Tan Chie Siam dan Mohd Yunos Shariff.Pendakwa Raya yang dinamakan selaku responden pula dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Jumaat, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Zander Lim Wai Keong.
Mahadi ketika ditemui selepas prosiding, memberitahu bahawa mahkamah menetapkan 30 Julai ini bagi sebutan kes di Mahkamah Sesyen.
Berdasarkan notis usul difailkan pada April lalu, Ahmad Ramli memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan ketiga-tiga pertuduhan dihadapinya, serta memohon supaya beliau dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.
Afidavit sokongan difailkan anak perempuan Ahmad Ramli, Rinnie Nor, 50, menyatakan selepas menjalani pemeriksaan perubatan, bapanya disahkan mengalami keadaan neurodegeneratif progresif yang konsisten dengan keadaan dementia bercampur sederhana.
Disebabkan keadaan neurologikal itu, Rinnie Nor berkata, bapanya akan memberi suatu versi peristiwa yang tidak tepat walaupun beliau secara jujur percaya bahawa penerangannya adalah sebaliknya.
Beliau berkata, Ahmad Ramli akan tidak berupaya untuk menumpukan perhatian kepada apa yang berlaku ketika perbicaraan, atau soalan yang mungkin ditujukan kepadanya sama ada ketika berada dalam kandang saksi atau diajukan oleh peguamnya.
Katanya, Ahmad Ramli juga akan mempunyai kesukaran untuk memberi jawapan yang relevan kepada soalan (yang dikemukakan).
"Beliau akan tidak berupaya untuk ingat peristiwa atau apa yang dibangkitkan ketika perbicaraan, tidak berupaya memberi suatu keterangan yang konsisten, serta tidak berupaya memberi arahan yang tepat dan efektif kepada peguamnya.
"Keadaan neurologikal beliau adalah progresif, akan berterusan dan menjadi semakin teruk sepanjang perbicaraan, serta wujud kemungkinan besar kesihatan beliau akan terjejas akibat perbicaraan.
"Dalam hal ini, saya sesungguhnya percaya bahawa tidak adil untuk membicarakan beliau atas pertuduhan itu dan oleh yang demikian, ia adalah terjumlah kepada suatu penyalahgunaan proses," katanya.
Ahmad Ramli didakwa dengan pertuduhan pertama, yang mana beliau ketika itu sebagai Pengarah BNS, melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta dana syarikat, iaitu dengan curangnya meluluskan pembayaran berjumlah RM13,541,140 ke akaun Syarikat Setaria Holding Limited tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta dana BNS, iaitu dengan curangnya meluluskan pembayaran berjumlah RM1,360,716 ke akaun Syarikat JSD Corporation Pte Ltd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah.
Bagi pertuduhan ketiga pula, beliau didakwa melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta dana BNS, iaitu dengan curangnya meluluskan pembayaran berjumlah RM6,182,295 ke akaun Syarikat Sousmarin Armada Ltd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di BNS, Menara Boustead, Jalan Raja Chulan, pada 26 Julai 2010, 28 Oktober 2010, 25 Mac 2011, 19 April 2011, 4 Mei 2011 dan 22 November 2011.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun dan dengan sebat serta denda.

Peguam mewakili Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Hairul Anuar Rahim



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/07/mahkamah-tolak-permohonan-bekas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Lepas Dan Bebas Pengasas Kk Mart Isteri Berkait Stoking Kalimah Allah

Mahkamah Lepas Dan Bebas Pengasas Kk Mart Isteri Berkait Stoking Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 145 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart Chai Kee Kan serta isteri Loh Siew Mui atas pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu penjualan stoking...
Bekas Pensyarah Didakwa Empat Pertuduhan Berkaitan Keganasan

Bekas Pensyarah Didakwa Empat Pertuduhan Berkaitan Keganasan

papar berkaitan - pada 21/7/2024 - jumlah : 185 hits
JOHOR BAHRU Seorang bekas pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan berkaitan keganasan Tiada pengakuan direkodkan daripada Abdullah Daud 70 selepas pertuduhan dibaca...
Agc Tolak Permohonan Guan Eng Gugur Kes Rasuah

Agc Tolak Permohonan Guan Eng Gugur Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 124 hits
Jabatan Peguam Negara hari ini menolak representasi difailkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk menggugurkan empat pertuduhan rasuah terhadapnya membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang ber...
6 Bekas Penuntut Upnm Dihukum Gantung Ibu Bapa Arwah Zulfarhan Sujud Syukur

6 Bekas Penuntut Upnm Dihukum Gantung Ibu Bapa Arwah Zulfarhan Sujud Syukur

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 81 hits
Ibu bapa arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain sujud syukur selepas hakim mengumumkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesemua enam tertuduh bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Menerusi video yang dimuat naik oleh Astro Awa...
Bea Cukai Bakar Barang Impor Ilegal Senilai Rp243 Juta Ada Pakaian Bekas 4 Ton

Bea Cukai Bakar Barang Impor Ilegal Senilai Rp243 Juta Ada Pakaian Bekas 4 Ton

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 96 hits
Ada juga produk tekstil lainnya berupa pakaian jadi sebanyak 143 buah dan 52 roll kain tenunan
Kes Bunuh Kadet Laut Enam Bekas Penuntut Upnm Dihukum Gantung

Kes Bunuh Kadet Laut Enam Bekas Penuntut Upnm Dihukum Gantung

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 109 hits
Ahmad Johari Mohd Aliajohari bh com myAntara tertuduh bagi rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan kes kematian Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain di Istana Kehakiman Gambar kecil Allahyar...
Bekas Banduan Dituduh Miliki Bahan Sokong Mengaku Ahli Is

Bekas Banduan Dituduh Miliki Bahan Sokong Mengaku Ahli Is

papar berkaitan - pada 21/7/2024 - jumlah : 165 hits
KOTA BHARU Seorang bekas banduan kes kumpulan pengganas Islamic State sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan memiliki bahan menyokong dan mengaku keahlian dengan melakukan upacara baiah terhadap pemimpin kumpul...
Bekas Ceo Marii Dipenjara Setahun Denda Rm100 000

Bekas Ceo Marii Dipenjara Setahun Denda Rm100 000

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 100 hits
Mohamad Madani Sahari dijatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM100 000 serta hukuman penjara setahun dan harta RM3 4 juta dilucuthakkan oleh dua hakim KUALA LUMPUR Seorang bekas ketua pegawai eksekutif institut automotif dijatuhkan hu...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Pas Bantah Tanah Melayu Jadi Milik Bukan Melayu Ibrah Nasib Palestin

Manfaat Susu Ikan Keajaiban Dari Laut Yang Mulai Dikenal

Purnawirawan Jenderal Israel Kita Kalah Perang

Cops On Hunt For Inmate Who Fled Sungai Buloh Hospital

Buat Buat Bodoh Lebih Senang Dapat Perhatian

Self Love Learning To Value And Appreciate Yourself


echo '';
Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna


Bola Sepak Mssm 2024

Lirik Lagu Dusta Ukays

Makanan Yang Meredakan Emosi

Valdy Nyonk Mengapa Kau Berubah Chord

Chella Julia Enda Sanggup Agi Chord

Nota Grammar Paling Mudah