Bekas Pensyarah Didakwa Empat Pertuduhan Berkaitan Keganasan




JOHOR BAHRU: Seorang bekas pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan berkaitan keganasan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Abdullah Daud, 70, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari, kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Abdullah didakwa menggalakkan perbuatan pengganas dengan cara menanam fahaman ideologi keganasan kumpulan pengganas Islamic State (IS); dan membenarkan perjumpaan diadakan di dalam rumahnya bagi tujuan aktiviti keganasan di Pulai di sini.
Dua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 3 Sept 2023 hingga 14 April tahun ini, mengikut Seksyen 130G(a) dan Seksyen 130H(a) Kanun Keseksaan yang kedua-duanya membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun beserta denda, jika sabit kesalahan.
Warga emas itu juga didakwa memiliki buku digital PDF dan video berkaitan IS dalam telefon bimbitnya; serta dua buku bertajuk Hakikat Dienul Islam dan Tarbiyah Jihadiyah yang berunsur keganasan dan berkaitan IS di lokasi sama.
Kedua-dua kesalahan itu dilakukan antara 23 Jun hingga 28 Jun lepas, dan didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau dengan denda dan dilucuthakkan bahan dimiliki itu, jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding sama seorang kontraktor Mohamad Awang, 48, turut didakwa memiliki barang berkaitan IS dalam telefon bimbit dan komputer ribanya di sini, pada 7.05 pagi, 23 Jun tahun ini, juga mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Mohamad dan mahkamah menetapkan 18 Sept depan untuk sebutan semula kes bagi kedua-dua tertuduh.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Unit Jenayah Berat, Jabatan Peguam Negara Rullizah Abdul Majid dan Lina Hanini Ismail, manakala Abdullah dan Mohamad tidak diwakili peguam.
Sementara itu di SEGAMAT, seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan pengganas Daesh.
Irma Julyanti Buang, 39, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rahimah Abd Majid namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Irma Julyanti dituduh memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh dengan cara menggunakan aplikasi media sosial Facebook atas nama Bunga Dahlia dan TikTok atas nama bungadahlia111 yang dikesan melakukan perbuatan itu di Pusat Tahanan Polis Batu Muda, Kuala Lumpur kira-kira 10.28 pagi pada 28 Jun lalu.
Dia dituduh di bawah Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman dengan penjara maksimum 40 tahun atau denda dan dilucut hak mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu.
Bagi pertuduhan kedua pula Irma Julyanti dituduh memiliki bahan-bahan berkaitan kumpulan penggasan Daesh di dalam telefon bimbit dan komputer riba yang perbuatan itu dikesan dilakukan di Felda Moakil, Labis kira-kira pukul 7.10 pagi pada 23 Jun lepas.
Dia dituduh di bawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda dan dilucuthak mana-mana bahan tersebut.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maryam Jamielah Ab Manaff manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 23 Sept depan untuk pengurusan kes bagi penyerahan laporan pakar.


Source link
The post Bekas pensyarah didakwa empat pertuduhan berkaitan keganasan appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/bekas-pensyarah-didakwa-empat-pertuduhan-berkaitan-keganasan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bunuh Pensyarah Zara Eleena Empat Penuntut Kolej Terlepas Hukuman Mati

Bunuh Pensyarah Zara Eleena Empat Penuntut Kolej Terlepas Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 215 hits
PUTRAJAYA Empat bekas pelajar kolej terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan se makan untuk mengetepikan hukuman gantung kerana membunuh pensyarah mereka Zara Eleena Omar Peter 12 tahun lalu Panel tiga hakim...
Mahkamah Tolak Permohonan Bekas Panglima Tldm Untuk Batal 3 Pertuduhan Berkait Lcs

Mahkamah Tolak Permohonan Bekas Panglima Tldm Untuk Batal 3 Pertuduhan Berkait Lcs

papar berkaitan - pada 28/7/2024 - jumlah : 135 hits
Oleh Julai 2024 10 37amMahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Panglima TLDM Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor untuk membatalkan tiga pertuduhan pecah amanah yang dihadapinya Foto NSTPKUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini menolak permo...
Warga Pakistan Dakwa Dirinya Imam Mahadi Dua Pengikut Didakwa

Warga Pakistan Dakwa Dirinya Imam Mahadi Dua Pengikut Didakwa

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 133 hits
Latifah Arifinlatifah bh com myKUALA LUMPUR Seorang warga Pakistan yang mendakwa dirinya Imam Mahadi Muhammad Qasim Abdul Karim dan dua pengikutnya sudah didakwa di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan atas kesalahan mengikut Akta Kesalahan...
Sebuah Firma Didakwa Mengurung Pekerja Dalam Bilik Gelap Selama 4 Hari Agar Letak Jawatan

Sebuah Firma Didakwa Mengurung Pekerja Dalam Bilik Gelap Selama 4 Hari Agar Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 115 hits
Pekerja didakwa kurung dalam bilik gelap selama 4 hari dipaksa berhentiAgensiBeijing Sebuah firma di China sanggup mengurung seorang pekerja di bilik gelap kecil selama empat hari dalam usaha kejam untuk membuatkan pekerjanya itu meletak ja...
Ibu Tiga Anak Antara Tiga Staf Pbt Didakwa Ambil Rasuah

Ibu Tiga Anak Antara Tiga Staf Pbt Didakwa Ambil Rasuah

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 92 hits
MELAKA Seorang ibu tiga anak dan dua rakan sekerja kakitangan pihak berkuasa tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan daripada sebuah syarikat pengiklanan sejak dua tahun lalu Kesemua tertuduh Suh...
Perlis Wanita Remaja Didakwa Memperdagangkan Gadis Bawah Umur

Perlis Wanita Remaja Didakwa Memperdagangkan Gadis Bawah Umur

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 114 hits
Aizat Sharifam hmetro com mySHAKILA dan tertuduh remaja dibawa keluar dari perkarangan Kompleks Mahkamah Kangar FOTO Aizat SharifKangar Seorang wanita dan seorang remaja perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini a...
Hiburan Wanita Yang Juga Ahli Senior Psikiatri Ditahan Polis Kerana Didakwa Buli Wanita Sehingga Meninggal Dunia

Hiburan Wanita Yang Juga Ahli Senior Psikiatri Ditahan Polis Kerana Didakwa Buli Wanita Sehingga Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 133 hits
Seorang wanita dipercayai ahli senior psikiatri dilaporkan telah ditahan polis kerana didakwa terlibat dalam kes membuli siber dan ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap pempengaruh Rajeswary Appahu 30 atau lebih dikenali sebagai Esha Perk...
Polis Tahan Wanita Didakwa Buli Siber Pempengaruh Tiktok

Polis Tahan Wanita Didakwa Buli Siber Pempengaruh Tiktok

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 125 hits
SEORANG wanita berusia 35 tahun ditahan untuk siasatan berkaitan bunuh diri pempengaruh Rajeswary Appahu akibat buli siber di TikTok Ketua Polis Sentul Sukarno Zahari berkata seorang lelaki berusia 39 tahun membuat laporan pada Sabtu berhub...
Pelakon Didakwa Belasah Teman Wanita

Pelakon Didakwa Belasah Teman Wanita

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 83 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myPetaling Jaya Seorang wanita dibelasah teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara di sini awal pagi semalam Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahruln...
Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Buat Buat Bodoh Lebih Senang Dapat Perhatian

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Demam Denggi Demam Panas Yang Tiba Tiba

Unlocking The Power Of Crypto How Fokawa Simplifies Digital Asset Trading

Kl Bird Park


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Ini Pelan Damai Pas Pn Teresa Kok Rakyat

Dia Introvert Tak Reti Berparti Individu Dedah Sikap Fattah Amin Lebih Suka Duduk Rumah Layan Anak

Finding The Right Contractor Design And Build Your Dream Home

4 373 Mangsa Banjir Di 32 Pps Kedah

Video Of Woman Crying Out For Gratitude For Man Who Changed Her Car Tyres Goes Viral

Generate Unique Brand Names