Bekas Ceo Marii Dipenjara Setahun Denda Rm100 000


 
Mohamad Madani Sahari dijatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM100,000 serta hukuman penjara setahun dan harta RM3.4 juta dilucuthakkan oleh dua hakim. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) institut automotif dijatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM100,000 oleh dua Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menipu bagi mendapatkan kontrak penyediaan latihan automotif RM6.4 juta dan wang tunai RM5 juta pada 2019 serta 2021.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara terhadap bekas CEO Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Mohamad Madani Sahari berjalan serentak bermula hari ini.
Di depan Hakim Rozina Ayob, Madani, 57, dijatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM100,000 selepas dia menukar pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan menipu lembaga pengarah MARii dengan memperdayakan mereka untuk mempercayai harga ditawarkan LPS Learning Platform ialah RM6.4 juta, sedangkan harga sebenar RM2.3 juta.
Perbuatan itu mendorong lembaga pengarah menyerahkan kontrak RM6.4 juta kepada LPS Learning Platform dengan meluluskan cadangan pelantikan syarikat itu sebagai penyedia latihan bagi Wilayah Tengah, Pantai Timur, Selatan serta Sabah dan Sarawak pada harga kontrak keseluruhan RM6.4 juta.
Rozina turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan, jika gagal membayar denda itu.
Kesalahan itu dilakukan di bilik mesyuarat sebuah hotel di Jalan Stesen Sentral Dua di sini antara 10.50 pagi hingga 3.35 petang 14 Dis 2019 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman minimum penjara setahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Di depan Hakim Suzana Hussin, Madani dijatuhkan hukuman penjara setahun dan harta RM3.4 juta dilucuthakkan selepas menukar pengakuan bersalah atas satu lagi pertuduhan pilihan, iaitu memperoleh wang tunai RM5 juta untuk dirinya daripada seorang lelaki 49 tahun atas arahan seorang lelaki 38 tahun di sebuah bank Seksyen 15, Shah Alam pada 8 Julai 2021.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bagaimanapun, 41 pertuduhan utama bawah Seksyen 403 dan 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang dihadapi Madani sebelum ini dipertimbangkan sebagai 
take into consideration bawah Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How, Mohd Asraf Mohd Tahir, Haresh Prakash Somiah, Nurul Atiqah Mohd Alias dan Noor Syafina Mohd Radzuan, manakala tertuduh diwakili peguam Azizul Shariman dan Ariff Azami Hussein. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/07/bekas-ceo-marii-dipenjara-setahun-denda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pemilik Syarikat Dipenjara Denda Kerana Sembunyi Rm195 000 Milik Warga Emas

Bekas Pemilik Syarikat Dipenjara Denda Kerana Sembunyi Rm195 000 Milik Warga Emas

papar berkaitan - pada 6/7/2024 - jumlah : 149 hits
BERNAMAKuala Lumpur Seorang bekas pemilik syarikat teknologi maklumat dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM30 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyembunyikan wang milik seorang warga emas berjumlah ...
Bekas Ceo Didenda Rm15 000 Salah Guna Jawatan Lantik Bayar Gaji Lebih Rm13 000 Kepada Anak

Bekas Ceo Didenda Rm15 000 Salah Guna Jawatan Lantik Bayar Gaji Lebih Rm13 000 Kepada Anak

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 230 hits
Riduwan Meor Ahmadbhnews bh com myAmir menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan pilihan yang dikemukakan pendakwaan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini NSTP MEOR RIDUWAN MEOR AHMADMELAKA Bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah anak...
Mat Rempit Paling Dikehendaki Dipenjara Sehari Denda Rm5 000

Mat Rempit Paling Dikehendaki Dipenjara Sehari Denda Rm5 000

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 174 hits
MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALITERTUDUH diiringi anggota trafik selepas didakwa di Mahkamah Majistret Melaka hari ini Foto oleh SYAFEEQ AHMAD KOSMO MELAKA Seorang penunggang motosikal paling dikehendaki polis didenda RM5 000 dan penjara sehari ole...
Penjawat Awam Terima Ganjaran Rm100 000 Lapor Kes Rasuah

Penjawat Awam Terima Ganjaran Rm100 000 Lapor Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 6/7/2024 - jumlah : 294 hits
KOSMO PETALING JAYA Seorang kakitangan awam pernah menerima ganjaran tertinggi RM100 000 kerana melaporkan perbuatan rasuah kata Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohamad Tarmize Abdul Mana...
Yang Buat Kesalahan Jalan Bebas Tersenyum Ibu Esha Kesal Pembuli Hanya Didenda Rm100 Patut Dipenjara Lima Tahun

Yang Buat Kesalahan Jalan Bebas Tersenyum Ibu Esha Kesal Pembuli Hanya Didenda Rm100 Patut Dipenjara Lima Tahun

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 244 hits
Ibu kepada mangsa buli siber Rajeswary Appahu atau lebih dikenali sebagai Esha yakin bahawa pembuli anak perempuannya perlu mendapat hukuman penjara dan bukan hanya didenda Patut dikenakan hukuman lebih berat Hal itu disuarakan susulan kepu...
Adun Rembia Kena Sedia Bayar Denda Rm100 Juta Pada Umno Akmal

Adun Rembia Kena Sedia Bayar Denda Rm100 Juta Pada Umno Akmal

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 207 hits
Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh menasihatkan Muhamad Jailani Khamis supaya sedia untuk membayar denda RM100 juta kepada Umno susulan tindakan Adun Rembia itu melompat ke parti lain Beliau berkata ini memandangkan perjanjian dan aku...
Mamat Exist Di Denda Rm4 000 Atau Penjara Dua Tahun Selepas Mengaku Bersalah Masukkan Dadah

Mamat Exist Di Denda Rm4 000 Atau Penjara Dua Tahun Selepas Mengaku Bersalah Masukkan Dadah

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 385 hits
JOHOR BAHRU Bekas vokalis Exist Mamat didenda RM4 000 atau penjara dua tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan pada 2019 Hakim Fatimah Zahari turut memerintahkan Ma...
Pengkhianat Jilake Petualang Ali Baba Kutip Antara 200 Hingga 1 000 Sebulan

Pengkhianat Jilake Petualang Ali Baba Kutip Antara 200 Hingga 1 000 Sebulan

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 144 hits
Muhaamad Hafis Nawawi dan Hafidzul Hilmi Mohd Nooram hmetro com myANTARA anggota penguat kuasa di sebuah pasar harian di Selayang yang ditahan SPRM FOTO Asyraf HamzahKuala Lumpur Kutip wang bulanan bagi melindungi premis yang menggunakan le...
Gaji Pengasuh Rm6 000 Sebulan Kareena Kapoor Sanggup Keluar Belanja Besar Untuk Anak

Gaji Pengasuh Rm6 000 Sebulan Kareena Kapoor Sanggup Keluar Belanja Besar Untuk Anak

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 252 hits
Gaji RM6 000 sebulan Kareena Kapoor sanggup keluar belanja besar untuk anak Demi kesejahteraan anak pelakon Kareena Kapoor sanggup mengeluarkan belanja besar untuk membayar gaji anaknya Gaji Pengasuh RM6 000 Sebulan Kareena Kapoor Sanggup K...
Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Mobile Social Support Centres Proposed In Sabah To Aid Women Facing Domestic Violence

Saya Pernah Dilabel Pemberontak Lawan Ayah Dalam Pkr Nurul Izzah Bongkar Kisah Lama

Good Morning

Why Electronic Manufacturing Services In Malaysia Are Gaining Global Attention

How Is Home Made Mango Juice Prepared


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pabrik Ac Hunian Full Scale Daikin Resmi Beroperasi Siap Produksi 1 5 Juta Unit Ac Made In Indonesia Per Tahun

Suami Yang Teman Isteri Ke Bilik Bersalin Itulah Hero Sebenar Mudahkan Urusan Lahirkan Anak

Sofa Dekat Balkoni Anak 2 Tahun Maut Lepas Panjat Terjatuh

Miniatur Bus Jetbus2 Voyager Hdd Nk

Miniatur Bus Evo G Rahayu Santosa Nk

Aduhai Cik Pepel Accident Lagi