Mahkamah Tolak Kes Zahid Hina Mahkamah


KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan pihak pendakwaan, untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selepas bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengemukakan permohonan maaf secara terbuka, hari ini.
Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu, selepas mendengar dan menerima penjelasan peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid, bahawa terdapat salah faham dalam penggunaan ayat, ketika mengemukakan permohonan penangguhan perbicaraan itu semalam.
“Selepas mendengar daripada peguam bela tertuduh dan menimbangkan permohonan daripada pendakwa raya, saya bersetuju kemungkinan berlaku salah faham antara arahan yang diberikan tertuduh dan peguam bela. “Saya juga bersetuju kemungkinan berlakunya pilihan perkataan yang salah, ketika mengemukakan permohonan penangguhan dan ini telah menimbulkan salah faham. Saya juga mengambil kira permohonan maaf oleh tertuduh, yang telah berlakunya satu salah faham. Dan apa lebih penting lagi janji oleh peguam bela tertuduh yang perkara ini tidak akan berlaku lagi…. saya lihat tiada kes untuk memulakan prosiding menghina mahkamah.
“Sebagai kenyataan umum dan amaran, mahkamah mahu menjelaskan yang pihak mahkamah tidak akan berkompromi terhadap cubaan untuk mengelirukan. Jika terdapatnya maklumat cubaan untuk mengelirukan atau menghina, mahkamah ini dengan jelas tidak akan teragak-agak untuk mengenakan hukuman denda atau penjara,” kata hakim.
Terdahulu, Ahmad Zahid gagal mengemukakan surat yang didakwa diterima daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO), dengan alasan belum ada pelantikan rasmi dan angkat sumpah dibuat untuk jawatan Setiausaha Politik Perdana Menteri.
“Secara terbuka saya memohon maaf atas kekeliruan dan salah faham yang timbul, dan saya tidak berhasrat langsung untuk ‘mengelirukan’ mahkamah ini. Saya amat menghormati Yang Arif dan menghormati mahkamah yang mulia ini. “Saya juga ingin menjelaskan perintah tentang surat, saya telah berhubung dengan setiausaha politik. Surat tak dapat dikeluarkan kerana belum ada pelantikan rasmi pegawai berkenaan, dan belum ada angkat sumpah,” katanya dari kandang tertuduh.
Ini susulan penangguhan perbicaraan semalam selepas peguam yang mewakili Ahmad Zahid dilapor memaklumkan bahawa anak guamnya perlu menghadiri satu mesyuarat berkaitan pembentukan Kabinet bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun, mahkamah memanggil kedua-dua pihak pada 4 petang semalam selepas PMO mengeluarkan kenyataan bahawa tiada mesyuarat atau sebarang perjumpaan dengan pemimpin politik, dijadualkan pada hari itu.
Ahmad Zahid, 67, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah sedang berlangsung.
Sumber: BERNAMA
The post Mahkamah Tolak Kes Zahid Hina Mahkamah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/03/mahkamah-tolak-kes-zahid-hina-mahkamah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Berdepan Isu Hina Mahkamah

Zahid Berdepan Isu Hina Mahkamah

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berdepan isu menghina mahkamah kerana didakwa berbohong kepada Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa beliau perlu menghadiri mesyuarat dengan Perdana Menteri Tan ...
Sinar Pm Kes Mahkamah Zahid Hamidi Ditangguh

Sinar Pm Kes Mahkamah Zahid Hamidi Ditangguh

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 408 hits
SINAR PM 2 MAC 2020 1 Jangan campur urusan mahkamah Annuar Musa 2 Hina Agong PDRM tegas 3 Detik bersejarah Taliban dan AS 4 Mourinho bingung Spurs tewas lagi Muzik www bensound com SinarHarian SinarPM
Zahid Hamidi Hina Mahkamah Gagal Kemuka Surat Jemputan Daripada Pmo

Zahid Hamidi Hina Mahkamah Gagal Kemuka Surat Jemputan Daripada Pmo

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 383 hits
M Fakhrull Halim Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi gagal menunjukkan surat jemputan daripada Jabatan Perdana Menteri tentang pertemuan dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini Zahid berkata surat t...
Kerajaan Baru Jangan Usik Kes Berprofil Tinggi Mahkamah

Kerajaan Baru Jangan Usik Kes Berprofil Tinggi Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 367 hits
Annuar Musa menggesa semua pihak menghormati sistem pengasingan kuasa antara eksekutif legislatif dan kehakiman dengan tidak mencampur adukkannya dengan kepentingan politik Setiausaha Agung Umno Annuar Musa mengingatkan kerajaan persekutuan...
Mahkamah Tangguh Perbicaraan Zahid Ini Kami Tidak Setuju

Mahkamah Tangguh Perbicaraan Zahid Ini Kami Tidak Setuju

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 312 hits
Perikatan Nasional perlu tegas dalam setiap kes rasuah yang membabitkan kes berprofil tinggi Jika gagal tune rakyat akan berubah pada PRU15 Rakyat menilai pentadbiran perikatan nasional dan semestinya PAS akan terpalit jika kerosakan rasuah...
Syed Saddiq Penipu Zahid Tidak Pernah Tuntut Kes Digugurkan

Syed Saddiq Penipu Zahid Tidak Pernah Tuntut Kes Digugurkan

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 736 hits
Naratif Kes pendakwaan pemimpin UMNO konon akan digugurkan adalah satu PEMBOHONGAN PENIPUAN sedang dimainkan oleh Pakatan Harapan Terbaru adalah penipuan oleh Syed Saddiq yang menyatakan konon Presiden UMNO sudah tuntut supaya kes rasuah di...
Jangan Sesekali Campur Urusan Mahkamah Atau Gugurkan Kes Profil Tinggi Annuar Musa

Jangan Sesekali Campur Urusan Mahkamah Atau Gugurkan Kes Profil Tinggi Annuar Musa

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 400 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan gagasan Muafakat Nasional yang baharu dibentuk perlu memastikan mereka tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah misalnya menggugurkan tuduhan kes berprofil tinggi yang melibatkan anggota parti mereka Setiausaha Agung ...
Muafakat Nasional Enggan Campur Urusan Mahkamah Gugur Kes Pemimpin

Muafakat Nasional Enggan Campur Urusan Mahkamah Gugur Kes Pemimpin

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 310 hits
Kerajaan gagasan Muafakat Nasional yang baharu dibentuk perlu memastikan mereka tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah misalnya menggugurkan tuduhan kes berprofil tinggi yang melibatkan anggota parti mereka Setiausaha Agung UMNO Tan Sri ...
Pemimpin Ada Kes Mahkamah Gugur

Pemimpin Ada Kes Mahkamah Gugur

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 360 hits
Amir Abd Hamid dan Faliqah Alia Radin Mohdam hmetro com myNAJIB dan Ahmad Zahid FOTO NSTP JANJI diucapkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melantik anggota jemaah menteri bersih berintegriti dan berkaliber membayangkan beberap...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Cara Memasak Telur Separuh Masak

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998

S Line Thriller Fantasi Misteri Korea Lakonan Lee Soo Hyuk Paling Berani Tahun Ini