Muafakat Nasional Enggan Campur Urusan Mahkamah Gugur Kes Pemimpin


Kerajaan gagasan Muafakat Nasional yang baharu dibentuk perlu memastikan mereka tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah, misalnya menggugurkan tuduhan kes berprofil tinggi yang melibatkan anggota parti mereka.


Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata semua pihak perlu menghormati sistem peraturan perundangan dan pengasingan kuasa di antara eksekutif, legislatif dan kehakiman dengan tidak mencampur-adukkannya dengan kepentingan politik.


“Walau bertukar kerajaan, sistem peraturan perundangan tetap berjalan seperti biasa... maka sebagai pihak eksekutif tidak boleh campur tangan... kalau kita hormati konsep itu maka tiada kebimbangan.

“Kalau kita campur tangan dengan menarik balik kes mereka yang didakwa, rakyat akan kata kerajaan tidak hormati undang-undang dan badan kehakiman tidak bebas, maka jangan sampai konsep itu ternoda,” katanya kepada Bernama ketika ditemui.


Beliau berkata demikian selepas menjadi panel jemputan bersama Pengerusi Biro Dasar dan Strategi BERSATU Datuk Dr Rais Hussin dalam program ‘BERNAMA 7.45’, terbitan Bernama TV, yang bertajuk ‘Hala tuju dan Cabaran Perdana Menteri ke-8’ di sini malam tadi.


Bagaimanapun beliau berkata sekiranya wujud tuduhan-tuduhan yang bermotifkan politik yang menyaksikan pemimpin diheret ke mahkamah tanpa bukti dan asbab kukuh, maka ia perlu dihentikan.

Annuar berkata dalam masa sama terpulang kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada mahu melantik mereka bagi melengkapkan barisan kabinet mengikut pertimbangan dan kewajaran beliau.

“Kalau lantik atau tidak lantik, jangan hukum, kerana seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan... maka saya yakin Perdana Menteri akan menggunakan kebijaksanaan dan pengalaman politik beliau dalam memilih barisan kabinetnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata tiada tempat di kerajaan Muafakat Nasional untuk mereka yang rasis dan mahu menjadi hero kepada hanya satu bangsa tertentu sahaja.

“Meskipun gagasan ini didominasi orang Melayu namun kita tidak seharusnya hanya melihat kebajikan satu kaum sahaja... kabinet hanya untuk mereka yang menghargai kemajmukan dan sama-sama mainkan peranan.

“Saya pasti Perdana Menteri akan membariskan wakil rakyat pelbagai kaum di dalam kabinetnya... Insya-Allah Muhyiddin tidak akan memilih orang yang mendukung sikap rasis atau cauvinis,” katanya. — Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/03/muafakat-nasional-enggan-campur-urusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Musa Ingatkan Muafakat Nasional Jangan Berniat Gugur Kes Pendakwaan

Annuar Musa Ingatkan Muafakat Nasional Jangan Berniat Gugur Kes Pendakwaan

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 359 hits
Hari ini Perdana Menteri Malaysia Ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin sudahpun memulakan tugasannya di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya Semua sedia maklum yang kerajaan kali ini berjaya dibentuk dari gabungan Muafakat Nasional yang terdiri da...
Pemimpin Ada Kes Mahkamah Gugur

Pemimpin Ada Kes Mahkamah Gugur

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 322 hits
Amir Abd Hamid dan Faliqah Alia Radin Mohdam hmetro com myNAJIB dan Ahmad Zahid FOTO NSTP JANJI diucapkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melantik anggota jemaah menteri bersih berintegriti dan berkaliber membayangkan beberap...
Jangan Sesekali Campur Urusan Mahkamah Atau Gugurkan Kes Profil Tinggi Annuar Musa

Jangan Sesekali Campur Urusan Mahkamah Atau Gugurkan Kes Profil Tinggi Annuar Musa

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 373 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan gagasan Muafakat Nasional yang baharu dibentuk perlu memastikan mereka tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah misalnya menggugurkan tuduhan kes berprofil tinggi yang melibatkan anggota parti mereka Setiausaha Agung ...
Najib Ikrar Terus Lawan Di Mahkamah Walaupun Muafakat Nasional Bersatu Berkuasa

Najib Ikrar Terus Lawan Di Mahkamah Walaupun Muafakat Nasional Bersatu Berkuasa

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 232 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak berkata peletakan jawatan Peguam Negara Tommy Thomas di sebalik jangkaan peralihan kuasa di Putrajaya tidak akan beri kesan padanya sebaliknya beliau mahu melawan pertuduhan rasuah dan salah g...
Tugas Berat Menanti Pemimpin Dan Penyokong Muafakat Nasional

Tugas Berat Menanti Pemimpin Dan Penyokong Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 328 hits
In Sya Allah pemimpin pemimpin Muafakat Nasional akan mengetuai pejabat kementerian kementerian yang ada di Putrajaya bila kabinet baru dibentuk oleh Perdana Menteri ke 8 TS Muhyiddin Yassin Di sebalik kegembiraan pemimpin dan penyokong Mua...
Hadi Ada Juga Pemimpin Ph Dibebaskan Dari Kes Mahkamah

Hadi Ada Juga Pemimpin Ph Dibebaskan Dari Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 383 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang membangkitkan kes mahkamah pemimpin PH yang digugurkan apabila ditanya pemberita berkenaan kedudukan pemimpin Umno kini kembali sebagai kerajaan yang masih dibicarakan di mahkamah Apa yang penting selamatkan ne...
Muafakat Nasional Siap Untuk Pru Mengejut

Muafakat Nasional Siap Untuk Pru Mengejut

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 231 hits
Gabungan PAS Umno mempunyai kekuatan jauh lebih besar berbanding Bersatu Lagi pula PAS Umno selama ini telah bersusah payah membina Muafakat Nasional lama sebelum kemunculan kem Muhyiddin Yassin yang membuka peluang untuk berlakunya kudeta ...
Mahkamah Tolak Kes Zahid Hina Mahkamah

Mahkamah Tolak Kes Zahid Hina Mahkamah

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 347 hits
KUALA LUMPUR 3 Mac Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan pihak pendakwaan untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengemukakan permohonan maaf sec...
Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Apa Bakal Terjadi Jika Kita Kembali Ke Zaman Nokia 3310

Razer Tingkatkan Pengalaman Seru Untuk Pemain Marvel Rivals

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

The Surprising Benefits Of Urban Beekeeping For City Environments


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nombor Siri Lesen Memandu Kepentingan Cara Semak

Bius Epidural Prosedur Risiko Kebaikan Kepada Kesihatan

Isteri Kunci Mulut Edika Yusof Mahu Mohon Sesi Kaunseling

Barang Kiriman Dari Luar Negeri Ketahan Di Bea Cukai Ini Solusinya

The Latest Battleground For Luxury Tourism Albania S Adriatic Coast

Hiburan Kelantan Negeri Kedua Paling Selamat Di Malaysia Timbalan Menteri Besar Kelantan