Pemimpin Ada Kes Mahkamah Gugur


MyMetro
Amir Abd Hamid dan Faliqah Alia Radin Mohd
[email protected]

NAJIB (kiri) dan Ahmad Zahid. FOTO NSTP

JANJI diucapkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melantik anggota jemaah menteri bersih, berintegriti dan berkaliber membayangkan beberapa pemimpin dalam Perikatan Nasional yang berdepan kes di mahkamah mungkin tiada dalam senarai Kabinet Perdana Menteri ke-8 itu.

Antara pemimpin terbabit ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Presiden Umno Datuk Seri, Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan; bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin serta bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji yang juga Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Harian Metro cuba mendapatkan komen ahli politik berkenaan bagi mengulas janji Perdana Menteri itu selain mahu bertanyakan adakah mereka sanggup berundur daripada dipilih, namun mereka lebih mengambil sikap berdiam diri.

“Saya tak nak komen apa-apalah. Biarlah dulu. Biar ‘bosses’ komen. Ok, thank you, thank you,” kata Abdul Azeez ringkas ketika dihubungi.

Ahmad Maslan dalam reaksinya menerusi aplikasi WhatsApp pula hanya berkongsi ciapannya di Twitter serta petikan video beliau bersumpah laknat di hadapan hadirin ketika ceramah Muafakat Nasional di Sanglang, Pontian, Johor 29 Februari lalu sebagai jawapan pertanyaan wartawan.

Dalam video dikongsikan itu beliau bersumpah atas nama Allah SWT dengan mengucapkan nama penuh serta nombor MyKad bahawa beliau tidak pernah menerima cek RM2 juta daripada Najib seperti pertuduhan pendakwaan terhadapnya.

Ahmad Zahid pula tidak dapat dihubungi berikutan talian telefonnya tidak berjawab.

Sementara itu, penganalisis politik Profesor Madya Mohd Hanafiah Harun berkata sebaik-baiknya pemimpin seperti Najib, Ahmad Zahid, Ahmad Maslan, Tengku Adnan dan Bung Moktar serta yang terpalit kes walaupun belum dibuktikan mahkamah perlulah diketepikan dahulu sebagai calon jemaah menteri.

“Seeloknya bukan sahaja kelihatan bersih dan berintegriti tetapi mestilah benar-benar beriman, bersih dan suci. Bangsa kita mementingkan kesucian, amanah dan integriti dalam diri seseorang sebagai pra-syarat penerimaan mereka.

“Andai ada unsur negatif, lambat laun warna sebenar seseorang itu akan keluar melalui ucapannya, perbuatannya atau tindakannya.

“Orang bersih dan berintegriti tentu tidak akan mudah kecundang dengan dugaan dan pelawaan yang boleh menggugurkan kewibawaan,” katanya.

Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM) yang juga penganalisis politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, Muhyiddin berdepan cabaran besar memastikan anggota Kabinet tidak menjadi liabiliti.

Menurutnya, Perdana Menteri perlu membuktikan bahawa tuduhan sebagai pengkhianat bertukar menjadi penyelamat ekonomi negara selepas mengambil alih kepemimpinan kerajaan.

“Secara logik, tak mungkin misalnya Muhyiddin memilih Najib menjadi ahli Kabinet walaupun mungkin layak kerana tentulah orang akan membezakan kewibawaan Najib dari segi menguruskan pentadbiran.

“Najib bekas bos Muhyiddin jadi sekiranya beliau diletakkan dalam Kabinet ini akan menjadi suasana kurang selesa. Sebabnya Najib dilihat lebih berpengalaman luas dalam hal ehwal kerajaan.

“Jadi bagi mengelak daripada kena ‘overshadow’ oleh Najib sendiri, Muhyiddin kemungkinan tidak akan menyenaraikan beliau,” katanya.

Penganalisis politik yang juga Profesor Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Profesor Dr Ismail Sualman pula berharap pemimpin berdepan kes mahkamah atau skandal tertentu perlulah mempunyai sikap demi kemaslahatan perjuangan Melayu khususnya dan negara.

“Selepas selesai kes nanti, semuanya boleh kembali ke kancah politik. Saya bersetuju dan menyokong saranan Perdana Menteri mahu wujudkan Kabinet kerajaan yang berintegriti dan bersih supaya memudahkan segala urusan pentadbiran dan tidak wujud isu berbangkit di kemudian hari.

“Mana-mana Ahli Parlimen yang masih dalam kes mahkamah jangan dilantiklah. Sebab apabila sedang berada dalam pertuduhan, tidak mahulah nanti kalau jadi Menteri, sibuk pergi mahkamah sahaja,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2020 @ 8:13 PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/03/pemimpin-ada-kes-mahkamah-gugur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muafakat Nasional Enggan Campur Urusan Mahkamah Gugur Kes Pemimpin

Muafakat Nasional Enggan Campur Urusan Mahkamah Gugur Kes Pemimpin

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 257 hits
Kerajaan gagasan Muafakat Nasional yang baharu dibentuk perlu memastikan mereka tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah misalnya menggugurkan tuduhan kes berprofil tinggi yang melibatkan anggota parti mereka Setiausaha Agung UMNO Tan Sri ...
Hadi Ada Juga Pemimpin Ph Dibebaskan Dari Kes Mahkamah

Hadi Ada Juga Pemimpin Ph Dibebaskan Dari Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 360 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang membangkitkan kes mahkamah pemimpin PH yang digugurkan apabila ditanya pemberita berkenaan kedudukan pemimpin Umno kini kembali sebagai kerajaan yang masih dibicarakan di mahkamah Apa yang penting selamatkan ne...
Annuar Musa Ingatkan Muafakat Nasional Jangan Berniat Gugur Kes Pendakwaan

Annuar Musa Ingatkan Muafakat Nasional Jangan Berniat Gugur Kes Pendakwaan

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 337 hits
Hari ini Perdana Menteri Malaysia Ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin sudahpun memulakan tugasannya di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya Semua sedia maklum yang kerajaan kali ini berjaya dibentuk dari gabungan Muafakat Nasional yang terdiri da...
Keputusan Gugur Pendakwaan Kes Ltteperlekeh Polis Musa

Keputusan Gugur Pendakwaan Kes Ltteperlekeh Polis Musa

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 344 hits
MUSA SHAH ALAM Keputusan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas menggunakan kuasa budi bicara bagi memberhentikan prosiding perbicaraan terhadap 12 individu kerana didakwa terlibat dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam disifatkan sebag...
Campurtangan Politik Dalam Kes Jenayah Rasuah Pemimpin Umno

Campurtangan Politik Dalam Kes Jenayah Rasuah Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 351 hits
1 Saya merujuk kenyataan kenyataan yang lahir dari kalangan politik dan non politik yang menyeru agar jangan ada campurtangan politik dalam kes rasuah pemimpin UMNO 2 Seruan itu tentulah seruan dan gesaan yang sia2 dan tidak memberi makna S...
Kerajaan Baru Jangan Usik Kes Berprofil Tinggi Mahkamah

Kerajaan Baru Jangan Usik Kes Berprofil Tinggi Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 318 hits
Annuar Musa menggesa semua pihak menghormati sistem pengasingan kuasa antara eksekutif legislatif dan kehakiman dengan tidak mencampur adukkannya dengan kepentingan politik Setiausaha Agung Umno Annuar Musa mengingatkan kerajaan persekutuan...
Sinar Pm Kes Mahkamah Zahid Hamidi Ditangguh

Sinar Pm Kes Mahkamah Zahid Hamidi Ditangguh

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 360 hits
SINAR PM 2 MAC 2020 1 Jangan campur urusan mahkamah Annuar Musa 2 Hina Agong PDRM tegas 3 Detik bersejarah Taliban dan AS 4 Mourinho bingung Spurs tewas lagi Muzik www bensound com SinarHarian SinarPM
Contoh Ringkasan Kes Mahkamah

Contoh Ringkasan Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 1432 hits
Contoh ringkasan kes mahkamah dan borang ringkasan kes Government of Malaysia Ors v Jumat bin Mohamed Anor 1977 2 MLJ 103Fakta KesJumat bin Mahmud seorang pelajar darjah lima tercedera di bahagian mata kerana tercucuk pensil yang tajam dipe...
Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur