Mahkamah Tinggi Menolak Permohonan Najib Untuk Gantung Prosiding Saman Sivil Src




KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan bekas Perdana Menteri Najib Razak untuk menggantung prosiding saman sivil USD1.18 bilion SRC International Sdn Bhd terhadapnya.
Hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin, berkata Najib, 68, tidak akan diprejudis jika saman itu diteruskan ketika beliau menunggu rayuan kes jenayah membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC di Mahkamah Persekutuan.
Beliau berkata, mahkamah berpandangan bahawa keputusan rayuan dan permohonan di Mahkamah Persekutuan pada peringkat ini adalah bersifat spekulatif semata-mata.
“Bagaimanapun, apa jua keputusan (rayuan) di Mahkamah Persekutuan tidak menghalang defendan (Najib) daripada membuat pindaan kepada tuntutannya, tertakluk kepada permohonan yang dibuat dan pendedahan pernyataan pembelaan juga tidak akan memprejudis defendan.
“Permohonan untuk menggantung prosiding semasa sehingga tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi defendan diputuskan juga tidak dibenarkan kerana garis masa belum ditentukan. Justeru, Mahkamah berpandangan pengurusan saman ini perlu diteruskan dan adalah penting defendan memfailkan pembelaan bagi memastikan saman ini berjalan dengan efisien,” katanya pada prosiding yang berlangsung secara maya hari ini.
Mahkamah kemudian menetapkan 24 Feb ini untuk pengurusan lanjut kes itu dan Najib turut diarah memfailkan pernyataan pembelaannya menjelang 31 Mac depan.
Peguam Harvinderjit Singh hadir bagi pihak Najib manakala DP Naban mewakili SRC, yang merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Semasa prosiding sebelum ini, Harvinderjit berhujah bahawa Najib ingin menangguhkan prosiding saman itu sehingga pelupusan penuh kes jenayah membabitkan RM42 juta dana SRC yang kini di peringkat akhir di Mahkamah Persekutuan selain tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana syarikat itu di Mahkamah Tinggi.
Pada 7 Mei tahun lalu, SRC di bawah pengurusan baharunya, memfailkan saman terhadap Najib serta bekas-bekas pengarah syarikat itu Suboh Md Yassin, Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Nik Faisal Ariff Kamil, Che Abdullah @ Rashidi Che Omar, Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Ismee Ismail.
Bagaimanapun, syarikat itu kemudian menggugurkan keenam-enam nama daripada saman tersebut dan hanya mengekalkan Najib sebagai defendan.
SRC mendakwa Najib telah menyalah guna kuasanya dan memperoleh manfaat peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan.
Najib adalah Penasihat Emeritus SRC dari 1 Mei 2012 hingga 4 Mac 2019.
SRC, yang kini dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) menuntut ganti rugi am, teladan dan tambahan selain faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Pada 7 Dis tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC selepas menolak rayuan beliau terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.
Pada hari sama, Najib memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/02/mahkamah-tingi-tolak-permohonan-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tolak Usul Tangguh Saman As 1 18b Src Ke Atas Najib

Mahkamah Tolak Usul Tangguh Saman As 1 18b Src Ke Atas Najib

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 177 hits
malaysiakini comProsiding saman sivil AS 1 18 bilion SRC International ke atas Najib Razak masih akan diteruskan meskipun rayuan kes jenayah SRC bekas perdana menteri itu masih belum selesai di mahkamah persekutuan Mahkamah Tinggi Kuala Lum...
Bicara Kes Saman As 1 18 Bilion Yang Di Fail Src Terhadap Najib Bermula 13 Februari 2023

Bicara Kes Saman As 1 18 Bilion Yang Di Fail Src Terhadap Najib Bermula 13 Februari 2023

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 148 hits
KUALA LUMPUR Kes saman AS 1 18 bilion yang difailkan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditetapkan untuk perbicaraan selama 16 hari bermula 13 Feb tahun depan Tarikh itu ditetapkan oleh...
Muhyiddin Dedah Zahid Hamidi Najib Datang Temuinya Minta Selesai Kes Mahkamah

Muhyiddin Dedah Zahid Hamidi Najib Datang Temuinya Minta Selesai Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 143 hits
Pemimpin UMNO didakwa mempunyai agenda tersendiri ketika menyokong pembentukan kerajaan campuran antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional pada Mac 2020 kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata ...
Najib Masih Popular Label Kluster Mahkamah Tak Penting Kata Penganalisis

Najib Masih Popular Label Kluster Mahkamah Tak Penting Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 160 hits
Ketidakberkesanan pentadbiran PH dan PN menyumbang kepada populariti Najib Razak apabila beliau bersuara menentang mereka kata penganalisis PETALING JAYA Label kluster mahkamah yang digunakan bagi pemimpin Umno tertentu tidak penting dan ti...
Mahkamah Tolak Permohonan Penghakiman Ingkar Ketua Hakim Syarie Terhadap Lokman Adam

Mahkamah Tolak Permohonan Penghakiman Ingkar Ketua Hakim Syarie Terhadap Lokman Adam

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 185 hits
Pada 14 Feb lalu Mohd Na im Mokhtar memfailkan permohonan penghakiman ingkar menerusi Tetuan Akberdin Co terhadap Lokman Noor Adam selaku defendan kerana didakwa gagal memfailkan pernyataan pembelaan dalam tempoh ditetapkan KUALA LUMPUR Mah...
Najib Akan Saman Shamsul Iskandar Kerana Fitnah

Najib Akan Saman Shamsul Iskandar Kerana Fitnah

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 231 hits
freemalaysiatoday com February 24 2022 10 13 PMNajib Razak menafikan dakwaan Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan berkata beliau tidak didakwa menyeleweng dana sebaliknya dituduh atas pengubahan wang PETALING JAYA Najib Razak mengarahkan pegua...
Mahkamah Beri Najib 14 Hari Bagi Dedahkan As 681 Juta Aset 1mdb

Mahkamah Beri Najib 14 Hari Bagi Dedahkan As 681 Juta Aset 1mdb

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 150 hits
Hidir Reduan Abdul RashidNajib Razak diberi masa 14 hari dari tarikh penyampaian injunksi Mareva untuk membuat pendedahan bertulis kepada 1MDB mengenai lebih AS 681 juta dalam aset Bagaimanapun sehingga hari ini tidak jelas sama ada perinta...
March 22 Hearing Of Src S Asset Freezing Bid Against Najib

March 22 Hearing Of Src S Asset Freezing Bid Against Najib

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 182 hits
The SRC International Sdn Bhd s application for a Mareva injunction against Najib Abdul Razak s assets linked to its RM42 million civil suit against the former premier would come up for a court hearing on March 22 The legal teams for both t...
Zahid Hamidi Najib Nak Mengaku Atau Nak Saman

Zahid Hamidi Najib Nak Mengaku Atau Nak Saman

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 130 hits
Berikutan Mahiaddin Md Yasin sudah membuat pendedahan secara terbuka tentang bagaimana Zahid Hamidi dan Najib Razak datang menemuinya ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri untuk meminta campurtangannya berkaitan kes mahkamah yang m...
Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Durioo Cara Daftar Subscription

A Lone Wolf Does Not Materialise Naturally

Temui Onew Di Malaysia Dalam Guess Onew Fanmeeting 2024 Pada 27 Julai 2024

168slot 168slot Biz 13 Jun 2024 168slot 168 Top 35 By Christa

Puaka Cuti Semester