Maal Hijrah Toleransi Elak Perbalahan Kata Pm


 
Ismail Sabri Yaakob berkata negara berjaya berhijrah memasuki fasa peralihan ke endemik selepas lebih dua tahun berjuang memerangi krisis berkembar kesihatan dan ekonomi akibat Covid-19. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Sikap toleransi atau berlapang dada bukan sahaja membolehkan negara terus membangun sehingga dihormati, malah dapat mengelakkan daripada berlaku perbalahan yang sia-sia dan merugikan, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Justeru, perdana menteri menyeru Keluarga Malaysia menjaga keharmonian dan perpaduan dengan mengamalkan konsep “tasamuh” atau toleransi, dituntut dalam Islam yang sangat bersifat universal.
“Semangat tasamuh ini telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW semasa membangunkan kota suci Madinah di mana golongan Ansar dan Muhajirin menzahirkan sifat toleransi yang melahirkan masyarakat berkasih sayang, merentasi kaum dan warna kulit,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena sambutan Maal Hijrah 1444H/2011M bertemakan “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran” yang disiarkan di stesen televisyen tempatan malam ini.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Ismail berkata, semangat tasamuh itu telah diterjemahkan Ahli-ahli Dewan Rakyat ketika sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) berkenaan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti semalam yang mengetepikan perbezaan fahaman politik demi Keluarga Malaysia.
Perdana menteri berkata, negara juga berjaya berhijrah memasuki fasa peralihan ke endemik, selepas lebih dua tahun berjuang memerangi krisis berkembar kesihatan dan ekonomi akibat Covid-19 dengan semangat kebersamaan.
Beliau berkata, fokus utama kini adalah untuk bersama memangkin kemakmuran kesihatan dan ekonomi demi Keluarga Malaysia.
“Alhamdulillah atas usaha dan kebersamaan, impak daripada krisis yang dihadapi seluruh dunia pada hari ini dapat kita lalui biarpun kesannya tetap dirasai,” katanya.
Dalam pada itu, Ismail mengajak Keluarga Malaysia menghayati peristiwa Ma’al Hijrah dan menerapkannya dalam konteks hari ini dengan berusaha mengubah diri menjadi individu lebih baik dan bermanfaat kepada orang lain.
“Dalam ruang lingkup tugas tersendiri, kita semua bertanggungjawab memastikan hubungan sesama anggota masyarakat berjalan atas prinsip keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran sepertimana yang ditekankan dalam konsep Keluarga Malaysia.
“Terapkanlah nilai-nilai peristiwa Hijrah ini supaya ia menjadi pemangkin kepada kemakmuran negara dan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/07/maal-hijrah-toleransi-elak-perbalahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tema Sambutan Maal Hijrah 2022 1444h

Tema Sambutan Maal Hijrah 2022 1444h

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 1013 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera Bulan Muharam adalah permulaan bagi kalendar Umat Islam mengikut kalendar hijrah Awal Muharram atau Maal Hijrah dan amat penting kerana berlakunya peristiwa sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi ...
Salam Maal Hijrah 1444h

Salam Maal Hijrah 1444h

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 472 hits
Assalamualaikum Selamat tahun baru buat semua
Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran Tema Maal Hijrah 2022 1444h

Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran Tema Maal Hijrah 2022 1444h

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 650 hits
kredit ecentral myAssalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat sahabat blogger Sekejap sahaja kita merasa 1443 Hijrah bakal meninggalkan kita semua Lagi tahun hijrah akan menemani kita semua iaitu 1444 Hijrah Yang menarik pada...
Salam Maal Hijrah 1444hijrah

Salam Maal Hijrah 1444hijrah

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 351 hits
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum dan selamat sejahtera Salam Maal Hijrah 1444HijrahSesungguhnya orang orang yang beriman orang orang yang berhijrahdan berjihad di jalan Allah Mereka itu mengharapkan rahmat Allahdan Allah Maha Pengam...
Perutusan Maal Hijrah Anwar

Perutusan Maal Hijrah Anwar

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 246 hits
Perutusan Maal Hijrah 1444H Salam Ma al Hijrah Alhamdulillah hari ini bermulanya penghijrahan tahun baru bagi umat Islam di seluruh dunia Di kesempatan yang sama marilah kita bersama meningkatkan keimanan amal soleh serta terus bertaqwa kep...
Malay Warrior Mat Kilau Gets Pahang Tokoh Maal Hijrah Award

Malay Warrior Mat Kilau Gets Pahang Tokoh Maal Hijrah Award

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 321 hits
The Regent of Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah presenting the Pahang Tokoh Maal Hijrah award to Mat Kilau s grandson Alhamadi Abu Bakar KUANTAN Malay warrior Mat Kilau was today named as the recipient of this year s Pahang Tokoh Maa...
Koleksi Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam Tahun 1444h 2022

Koleksi Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam Tahun 1444h 2022

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 440 hits
Sempena tahun baru islam iaitu Awal Muharam 1444H yang bakal disambut pada 30 Julai 2022 ini anda boleh dapatkan senarai ucapan Maal Hijrah kepada kenalan dan sanak saudara sebagai pengganti diri Ditambah lagi kini kita mempunyai pelbagai p...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


De La Te Coffee Alor Setar Cafe Ini Sesuai Untuk Lepak Santai

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord