Mahkamah Tetapkan 52 Hari Bermula 6 Januari Sebagai Tarikh Bicara Kes Najib Dan Irwan Berlangsung


foto sumber internet
KUALA LUMPUR, 14 Mei — Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan selama 52 hari bermula 6 Jan tahun hadapan untuk perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, yang menghadapi enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh itu ketika pengurusan kes berkenaan yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Jamil Aripin dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Harvinderjit Singh, yang mewakili Najib, dan Datuk K. Kumaraendran bertindak bagi pihak Mohd Irwan Serigar.

Loading...
Bagi bulan Januari, Hakim Mohd Nazlan menetapkan tarikh 6-9 Jan, 20-23 Jan dan 27-30 Jan untuk perbicaraan.

Mahkamah juga menetapkan perbicaraan pada bulan Februari iaitu 3-6 Feb, 10-13 Feb, 17-20 Feb dan 24-27 Feb.

Pada bulan Mac pula, perbicaraan ditetapkan pada 2-5 Mac dan 9-12 Mac manakala bagi bulan April, tarikh bicara ditetapkan pada 6-9 April, 13-16 April, 20-23 April dan 27-30 April.

Terdahulu Jamil memaklumkan kepada mahkamah bahawa tarikh perbicaraan kes itu yang ditetapkan sebelum ini dari 8 Julai ini hingga 22 Ogos telah dilapangkan oleh mahkamah.

“Oleh itu,  pihak pendakwaan memohon tarikh perbicaraan yang baharu,” katanya.


Hakim Mohd Nazlan bagaimanapun berkata tarikh perbicaraan sebelum ini dilapangkan untuk memberi laluan kepada perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd yang sedang berlangsung.

Pada 7 Jan lepas,  pihak pendakwaan memaklumkan akan memanggil 70 saksi bagi memberi keterangan pada perbicaraan kes Najib dan Mohd Irwan Serigar.

Pada 25 Okt lepas, Najib, 66, dan Mohd Irwan Serigar, 62, mengaku tidak bersalah terhadap enam pertuduhan pecah amanah apabila kes itu disebut di Mahkamah Sesyen.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia masing-masing dalam kapasiti terbabit diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta iaitu sejumlah RM1.2 bilion milik kerajaan Malaysia melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta berkenaan.

Mengikut pertuduhan kedua, Najib dan Mohd Irwan didakwa bersama-sama atas jawatan sama yang diamanahkan dengan harta sejumlah RM655 juta milik kerajaan Malaysia telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta terbabit.

Bagi pertuduhan ketiga mereka dituduh secara bersama, atas kapasiti sebagai penjawat awam dan memegang jawatan yang sama, melakukan pecah amanah iaitu sejumlah RM220 juta, peruntukan di bawah “Belanja Mengurus di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 021700 KL International Airport Berhad (KLIAB)”, milik Kerajaan Malaysia yang diamanahkan kepada mereka.

Kedua-dua mereka juga dituduh secara bersama, atas jawatan yang sama telah melakukan pecah amanah sejumlah RM1.3 bilion, peruntukan di bawah “Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 020500 Subsidi Dan Bantuan Tunai”, milik Kerajaan Malaysia.

Bagi pertuduhan kelima dan keenam, mereka dituduh bersama atas jawatan serupa melakukan pecah amanah sejumlah CNY1,950,000,000 (bernilai RM1,261,065,000) dan RM2 bilion milik kerajaan Malaysia.

Najib dan Mohd Irwan Serigar dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 21 Dis, 2016 dan 18 Dis, 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/mahkamah-tetapkan-52-hari-bermula-6.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bicara Kes Najib Irwan Berlangsung 52 Hari Mulai 6 Jan 2020

Bicara Kes Najib Irwan Berlangsung 52 Hari Mulai 6 Jan 2020

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 334 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan selama 52 hari bermula 6 Jan tahun hadapan untuk perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah...
Pendakwa Mohon Tangguh Kes Najib Dan 1mdb Mahkamah Tetapkan Tarikh Baru

Pendakwa Mohon Tangguh Kes Najib Dan 1mdb Mahkamah Tetapkan Tarikh Baru

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 393 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 19 Ogos ini untuk perbicaraan 25 pertuduhan yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung 1Malaysia Development Bhd Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh berkenaan selepas men...
Bicara Kes Tuduhan Pecah Amanah Rm6 6 Bilion Najib Dan Irwan Tahun Hadapan

Bicara Kes Tuduhan Pecah Amanah Rm6 6 Bilion Najib Dan Irwan Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 271 hits
Pada 25 Okt lepas Najib 65 dan Mohd Irwan Serigar 61 mengaku tidak bersalah atas enam tuduhan pecah amanah Bagi pertuduhan pertama mereka didakwa bersama sama sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbend...
Mahkamah Tinggi Tetapkan Pengurusan Kes Isa Samad 30 Ogos

Mahkamah Tinggi Tetapkan Pengurusan Kes Isa Samad 30 Ogos

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 310 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 30 Ogos depan pengurusan kes bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang didakwa atas satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan rasuah lebih RM3 juta http www pahangdai...
Hari Ke 14 Kes Najib Peguam Dijangka Soal Balas Pengurus Bank

Hari Ke 14 Kes Najib Peguam Dijangka Soal Balas Pengurus Bank

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 312 hits
KES NAJIB Ketika perbicaraan mahkamah Najib Razak berhubung dakwaan penyelewengan sebanyak RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke 14 hari ini pasukan peguam bela bekas perdana menteri itu dijangka menyoal saksi ke 30 peng...
Kes Src Peguam Najib Saksi Bertikam Lidah Di Mahkamah

Kes Src Peguam Najib Saksi Bertikam Lidah Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 344 hits
Astro Awani Peguam pembelaan Harvinderjit mengasak saksi ke 29 Amirul berkenaan dokumen yang diberikan kepada panel pelaburan Kumpulan Wang Persaraan untuk mendapatkan kelulusan berhubung pinjaman RM1 bilion kepada SRC International KUALA L...
Bicara Src International Najib Tangguh Sebentar Shafee Terpaksa Ke Sebutan Kes Sendiri

Bicara Src International Najib Tangguh Sebentar Shafee Terpaksa Ke Sebutan Kes Sendiri

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 321 hits
Muhammad Shafee Abdullah Foto oleh Astro AwaniBersut hitam dengan tali leher biru bekas perdana menteri Najib Razak masuk ke mahkamah dan duduk di barisan depan galeri awam Bagaimanapun ketua pasukan pembelaannya Muhammad Shafee Abdullah pe...
Umum Tarikh Bonus Hari Raya 2019 Negeri Sarawak Jadi Yang Pertama

Umum Tarikh Bonus Hari Raya 2019 Negeri Sarawak Jadi Yang Pertama

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 988 hits
Seperti tahun sebelum ini sudah pasti menjelang Hari Raya Aidilfitri harapan tinggi setiap penjawat awam daripada kerajaan adalah bonus raya BACA Sebelum ini CUEPACS ada menyuarakan kepada kerajaan agar bonus raya diberi kepada semua penjaw...
Farid Kamil Berhari Raya Dalam Penjara Hukuman Penjara 9 Bulan Bermula Hari Ini

Farid Kamil Berhari Raya Dalam Penjara Hukuman Penjara 9 Bulan Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 336 hits
Siapa yang ikuti cerita Farid Kamil yang lalok sehingga bertindak luar batasan menampar anggota polis Januari tahun lalu pasti mahukan kesudahannya bukan BACA Hari ini Farid Kamil telah dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah ...
Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Patut Tak Boleh Daftar

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Welcome 2024

Akhirnya Berjaya Cara Betulkan Kalendar Hijrah Ramadan Di Iphone Untuk Tahun 2024

Pengalaman Masuk Hospital Kpj

Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo