Bicara Kes Najib Irwan Berlangsung 52 Hari Mulai 6 Jan 2020



KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan selama 52 hari bermula 6 Jan tahun hadapan untuk perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, yang menghadapi enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh itu ketika pengurusan kes berkenaan yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Jamil Aripin dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Harvinderjit Singh, yang mewakili Najib, dan Datuk K. Kumaraendran bertindak bagi pihak Mohd Irwan Serigar.

Bagi bulan Januari, Hakim Mohd Nazlan menetapkan tarikh 6-9 Jan, 20-23 Jan dan 27-30 Jan untuk perbicaraan.

Mahkamah juga menetapkan perbicaraan pada bulan Februari iaitu 3-6 Feb, 10-13 Feb, 17-20 Feb dan 24-27 Feb.

Pada bulan Mac pula, perbicaraan ditetapkan pada 2-5 Mac dan 9-12 Mac manakala bagi bulan April, tarikh bicara ditetapkan pada 6-9 April, 13-16 April, 20-23 April dan 27-30 April. 

Terdahulu Jamil memaklumkan kepada mahkamah bahawa tarikh perbicaraan kes itu yang ditetapkan sebelum ini dari 8 Julai ini hingga 22 Ogos telah dilapangkan oleh mahkamah. 

"Oleh itu, pihak pendakwaan memohon tarikh perbicaraan yang baharu," katanya. 

Hakim Mohd Nazlan bagaimanapun berkata tarikh perbicaraan sebelum ini dilapangkan untuk memberi laluan kepada perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd yang sedang berlangsung. 

Pada 7 Jan lepas, pihak pendakwaan memaklumkan akan memanggil 70 saksi bagi memberi keterangan pada perbicaraan kes Najib dan Mohd Irwan Serigar.

Pada 25 Okt lepas, Najib, 66, dan Mohd Irwan Serigar, 62, mengaku tidak bersalah terhadap enam pertuduhan pecah amanah apabila kes itu disebut di Mahkamah Sesyen.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia masing-masing dalam kapasiti terbabit diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta iaitu sejumlah RM1.2 bilion milik kerajaan Malaysia melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta berkenaan.

Mengikut pertuduhan kedua, Najib dan Mohd Irwan didakwa bersama-sama atas jawatan sama yang diamanahkan dengan harta sejumlah RM655 juta milik kerajaan Malaysia telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta terbabit.

Bagi pertuduhan ketiga mereka dituduh secara bersama, atas kapasiti sebagai penjawat awam dan memegang jawatan yang sama, melakukan pecah amanah iaitu sejumlah RM220 juta, peruntukan di bawah "Belanja Mengurus di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 021700 KL International Airport Berhad (KLIAB) ", milik Kerajaan Malaysia yang diamanahkan kepada mereka.

Kedua-dua mereka juga dituduh secara bersama, atas jawatan yang sama telah melakukan pecah amanah sejumlah RM1.3 bilion, peruntukan di bawah "Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 020500 Subsidi Dan Bantuan Tunai ", milik Kerajaan Malaysia.

Bagi pertuduhan kelima dan keenam, mereka dituduh bersama atas jawatan serupa melakukan pecah amanah sejumlah CNY1,950,000,000 (bernilai RM1,261,065,000) dan RM2 bilion milik kerajaan Malaysia.

Najib dan Mohd Irwan Serigar dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 21 Dis, 2016 dan 18 Dis, 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/05/bicara-kes-najib-irwan-berlangsung-52.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tetapkan 52 Hari Bermula 6 Januari Sebagai Tarikh Bicara Kes Najib Dan Irwan Berlangsung

Mahkamah Tetapkan 52 Hari Bermula 6 Januari Sebagai Tarikh Bicara Kes Najib Dan Irwan Berlangsung

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 357 hits
foto sumber internetKUALA LUMPUR 14 Mei Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan selama 52 hari bermula 6 Jan tahun hadapan untuk perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri ...
Bicara Kes Tuduhan Pecah Amanah Rm6 6 Bilion Najib Dan Irwan Tahun Hadapan

Bicara Kes Tuduhan Pecah Amanah Rm6 6 Bilion Najib Dan Irwan Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 301 hits
Pada 25 Okt lepas Najib 65 dan Mohd Irwan Serigar 61 mengaku tidak bersalah atas enam tuduhan pecah amanah Bagi pertuduhan pertama mereka didakwa bersama sama sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbend...
Bicara Src International Najib Tangguh Sebentar Shafee Terpaksa Ke Sebutan Kes Sendiri

Bicara Src International Najib Tangguh Sebentar Shafee Terpaksa Ke Sebutan Kes Sendiri

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 370 hits
Muhammad Shafee Abdullah Foto oleh Astro AwaniBersut hitam dengan tali leher biru bekas perdana menteri Najib Razak masuk ke mahkamah dan duduk di barisan depan galeri awam Bagaimanapun ketua pasukan pembelaannya Muhammad Shafee Abdullah pe...
Hari Ke 14 Kes Najib Peguam Dijangka Soal Balas Pengurus Bank

Hari Ke 14 Kes Najib Peguam Dijangka Soal Balas Pengurus Bank

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 350 hits
KES NAJIB Ketika perbicaraan mahkamah Najib Razak berhubung dakwaan penyelewengan sebanyak RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke 14 hari ini pasukan peguam bela bekas perdana menteri itu dijangka menyoal saksi ke 30 peng...
Kes Src Peguam Najib Saksi Bertikam Lidah Di Mahkamah

Kes Src Peguam Najib Saksi Bertikam Lidah Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 379 hits
Astro Awani Peguam pembelaan Harvinderjit mengasak saksi ke 29 Amirul berkenaan dokumen yang diberikan kepada panel pelaburan Kumpulan Wang Persaraan untuk mendapatkan kelulusan berhubung pinjaman RM1 bilion kepada SRC International KUALA L...
Freeport Mulai Bangun Infrastruktur Fisik Smelter Gresik Awal 2020

Freeport Mulai Bangun Infrastruktur Fisik Smelter Gresik Awal 2020

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 155 hits
Terkait porsi pendanaan proyek lanjut Riza tentu akan dibicarakan dengan PT Inalum sebagai pemegang 51 persen saham Menurut dia sebelum divestasi pendanaan pembangunan smelter ditanggung Freeport
Lelaki Nigeria Di Reman Tujuh Hari Dalam Kes Bunuh Jururawat

Lelaki Nigeria Di Reman Tujuh Hari Dalam Kes Bunuh Jururawat

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 1161 hits
SEPANG Seorang lelaki warga Nigeria direman 7 hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin yang ditemui mati di sebuah kondominium di Cyberjaya Rabu lalu Perintah reman mulai hari i...
Kes Najib Saksi Terpaksa Siapkan Kertas Kerja Dalam Keadaan Terburu Buru

Kes Najib Saksi Terpaksa Siapkan Kertas Kerja Dalam Keadaan Terburu Buru

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 316 hits
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau berada dalam keadaan tertekan ketika menyediakan kertas kerja pelaburan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan berhubung pinjaman wang berjumlah RM4 bilion kepa...
Mulai Hari Ini Transjakarta Buka Layanan Ke Stasiun Mrt Blok A

Mulai Hari Ini Transjakarta Buka Layanan Ke Stasiun Mrt Blok A

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 184 hits
Operasional kedua rute baik MR5 dan MR8 menggunakan bus medium Minitrans ujar Direktur Operasional Transjakarta Daud Joseph
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian