Mahkamah Tetapkan 24 Mei Untuk Mendengar Permohonan Rosmah Rizal


foto sumber internet
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan tarikh 24 Mei untuk mendengar permohonan pendakwaan supaya kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan kes rasuah bekas pegawai khas, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Rizal Mansor dibicarakan bersama.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan perkara itu semasa pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.

Loading...
Mohamed Zaini menetapkan 24 Mei untuk pendengaran berhubung permohonan pendakwaan dan hujahan bagi semua pihak berhubung kes Rosmah, 67, dan Rizal, 45.

Pada 4 Oktober 2018, Rosmah yang diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Datuk K. Kumaraendran mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148 Jalan Ampang di sini antara 4 Dis 2013 dan Jun 8 Jun 2017 dan di LHDN, di Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini antara 1 Mei 2014 dan 1 Mei 2018.


Pertuduhan pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan, dia didakwa mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan hasil pendapatan beliau bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah LHDN pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 tanpa alasan munasabah mengikut Seksyen 112 undang-undang berkenaan.

Bagi kes rasuah melibatkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak, Rosmah didakwa atas dua pertuduhan meminta RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta, dua tahun lepas.

Rosmah diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh.

Dia dituduh mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rizal yang diwakili peguam Ridha Abdah Subri mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah, berjumlah RM5.5 juta, melibatkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/mahkamah-tetapkan-24-mei-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tinggi Tetapkan Pengurusan Kes Isa Samad 30 Ogos

Mahkamah Tinggi Tetapkan Pengurusan Kes Isa Samad 30 Ogos

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 345 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 30 Ogos depan pengurusan kes bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang didakwa atas satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan rasuah lebih RM3 juta http www pahangdai...
Pendakwa Mohon Tangguh Kes Najib Dan 1mdb Mahkamah Tetapkan Tarikh Baru

Pendakwa Mohon Tangguh Kes Najib Dan 1mdb Mahkamah Tetapkan Tarikh Baru

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 431 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 19 Ogos ini untuk perbicaraan 25 pertuduhan yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung 1Malaysia Development Bhd Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh berkenaan selepas men...
Joint Hearing Application For Rosmah Rizal On May 24

Joint Hearing Application For Rosmah Rizal On May 24

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR The High Court will hear on May 24 a prosecution application for the corruption and money laundering cases of Rosmah Mansor the wife of former prime minister Najib Razak and the corruption case of Rizal Mansor a former special ...
Pemerintah Tetapkan Puasa Ramadan Dimulai Senin 6 Mei 2019

Pemerintah Tetapkan Puasa Ramadan Dimulai Senin 6 Mei 2019

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 611 hits
Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin mengumumkan awal puasa atau 1 Ramadan 1440 Hijriah dimulai pada Senin 6 Mei 2019 Penetapan ini berdasarkan sidang isbat penetapan awal Ramadan yang dilakukan Kementerian Agama dengan Perwakilan ormas orm...
Mahkamah Tetapkan 52 Hari Bermula 6 Januari Sebagai Tarikh Bicara Kes Najib Dan Irwan Berlangsung

Mahkamah Tetapkan 52 Hari Bermula 6 Januari Sebagai Tarikh Bicara Kes Najib Dan Irwan Berlangsung

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 361 hits
foto sumber internetKUALA LUMPUR 14 Mei Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan selama 52 hari bermula 6 Jan tahun hadapan untuk perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri ...
Jemaah Naqsabandiyah Al Kholidiyah Tetapkan 4 Mei Awal Ramadan 1440 H

Jemaah Naqsabandiyah Al Kholidiyah Tetapkan 4 Mei Awal Ramadan 1440 H

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 370 hits
Jemaah Naqsabandiyah Al Kholidiyah Tetapkan 4 Mei Awal Ramadan 1440 H Penetapan ini didasarkan pada hisab qamariah Penghitungan yang dilakukan tim hisab tarekat yang berpusat di Bandar Tinggi Simalungun Sumut ini
Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Najib Cabar Tuduhan Src International Cacat

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Najib Cabar Tuduhan Src International Cacat

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 360 hits
Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan perbicaraan tujuh tuduhan pecah amanah salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak diteruskan pagi ini Loading Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan i...
Harga Bensin Non Subsidi Pertamina Dan Shell Di Awal Mei 2018

Harga Bensin Non Subsidi Pertamina Dan Shell Di Awal Mei 2018

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 263 hits
Berdasarkan pantauan Liputan6 com Rabu di SPBU di kawasan Graha Raya Serpong Utara harga Pertamax 92 dijual Rp 9 850 per liter Pertamina Dex Rp 11 700 Sedangkan Pertamax Turbo 98 dijual Rp 11 200
Ditjen Pajak Beri Keringanan Bagi Pengusaha Yang Lapor Spt Pada 2 Mei

Ditjen Pajak Beri Keringanan Bagi Pengusaha Yang Lapor Spt Pada 2 Mei

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 159 hits
Direktur Jenderal Pajak memberi keringanan bagi wajib pajak badan yang melaporkan SPT hingga 2 Mei 2019 Denda administrasi tak akan diberikan pada Wajib Pajak Badan yang menyampaikan SPT Tahunan Pajak Penghasilan dan SPT Masa Pajak Pertamba...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan