Deepak Gagal Hidupkan Saman Terhadap Najib Rosmah Azeez Rahim



Deepak gagal hidupkan saman terhadap Najib, Rosmah, Azeez Rahim
Pengarah Carpet Raya Sdn Bhd, JR Deepak Jaikishan dan dua lagi gagal menghidupkan saman terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor serta Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung cukai yang dikenakan ke atas mereka selepas didakwa bertindak sebagai proksi pasangan itu.
Ini susulan tindakan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak permohonan mereka untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Najib, Rosmah dan Azeez bagi membatalkan saman itu.
Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mengetuai panel itu, dalam keputusan sebulat suara berkata saman yang difailkan Deepak, Carpet Raya dan adik lelakinya, J Rajesh, yang juga pengarah syarikat tersebut, tidak kukuh dan akan gagal, jika perbicaraan diteruskan.
“Kami mendapati Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam memutuskan saman itu adalah kes jelas untuk dibatalkan. Oleh itu, kami memutuskan tidak ada merit dalam rayuan ini dan menolaknya dengan kos RM10,000 untuk Najib serta Rosmah dan RM10,000 untuk Azeez.
“Keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan,” kata Zabidin yang bersidang bersama Azizah Nawawi dan S Nantha Balan.
Panel itu membuat keputusan selepas mendengar hujah peguam Daniel Annamalai yang mewakili perayu, peguam David Mathews yang mewakili Najib dan Rosmah serta peguam Prem Ramchandran bagi pihak Azeez.
Pada 16 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Najib, Rosmah dan Azeez untuk membatalkan saman itu selepas memutuskan pernyataan tuntutan tidak mendedahkan kausa tindakan munasabah, iaitu elemen penting bagi menyokong dakwaan konspirasi untuk mencedera, misfeasans dalam jawatan awam serta pelanggaran kewajipan.
Ketiga-tiganya memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada 24 Sept 2019 atas alasan ia menyusahkan dan plaintif tidak mempunyai kausa menyaman mereka.
Menerusi saman yang difailkan pada 15 Nov 2018, Deepak mendakwa antara 2004 dan 2010, beliau dan syarikat itu bertindak sebagai ejen serta proksi Najib dan Rosmah dalam urus niaga tanah serta urusan perniagaan seperti yang diarahkan pasangan tersebut.
Beliau juga mendakwa Azeez bertindak sebagai ejen Najib dan Rosmah untuk menjalankan urus niaga serta menjadi pengantara pasangan itu dan Carpet Raya.
Deepak mendakwa ekoran urus niaga itu, beliau menerima surat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertarikh 2 Mac 2018 supaya menyelesaikan tunggakan cukai ke atas Carpet Raya dan cukai pendapatannya yang berjumlah lebih RM6 juta, tidak termasuk caj penalti serta faedah.
Deepak mendakwa beliau menerima surat LHDN selepas hubungannya dengan pasangan itu keruh pada 2012, susulan keengganannya mengikut arahan mereka dalam kes sivil membabitkan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, dan Azeez mengetahui perkara tersebut.
Beliau mendakwa Najib dan Rosmah turut mengarahkan tindakan perundangan diambil LHDN terhadap Carpet Raya dan petisyen penggulungan difailkan terhadap syarikat itu pada 22 Mac 2017, malah petisyen tersebut disiarkan dalam akhbar.
Plaintif mendakwa petisyen itu menyebabkan perniagaan dan reputasi mereka terjejas, manakala Deepak dilarang meninggalkan Malaysia, selain kemudahan perniagaan mereka ditarik balik Maybank dan kontrak syarikat dengan IKEA dibatalkan.
Mereka memohon deklarasi mahkamah bahawa Najib dan Rosmah bertanggungjawab membayar tunggakan cukai dikenakan ke atas syarikat itu serta menuntut ganti rugi RM500,000 yang dibayar kepada Maybank, RM47 juta untuk ketidakupayaan syarikat memenuhi kontrak dan jualannya, RM74 juta bagi pembatalan kontrak syarikat itu dengan IKEA, RM200 juta bagi fitnah dan RM37 juta atas kerugian yang didakwa disebabkan salah laku Najib.
Plaintif turut menuntut ganti rugi teruk dan teladan sebanyak RM100 juta. FMT
Deepak gagal hidupkan saman terhadap Najib, Rosmah, Azeez Rahim
Baca Artikel Menarik :
Gimik Peja pulangkan gaji penasihat khas PM tak menjadi, skandal tanah pula diungkit LGBT digantung di Malaysia, dakwa pelarian Malaysia Sajat ditahan imigresen Thailand, bersembunyi di Bangkok Resepi gulai kambing bawang goreng Penang Kata dah taubat, Shuk cari Fara kembali? Pegawai SPRM curi barang kes USD6 juta? Frontliners bantu pesakit ucap syahadah (Video) Tak Mandi Situ Tapi Sungai Hulu Yam Baharu Tempat Buang Makhluk Halus? ‘Road to’ buka sempadan negeri Nazri puji Nurul Izzah, sifatkan Syed Saddiq gagal Dulu tak boleh bawah kerajaan lama, kini boleh – Najib Layari Laman Facebook MYKMU
Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib

The post Deepak gagal hidupkan saman terhadap Najib, Rosmah, Azeez Rahim appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/09/20/deepak-gagal-hidupkan-saman-terhadap-najib-rosmah-azeez-rahim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib And Rosmah Win Case Against Deepak Jaikishan

Najib And Rosmah Win Case Against Deepak Jaikishan

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 182 hits
The Court of Appeal affirmed today a High Court ruling to strike out a suit filed by Najib Razak his wife Rosmah Mansor and Baling MP Abdul Azeez Abdul Rahim against Carpet Raya Sdn Bhd and its two directors over taxes incurred for allegedl...
Saman Gagal Bayar Cukai Dan Denda Kepada Lhdn Mahkamah Tolak Rayuan Najib Anaknya

Saman Gagal Bayar Cukai Dan Denda Kepada Lhdn Mahkamah Tolak Rayuan Najib Anaknya

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 227 hits
PUTRAJAYA Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin hari ini gagal dalam rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan mereka membayar cukai dan denda yang belum dibayar berjumlah RM1 69 bilion dan...
Mahkamah Rayuan Batalkan Saman Peguam Persoal Pengampunan Diraja Terhadap Anwar

Mahkamah Rayuan Batalkan Saman Peguam Persoal Pengampunan Diraja Terhadap Anwar

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 297 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan saman difailkan seorang peguam yang mempersoal kesahan pengampunan diraja yang diperoleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi sabitan kes liwatnya Semasa membatalkan saman oleh Mohd Khairul Azam Abdul...
Tuntutan Lhdn Najib Anak Gagal Batalkan Keputusan Mahkamah Tinggi

Tuntutan Lhdn Najib Anak Gagal Batalkan Keputusan Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 251 hits
Diterbitkan 9 Sep 2021 2 38 pmDikemaskini 9 Sep 2021 2Bekas perdana menteri Najib Razak dan anaknya Mohd Nazifuddin gagal membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung tuntutan saman cukai yang dibuat ke atas mereka Mahkamah ...
Mahkamah Rayuan Kekal Keputusan Tolak Saman Terhadap Fazura

Mahkamah Rayuan Kekal Keputusan Tolak Saman Terhadap Fazura

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 253 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman oleh pemilik Maydan Trading terhadap selebriti Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Shariffudin dan Universal Music Sdn Bhd atas dakwaan melanggar kontrak...
Najib Rosmah Pemilik Firma Lubnan Periksa 11 991 Unit Barang Kemas Bulan Depan

Najib Rosmah Pemilik Firma Lubnan Periksa 11 991 Unit Barang Kemas Bulan Depan

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 190 hits
BERNAMA Barang kemas itu antara pelbagai barangan yang disita dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences pada Mei 2018 Bekas perdana menteri Najib Razak bersama isterinya Rosmah Mansor Gambar AFP Bekas perdana menteri Na...
Kes Saman Fitnah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Terhadap Anina Saadudin Selesai

Kes Saman Fitnah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Terhadap Anina Saadudin Selesai

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Anina Saadudin hari ini merekodkan persetujuan penyelesaian berhubung saman fitnah yang dikemukakan terhadap bekas Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu Pada 5 Mac lalu Ismail Sabri ...
Panas Najib Buat Laporan Polis Terhadap Lhdn

Panas Najib Buat Laporan Polis Terhadap Lhdn

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 221 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak membuat laporan polis terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana mendakwa salah guna kuasa dan penggunaan dokumen palsu Dalam catatan di Facebook Ahli Parlimen Pekan itu berkata b...
Laporan Polis Najib Terhadap Lhdn Bukti Agensi Milik Negara Tiada Kredibiliti

Laporan Polis Najib Terhadap Lhdn Bukti Agensi Milik Negara Tiada Kredibiliti

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 288 hits
Oleh Sirajuddin AhmadSungguh memalukan apabila seorang mantan Perdana Menteri terpaksa membuat laporan Polis terhadap sebuah institusi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam negara Ia membayangkan agensi milik kerajaan tidak Amanah dan tidak ...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Majlis Perpisahan Abam Kie Di Sekolah Lama

Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient