Peguam Gagal Cabar Pengampunan Penuh Anwar



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan saman pemula seorang peguam untuk mencabar kesahan pengampunan penuh yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan nasihat Lembaga Pengampunan berhubung kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya.
Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Has Zanah Mehat yang bersidang bersama Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak dan Datuk Lee Heng Cheong selepas membenarkan rayuan Anwar dan Lembaga Pengampunan tanpa kos.
Mahkamah berpuas hati rayuan kedua-duanya mempunyai merit kerana saman pemula yang dikemukakan oleh Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz jelas tidak dapat dipertahankan kerana ia tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah.
Sehubungan itu, mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Presiden PKR itu dan Lembaga Pengampunan untuk membatalkan saman pemula tersebut.
Hakim Has Zanah ketika menyampaikan keputusan itu menyatakan, Mahkamah Tinggi terkhilaf kerana tidak mematuhi senarai autoriti Mahkamah Persekutuan terdahulu bahawa keputusan Yang di-Pertuan Agong memberi pengampunan merupakan kuasa prerogatif yang tidak boleh dipertikai atau disahkan di mahkamah.
Pada hemat panel tersebut, mahkamah tiada bidang kuasa mendengar prosiding pertikaian seperti itu kerana kuasa pengampunan termaktub di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang mana ia tidak terhad kepada hukuman, malah turut melibatkan sabitan.
Hakim Has Zanah turut menyatakan peguam itu tiada hak di sisi undang-undang (locus standi) untuk mempersoal pengampunan penuh yang diberikan oleh Seri Paduka kepada Anwar.
Mahkamah berpendapat, proses pengampunan itu tidak dalam mana-mana cara menyerang atau memberi kesan kepada kepentingan peribadi mahupun haknya di sisi undang-undang.
Berhubung isu komposisi Lembaga Pengampunan, mahkamah berpuas hati bahawa ia ditubuhkan secara sah di bawah Perkara 42.
Pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian, peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram berhujah bagi pihak Anwar, Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili Lembaga Pengampunan manakala Mohamed Haniff Khatri Abdula mewakili Mohd. Khairul Azam.
Pada 21 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan untuk membatalkan saman pemula Mohd. Khairul Azam selepas berpuas hati selaku orang awam dan peguam, beliau mempunyai hak di sisi undang-undang memfailkan saman berkenaan.
Hakim Datuk Akhtar Tahir berpuas hati, saman itu melibatkan prosedur dan undang-undang serta boleh didengar di mahkamah kerana Yang di-Pertuan Agong ketika itu menjalankan fungsinya sebagai cabang Eksekutif sewaktu memberikan pengampunan kepada Anwar.
Dalam saman pemula difailkan pada 26 Februari tahun lalu, Mohd. Khairul Azam berkata, selepas dua hari kerajaan baharu dibentuk, Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang media pada 11 Mei 2018, mengumumkan Yang di-Pertuan Agong bersetuju memberikan pengampunan penuh kepada Anwar.
Mohd Khairul Azam mendakwa pengampunan penuh diberikan kepada Anwar bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan hendaklah dilaksanakan dengan nasihat oleh Lembaga Pengampunan.
Mohd. Khairul Azam mendakwa, walhal lembaga itu belum dibentuk secara rasmi selepas pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei 2018.
Beliau juga mendakwa susulan pilihan raya itu, beberapa tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan telah diambil bagi memastikan Anwar mendapat pengampunan yang membawa kepada pembebasannya dari penjara.
Anwar dihukum penjara lima tahun kerana meliwat pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, dan sabitan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.
Oleh itu, plaintif antara lain memohon pengisytiharan bahawa Lembaga Pengampunan ditubuhkan secara tidak sah di sisi Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan bersidang dan seterusnya menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan rayuan pengampunan Anwar, menyebabkan nasihat diberikan tidak sah dan terbatal.
Sementara itu, Ahli Parlimen Port Dickson tersebut memfailkan permohonan membatalkan saman pemula pada 13 Mei tahun lalu atas alasan antara lain ia adalah remeh, memalukan serta menyalahgunakan proses mahkamah. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/09/peguam-gagal-cabar-pengampunan-penuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengampunan Agong Anwar Kenapa Mereka Cabar Apa Motif

Pengampunan Agong Anwar Kenapa Mereka Cabar Apa Motif

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 113 hits
Bagaimana mahkamah di negara ini membuang masa dalam melayan kes kes perbicaraan yang tidak ada faedah dan untung kepada negara jauh sekali manfaat kepada rakyat Penelitian secara menghalusi sebelum sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah sepert...
Mahkamah Rayuan Batalkan Saman Peguam Persoal Pengampunan Diraja Terhadap Anwar

Mahkamah Rayuan Batalkan Saman Peguam Persoal Pengampunan Diraja Terhadap Anwar

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 240 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan saman difailkan seorang peguam yang mempersoal kesahan pengampunan diraja yang diperoleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi sabitan kes liwatnya Semasa membatalkan saman oleh Mohd Khairul Azam Abdul...
Rentasan 972 Pelaksanaan Hak Pengampunan Diraja Terhadap Anwar Tidak B

Rentasan 972 Pelaksanaan Hak Pengampunan Diraja Terhadap Anwar Tidak B

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 116 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9721 JUDI APAKAH INI CARA PULIHKAN EKONOMI 2 PENGAMPUNAN ANWAR SIAPA DALANG CABAR KUASA AGONG 3 MADU DIBERI TUBA DIBALAS 4 JANGAN ANAK TIRIKAN EKONOMI LUAR BANDAR
Selepas Gagal Jadi Pm Pkr Perak Buat Tawaran Kepada Anwar

Selepas Gagal Jadi Pm Pkr Perak Buat Tawaran Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 244 hits
agendadaily com25 9 2021Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim PKR Perak menawarkan kepada Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi negeri tersebut pada pilihan raya umum depan dengan harapan dapat menjadi Perdana Ment...
Muktamad Pengampunan Kepada Anwar Sah

Muktamad Pengampunan Kepada Anwar Sah

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 119 hits
Oleh MOHD SAYUTI OMAR September 25 2021Satu perkara yang tidak disedari dan perlu diberikan perhatian ialah bagaimana mahkamah di negara ini membuang masa dalam melayan kes kes perbicaraan yang tidak ada faedah dan untung kepada negara jauh...
Nak Selesai Isu Logo Pun Anwar Gagal Tapi Bercita Cita Jadi Pm

Nak Selesai Isu Logo Pun Anwar Gagal Tapi Bercita Cita Jadi Pm

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 187 hits
agendadaily com18 9 2021Cita cita Datuk Seri Anwar Ibrahim setinggi langit mahu menjadi Perdana Menteri bagaimanapun masalah kecil berhubung pemilihan logo yang akan digunakan blok pembangkang dalam pilihan raya umum pun masih gagal diseles...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music

Potong Ikan Keluar Api

Kp Umno Tidak Perlu Layan Teguran Dari Sikitol Kluster Pengkhianat

Rights Group Calls For Police Probe Into Inciting Statements On Allah Socks