Mahkamah Menetapkan Keputusan Kes Rasuah Rm2 Juta Tengku Adnan Pada 21 Disember Ini


 


KUALA LUMPUR -- Nasib bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berdepan pertuduhan rasuah RM2 juta akan diketahui 21 Dis ini.
Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim berkata Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan sepatutnya mengumumkan keputusan kes itu pada 17 Nov ini, bagaimanapun tarikh bagi prosiding tersebut dilapangkan susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dari 9 Nov hingga 6 Dis.
"Tarikh baharu keputusan itu dimaklumkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Catherine Nicholas kepada pihak pendakwaan dan pembelaan menerusi e-mel hari ini," kata Julia yang mengetuai pasukan pendakwaan ketika dihubungi pemberita menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.
Pasukan pembelaan diketuai peguam Datuk Tan Hock Chuan.
Perbicaraan kes itu bermula pada 2 Julai tahun lepas dengan pihak pendakwaan memanggil 23 saksi untuk memberi keterangan.
Pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan lebih 80 barang kes termasuk dokumen permohonan Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB) untuk pembangunan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan, cek RM2 juta, penyata bank syarikat, penyata tahunan UMNO dan dokumen anggaran perbelanjaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan termasuk dua bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur  iaitu Tan Sri Ahmad Phesal Talib dan Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz serta Pengarah Urusan AKSB Tan Sri Chai Kin Kong.
Pada 30 Jun lepas, pihak pembelaan menutup kesnya selepas memanggil empat saksi dalam prosiding yang berlangsung selama empat hari bermula 4 Mac dengan Tengku Adnan sebagai saksi pembelaan pertama.
Saksi lain ialah bekas Setiausaha Politik Tengku Adnan iaitu Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam Datuk Zakaria Dullah dan bekas pengarah jentera PRK Sungai Besar Datuk Rizalman Mokhtar.
Pada 14 Okt tahun lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Tengku Adnan membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie dalam kes tertuduh.
Tengku Adnan,yang dikenali sebagai Ku Nan, memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi dan prosiding pembelaannya berlangsung selama dua hari iaitu pada 17 Jan dan 5 Mac lepas.
Tengku Adnan, 69, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong yang juga Pengarah AKSB melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016.
Ahli Parlimen Putrajaya itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/11/mahhamah-tetapkan-keputusan-kes-rasuah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Pendengaran Kes Pekebun Durian Musang King Raub Didengar Pada 9 Disember

Keputusan Pendengaran Kes Pekebun Durian Musang King Raub Didengar Pada 9 Disember

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 336 hits
KUANTAN Keputusan permohonan pendengaran kes semakan kehakiman yang difailkan 111 pekebun durian Raub bagi mengetepikan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang terhadap mereka akan diketahui pada 9 Disember depan Tarikh itu...
Mahkamah Tetapkan Tarikh 4 Disember Bagi Mendengar Hujahan Bertulis Kes Isa Samad

Mahkamah Tetapkan Tarikh 4 Disember Bagi Mendengar Hujahan Bertulis Kes Isa Samad

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR Pasukan pembelaan dan pendakwaan dalam kes rasuah bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad menyerahkan lebih 300 muka surat hujahan bertulis di akhir kes pembelaan kepada Mahkamah Tinggi di sini yang akan didengar pada 4 Di...
Keputusan Tamatkan Pkpb Lebih Awal Di Negeri Kurang Kes Covid 19 Diumumkan Jumaat Ini

Keputusan Tamatkan Pkpb Lebih Awal Di Negeri Kurang Kes Covid 19 Diumumkan Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 498 hits
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob CYBERJAYA 8211 Keputusan sama ada untuk memendekkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang sedang dilaksanakan di beberapa negeri di Semenanjung akan diumumkan pada Jumaat ini Menteri Kanan
Mahkamah Suspek Kes Bunuh Siti Nur Surya Di Reman Tujuh Hari Untuk Bantu Siasatan

Mahkamah Suspek Kes Bunuh Siti Nur Surya Di Reman Tujuh Hari Untuk Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 1012 hits
MARANG Seorang pelajar perempuan tingkatan enam yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Siti Nur Surya Ismail yang mayatnya ditemukan dengan kesan tetakan pada badan manakala tangan kirinya putus dalam kejadian di Lubuk Batu Terlemong Ahad le...
Kes Rasuah Salah Guna Kuasa Makin Menggila Sejak Pkp

Kes Rasuah Salah Guna Kuasa Makin Menggila Sejak Pkp

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 384 hits
KUALA LUMPUR 2 Rabiulakhir 1442H Rabu Malaysia Corruption Watch menerima banyak aduan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan Jabatan Imigresen Malaysia di seluruh negara Presidennya Jais Abdul Karim berkata aduan berkenaa
Kes Bunuh Rakan Suspek Menggigil Menangis Masa Dibawa Masuk Ke Mahkamah

Kes Bunuh Rakan Suspek Menggigil Menangis Masa Dibawa Masuk Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 758 hits
Seorang pelajar tingkatan enam ditahan reman berikutan menjadi suspek utama pembunuhan Siti Nur Surya Ismail yang maut dalam kejadian di di Kampung Lubuk Batu Telemong Hulu Terengganu kelmarin Suspek hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistre...
Bicara Kes Bunuh Zulfarhan Bersambung 22 Disember Ini

Bicara Kes Bunuh Zulfarhan Bersambung 22 Disember Ini

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 1043 hits
Perbicaraan kes membunuh bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Zulfarhan Osman Zulkarnain di Mahkamah Tinggi di sini ditangguh kepada 22 hingga 30 Dis depan Timbalan Pendakwa Raya Ju...
3 Termasuk Datuk Direman Kes Rasuah Jutaan Ringgit Kepada Pegawai Syarikat Telekomunikasi

3 Termasuk Datuk Direman Kes Rasuah Jutaan Ringgit Kepada Pegawai Syarikat Telekomunikasi

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 394 hits
Salah seorang daripada tiga suspek yang direman bagi siasatan kes rasuah di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini PUTRAJAYA Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan reman selama lima hari terhadap tiga lelaki bersabit kes siasatan ...
Jumlah Kes Covid 19 Dunia Melebihi 52 Juta Johns Hopkins University

Jumlah Kes Covid 19 Dunia Melebihi 52 Juta Johns Hopkins University

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 320 hits
MOSCOW Jumlah kes COVID 19 yang disahkan di seluruh dunia telah melebihi 52 juta lapor agensi berita Sputnik memetik Johns Hopkins University Jumlah sebenar kes COVID 19 berjumlah 52 041 441 pada 01 50 GMT hari Khamis Lebih daripada 1 28 ju...
Bank Islam Shuts Down Old App Pushes Bimb Mobile As The Future Of Banking

Panduan Tiket Flight Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu Dengan Harga Terbaik

Festive Traffic Crawl To East Coast Begins Ahead Of Aidiladha

Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

Senarai Lengkap Tiket Flight Kuala Lumpur Ke Langkawi Dan Cara Tempah Mudah

Landlord Locks House With Tenant S Car Belongings Over Unpaid Rent Is This Legal In Malaysia

How To Use Kappli Guides New Customers Are Guided On Navigating The Platform


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Harga Durian 2025 Terbaru Jun

Senarai Pekerjaan Yang Tak Boleh Dan Sukar Diganti Dengan A I Di Malaysia

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Raya Aidiladha Dengan Khatam