Keputusan Pendengaran Kes Pekebun Durian Musang King Raub Didengar Pada 9 Disember


 


KUANTAN - Keputusan permohonan pendengaran kes semakan kehakiman yang difailkan 111 pekebun durian Raub bagi mengetepikan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang terhadap mereka akan diketahui pada 9 Disember depan.
Tarikh itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zainal Azman Ab Aziz setelah mendengar hujah kedua-dua pihak plaintif yang diwakili peguam, Siew Choon Jern dan Brendan Siva serta responden-responden yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Noor Fadzila Ishak dalam sebutan semula kes hari ini.
Pada prosiding hari ini, Noor Fadzila menegaskan bahawa kesemua plaintif tidak mempunyai locus standi atau hak untuk membuat permohonan itu memandangkan mereka bukan pemilik tanah, mahupun dikurniakan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) atau hak milik ke atas tanah tersebut.
Hujahnya, kerajaan negeri bertindak memberi notis untuk mengosongkan tanah tersebut dan memberikan mereka tempoh untuk mengosongkannya supaya tidak rugi sedangkan sebagai pemilik tanah, kerajaan boleh sahaja menghalau mereka.
Noor Fadzila juga berhujah bahawa notis yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri itu berupa notis pentadbiran dan bukanlah sesuatu yang perlu diputuskan di peringkat kehakiman.
Justeru, hujahnya, kesemua plaintif telah membuat permohonan yang salah kerana mengikut Seksyen 418 Kanun Tanah Negara, plaintif perlu memfailkan rayuan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh notis tersebut dikomunikasikan kepada mereka, bukan memfailkan semakan kehakiman.
Pada prosiding sama, Choon Jern turut memohon mahkamah membenarkan penggantungan sementara yang sepatutnya tamat pada hari ini dan disambung sehingga 9 Disember.
Choon Jern turut memaklumkan bahawa seorang daripada 111 pekebun durian itu menarik balik permohonan, manakala 94 pekebun yang lain turut memfailkan permohonan yang sama terhadap responden sama pada hari ini dan permohonan itu akan didengar pada 9 Disember nanti.
Ini menjadikan keseluruhan sebanyak 204 pekebun memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap enam responden iaitu Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Jabatan Perhutanan, kerajaan Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang, Royal Pahang Resources PKPP Sdn Bhd dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang.
Zainal Azman pada 28 Ogos lalu membenarkan pendengaran permohonan ditangguhkan sehingga 28 Oktober 2020.
Sehingga permohonan tersebut didengar dan diputuskan oleh mahkamah tinggi, kerajaan negeri perlu menangguhkan buat sementara semua tindakan bagi menguatkuasakan notis pengosongan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali ketika ditemui di luar mahkamah berkata, hanya 20 orang daripada lebih 100 pekebun yang merupakan plaintif kes tersebut dibenarkan memasuki kamar mahkamah pada satu-satu masa.
Menurutnya, seramai 11 pegawai dan 50 anggota polis pelbagai cawangan ditugaskan di mahkamah pada hari ini sebagai langkah pengawasan dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 dipatuhi dengan baik. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/11/keputusan-pendengaran-kes-pekebun.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Presiden Isma Persoalkan Status Terkini Isu Pencerobohan Hutan Musang King Di Raub

Presiden Isma Persoalkan Status Terkini Isu Pencerobohan Hutan Musang King Di Raub

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 247 hits
Isu pencerobohan tanah di Raub yang melibatkan pekebun durian secara haram kini timbul kembali Mungkin ramai yang tidak perasan atau sedar yang mereka ada berhimpun dan keluarkan kenyataan media semalam Mereka telah mewujudkan satu gabungan...
Mencuba Gelato Durian Musang King Daily Fresh

Mencuba Gelato Durian Musang King Daily Fresh

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 284 hits
Mencuba Gelato Durian Musang King Daily Fresh Dah berzaman dah Daily Fresh keluarkan Gelato Durian Musang King tapi la ni Ummi mencuba Nak sangat rasa kan jadi Ummi belilah satu eh dua terus hehe Gelato Durian Musang King 1 cup ni RM7 90 Ye...
Rayuan Jamal Terhadap Keputusan Mahkamah Tinggi Didengar April Depan

Rayuan Jamal Terhadap Keputusan Mahkamah Tinggi Didengar April Depan

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 160 hits
172 total views 172 views today Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 22 April tahun hadapan untuk mendengar rayuan Datuk Seri Jamal Md Yunos terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk membatalkan saman fitnah yang difailk...
Covid 19 Jakess Seru Pendengaran Kes Dalam Talian

Covid 19 Jakess Seru Pendengaran Kes Dalam Talian

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 262 hits
SHAH ALAM 3 NOV Jabatan Kehakiman Syariah Selangor menyeru pihak yang mempunyai prosiding kes meneruskan pendengaran secara dalam talian susulan pandemik Covid 19 Unit Komunikasi Korporat berkata langkah itu membolehkan lebih banyak kes dap...
Mahkamah Tetapkan Tarikh 4 Disember Bagi Mendengar Hujahan Bertulis Kes Isa Samad

Mahkamah Tetapkan Tarikh 4 Disember Bagi Mendengar Hujahan Bertulis Kes Isa Samad

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 230 hits
KUALA LUMPUR Pasukan pembelaan dan pendakwaan dalam kes rasuah bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad menyerahkan lebih 300 muka surat hujahan bertulis di akhir kes pembelaan kepada Mahkamah Tinggi di sini yang akan didengar pada 4 Di...
Tamak Haloba Selar Netizen Kepada Pekebun Haram Durian

Tamak Haloba Selar Netizen Kepada Pekebun Haram Durian

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 346 hits
BANGI 7 Rabiulawal 1442H Sabtu Dakwaan Save Musang King Alliance bahawa kerajaan Pahang sudah menyediakan pelan bagi menghalalkan tanah yang diteroka secara haram di Raub mendapat kecaman hebat dalam kalangan netizen Rata rata mereka bagaik...
Menyedihkan Usaha Ph Pulihkan Intergriti Dimusnahkan Dalam Kes Khairuddin

Menyedihkan Usaha Ph Pulihkan Intergriti Dimusnahkan Dalam Kes Khairuddin

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 231 hits
MALAYSIA DATELINEAmat menyakitkan melihat usaha untuk sedang memulihkan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada integriti profesionalisme dan kebebasan institusi institusi utama negara dimusnahkan satu persatu oleh kerajaan yang ada Veteran...
Selamatkan Kerajaan Pn Kes Najib Dan Rakan Rakan Digugur

Selamatkan Kerajaan Pn Kes Najib Dan Rakan Rakan Digugur

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 205 hits
Seorang peguam memberi amaran bahawa rakyat akan mengecam keras kerajaan jika peguam negara memutuskan untuk menarik balik pertuduhan jenayah serius terhadap 6 ahli Parlimen Umno Mohamed Rafique Rashid Ali berkata sebahagian kes berkenaan k...
Kes Tak Kuarantin Selesai Pembangkang Carilah Isu Lain Kata Nik Abdul

Kes Tak Kuarantin Selesai Pembangkang Carilah Isu Lain Kata Nik Abdul

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 321 hits
KUALA LUMPUR Maka adalah amat elok untuk kita bersama sama menerima keputusan Peguam Negara hari ini dengan penuh lapang dada Itu permintaan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz ekoran keputusan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan...
Projek Perumahan Lumira Di Eka Heights Menawarkan Sentuhan Moden Dan Tema Reka Bentuk Avant Garde

Uitm Ijn Gave Assurance On Surgery Course S Diversity Say Foreign Advisers

Simpan Duit Kertas Rm5

In Focus As Malaysia Corruption Dragnet Widens Pm Anwar S Political Payback Threatens To Hurt Business Sentiment

Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin

Eka Heights Kediaman Baru Yang Moden Dan Selesa

Refacing Vs Replacing Cabinets Cost Breakdown For Your Kitchen



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Pinup Casino Peru Casino En L Nea Pin U

Poster Hari Ibu 2024 Contoh Poster Dengan Background Menarik

Rizky Febian Feat Mahalini Bermuara Chord

Penjara Naqab Neraka Dunia Untuk Tawanan Palestin

Everyman Tracker Build Pt 7 Custom Pipes Panels And More

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air