Mahkamah Keluar Perintah Larangan Berhimpun Esok


AGENDA DAILY  Pemimpin pembangkang berhimpun di bangunan Parlimen.
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan perintah melarang mana-mana pihak mengadakan perhimpunan di tiga lokasi melibatkan Dataran Merdeka, Kompleks Sogo dan Masjid Jamek, mulai esok.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata perintah itu dikeluarkan semalam berikutan terdapat laporan mengatakan satu perhimpunan akan diadakan di ibu negara, menurut laporan Bernama.
Beliau berkata perintah itu berkuat kuasa selama seminggu dan polis tidak menerima sebarang notis permohonan bagi mengadakan perhimpunan itu daripada mana-mana pihak mahupun penganjur perhimpunan terbabit.
“Perhimpunan dilaporkan diadakan esok jelas melanggar undang-undang Peraturan 9 (Larangan Berarak) dan 10 (Kawalan Berhimpun) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.
Menurutnya sejumlah 1,010 anggota polis akan ditempatkan di sekitar ibu negara bagi menjalankan tindakan pematuhan prosedur operasi standard, selain mengawasi keadaan.
Noor Dellhan berkata sehubungan itu, enam jalan utama di sekitar Kuala Lumpur akan dilencongkan bermula 7 pagi esok.
“Antara jalan terbabit ialah Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Hang Tuah, Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail.
“Pihak pengoperasian stesen membabitkan Laluan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Monorel dan Keretapi Tanah Melayu Berhad turut akan melaksanakan penghentian sementara pengoperasian di beberapa stesen utama dalam kawasan pentadbiran IPD Dang Wangi.
Beliau berkata penghentian pengoperasian yang akan dilakukan bermula 7 pagi itu melibatkan Stesen Pudu, Stesen Hang Tuah, Stesen Masjid Jamek, Stesen Plaza Rakyat, Stesen Bandaraya dan Stesen Sultan Ismail, Stesen Kampung Baru dan Stesen Dang Wangi bagi perkhidmatan pengangkutan awam LRT.
“Bagi MRT ia melibatkan Stesen Bukit Bintang, Stesen Merdeka, dan Stesen Pasar Seni,” katanya.
Beliau berkata Stesen Medan Tuanku, Stesen Bukit Nanas, Stesen Raja Chulan, Stesen Bukit Bintang, Stesen Imbi, Stesen Hang Tuah, Stesen Maharajalela, Stesen Tun Sambanthan dan Stesen KL Sentral akan turut terlibat dalam penghentian itu bagi perkhidmatan Monorel.
“KTMB turut sama terlibat dengan penghentian pengoperasian diadakan di Stesen Kuala Lumpur, Stesen Bank Negara dan Stesen Putra,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata setakat kini seramai 16 individu termasuk lima ahli politik dipanggil bagi memberi keterangan berhubung penganjuran perhimpunan itu.
Sebelum ini media melaporkan bahawa satu perhimpunan akan diadakan oleh pihak tertentu bagi menggesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki meletakkan jawatan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/mahkamah-keluar-perintah-larangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jari Kanak Kanak Tersepit Eskalator Jkkp Keluar Notis Larangan Operasi

Jari Kanak Kanak Tersepit Eskalator Jkkp Keluar Notis Larangan Operasi

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 252 hits
Oleh Orang ramai turut membantu mengeluarkan jari kanak kanak perempuan yang tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli belah di Kota Bharu Jumaat lalu Gambar media sosial DUA hari lalu seorang kanak kanak perempuan berusia tiga tahun ter...
Mahkamah Tinggi Perintah Lokman Padam Hantaran Fitnah Ketua Hakim Syarie

Mahkamah Tinggi Perintah Lokman Padam Hantaran Fitnah Ketua Hakim Syarie

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 204 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari telah memerintahkan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam memadamkan kesemua hantaran media sosial yang dikaitkan dengan Ketua Hakim Syarie Datuk Dr Mohd Na im Mokhtar dalam tempoh...
Keluar Dari Kepompong Bangunan Masjid

Keluar Dari Kepompong Bangunan Masjid

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 292 hits
MENGIKUTI penuh minat khutbah Jumaat dilayangkan khatib kepada para jemaah seminggu dua ini kita boleh ucapkan syabas kepada jabatan agama Islam negeri berkenaan Di satu dua negeri masjid masjid di sana mengikuti perkembangan isu semasa Kal...
Kakak Gelar Mak Perempuan Sundal Lelaki Acu Jari Tengah Terhadap Kakak Yang Halau Dia Ibunya Keluar Dari Rumah

Kakak Gelar Mak Perempuan Sundal Lelaki Acu Jari Tengah Terhadap Kakak Yang Halau Dia Ibunya Keluar Dari Rumah

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 388 hits
Kakak gelar mak perempuan sundal Lelaki acu jari tengah terhadap kakak yang halau dia ibunya keluar dari rumahTular di media sosial baru baru ini video seorang pemuda menunjukkan isyarat jari tengah pada rumahnya yang dikatakan ditujukan ke...
Sekolah Dibuka 77 Pelajar Orang Asli Pos Tohoi Dibawa Keluar

Sekolah Dibuka 77 Pelajar Orang Asli Pos Tohoi Dibawa Keluar

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 226 hits
77 pelajar Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Tohoi Gua Musang Kelantan dibawa keluar menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi memulakan sesi persekolahan pada Ahad Usaha itu dilakukan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli bersama pemi...
Hiburan Tiada Perintah Kawalan Pergerakan Menyeluruh Akan Diadakan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Hiburan Tiada Perintah Kawalan Pergerakan Menyeluruh Akan Diadakan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 222 hits
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan secara menyeluruh pada masa hadapan lapor Meskipun begitu kerajaan tidak menolak kemungkin...
Pembunuh Pensyarah Palestin Ditangkap Di Gaza Sprm Keluar Memo Sokong A

Pembunuh Pensyarah Palestin Ditangkap Di Gaza Sprm Keluar Memo Sokong A

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 182 hits
Pembunuh Dr Fadi Ditahan Dipenjara Lima Bulan Sokong Azam Baki PBM Cadang Masuk BN Operasi Pembersihan Di Selangor Sesi Persekolahan Di Segamat Tukar Nama Akaun Ikuti berita berita Malaysia Gazette di MG Flash
Pkp Tidak Akan Dilaksanakan Tak Tolak Sekat Pergerakan Keluar

Pkp Tidak Akan Dilaksanakan Tak Tolak Sekat Pergerakan Keluar

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 194 hits
Oleh Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein GAMBAR Jabatan Penerangan KERAJAAN memberi jaminan Perintah Kawalan Pergerakan secara besar besaran seperti sebelum ini tidak akan dilaksanakan semula walaupun masih lagi ber...
Aesthetic Clinic Malaysia Top Treatments What To Expect In 2025

Buli Pelajar Perempuan Diikat Kaki Dan Tangan Ditutup Mulut Ditinggalkan Di Tandas

Upgrade Laptop Lama Anda Supaya Laju Macam Baru Kos Bawah Rm300

Made In Taiwan A Carefree Kymco Ktr 150 By 2loud Custom

Diamond Pendant Buying Guide How To Choose The Perfect Sparkle In 2025

Doa Minum Air Zam Zam

Kuasa Politik Di Negeri Pahang Perlu Dikembalikan Kepada Orang Melayu Islam Umno Tidak Perlu Gadai Prinsip

Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan Kibar Jalur Gemilang 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Understanding Baccarat Rtp How Bcrgame16 Gives You An Edge

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang

Kedah 12 Individu Terperangkap Akibat Arus Deras Sungai

Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Pelajar Universiti Makan Biskut Untuk Mengalas Perut

Avoid Turun Anwar Rally Civil Servants Told