Jari Kanak Kanak Tersepit Eskalator Jkkp Keluar Notis Larangan Operasi


Oleh UtusanTV Orang ramai turut membantu mengeluarkan jari kanak-kanak perempuan yang tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu, Jumaat lalu./ Gambar media sosial. DUA hari lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun tersepit jari kaki semasa sedang menaiki eskalator di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu.
Kanak-kanak itu kemudian dibantu pihak teknikal pusat beli-belah dan orang awam yang menghentikan eskalator tersebut sebelum dapat mengeluarkan kaki mangsa.
Mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menerima rawatan.
Susulan kejadian itu yang turut tular di media sosial, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan telah mengeluarkan notis larangan operasi eskalator kepada pengurusan pusat beli-belah tersebut.
Pengarah JKKP Kelantan, Abdul Aziz Salim berkata, notis yang berkuat kuasa hari ini tidak membenarkan eskalator tersebut untuk beroperasi dalam tempoh satu hingga dua minggu.
Katanya, ini sehinggalah pihak pengurusan melakukan kerja-kerja pembaikan dan dijamin selamat untuk digunakan.
“JKKP Kelantan juga telah memanggil pihak pengurusan premis, firma yang kompeten (FYK) dan Pesatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK Malaysia) untuk tindakan lanjut.
“Tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 atau Akta Kilang dan Jentera 1967,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Abdul Aziz seperti dilapor Bernama berkata, pihaknya memandang serius terhadap kemalangan itu dan menasihatkan pengguna terutama ibu bapa supaya sentiasa mengawasi anak-anak mereka semasa menggunakan eskalator.
“Sebelum ini sudah ada beberapa kes kesemuanya melibatkan kanak-kanak yang pada usia ini pergerakan mereka tidak terjangka dan perlu ada kawalan daripada penjaga.
“Penggunaan kasut seperti kasut getah, tali kasut terjuntai dan kanak-kanak memasukkan apa-apa peralatan boleh menyebabkan eskalator terhenti sekali gus membahayakan mereka,” katanya.
Beliau turut meminta pihak pengurusan pasar raya supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti meletakkan papan tanda peringatan dan mengadakan pengumuman kepada orang awam dari semasa ke semasa mengenai pematuhan langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan bagi penggunaan eskalator.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/jari-kanak-kanak-tersepit-eskalator.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terpaksa Tahan Sakit Jari Kaki Kanak Kanak 4 Tahun Tersepit Eskalator

Terpaksa Tahan Sakit Jari Kaki Kanak Kanak 4 Tahun Tersepit Eskalator

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 281 hits
Seorang kanak kanak berusia empat tahun mengalami kecederaan bahagian kakinya selepas tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli belah di Kota Bharu Kelantan Kejadian pada pukul 12 30 tengah hari itu menyebabkan dua jari kaki kiri mangsa ...
Kanak Kanak Cedera Kaki Tersepit Eskalator Pasar Raya

Kanak Kanak Cedera Kaki Tersepit Eskalator Pasar Raya

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 212 hits
Kanak kanak cedera kaki tersepit eskalator pasar raya KOTA BHARU Seorang kanak kanak perempuan cedera dua jari kaki kiri selepas tersepit eskalator di sebuah pasar raya di sini pada Jumaat Mangsa yang berusia empat tahun itu cedera pada jar...
Tangan Kanak Kanak Tersepit Pada Mesin Penguli Tepung

Tangan Kanak Kanak Tersepit Pada Mesin Penguli Tepung

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 189 hits
Oleh Kanak kanak menahan sakit selepas tangan kirinya tersepit pada mesin penguli tepung di Bukit Gantang Taiping pagi tadi Gambar ihsan bomba TAIPING Seorang kanak kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menahan sakit lebih 10 minit apabila...
Tular Kepala Lelaki Tersepit Ketika Naik Eskalator

Tular Kepala Lelaki Tersepit Ketika Naik Eskalator

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 238 hits
Beberapa orang individu terpaksa membantu seorang lelaki apabila kepalanya tersepit sewaktu menaiki eskalator TikTok JAKARTA Satu video yang menunjukkan kepala seorang lelaki tersepit pada eskalator menjadi tular di media sosia Indonesia ba...
Kakak Gelar Mak Perempuan Sundal Lelaki Acu Jari Tengah Terhadap Kakak Yang Halau Dia Ibunya Keluar Dari Rumah

Kakak Gelar Mak Perempuan Sundal Lelaki Acu Jari Tengah Terhadap Kakak Yang Halau Dia Ibunya Keluar Dari Rumah

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 357 hits
Kakak gelar mak perempuan sundal Lelaki acu jari tengah terhadap kakak yang halau dia ibunya keluar dari rumahTular di media sosial baru baru ini video seorang pemuda menunjukkan isyarat jari tengah pada rumahnya yang dikatakan ditujukan ke...
Paras Sungai Tembeling Naik Pelancong Taman Negara Diminta Keluar

Paras Sungai Tembeling Naik Pelancong Taman Negara Diminta Keluar

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 199 hits
Ketua Polis Daerah Jerantut Mazlan Hassan berkata 45 pelancong tempatan yang berada di beberapa penginapan di kawasan itu telah mula keluar secara berperingkat sejak pagi tadi PETALING JAYA Polis meminta semua pelancong yang berada di beber...
Dugaan Mencari Rezeki Pengawal Keselamatan Disambar Petir Hingga Badan Keluar Percikan Api

Dugaan Mencari Rezeki Pengawal Keselamatan Disambar Petir Hingga Badan Keluar Percikan Api

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 281 hits
Seorang pengawal keselamatan dipercayai di Jakarta Timur disambar petir sebelum jatuh dan tidak sedarkan diri lapor Kompas Menurut portal tersebut rakaman detik kejadian yang menimpa mangsa berusia 35 tahun pada Jumaat lalu itu telah tular ...
Metmalaysia Keluar Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Pantai Timur Sehingga Esok

Metmalaysia Keluar Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Pantai Timur Sehingga Esok

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 191 hits
SHAH ALAM Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya melibatkan Kelantan Terengganu dan Pahang sehingga Jumaat MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook rasminya pada Khamis memaklumkan status bagi amaran h...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Understand Your Target Audience

Sinopsis Filem Mantera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal