Keluar Dari Kepompong Bangunan Masjid


MENGIKUTI penuh minat khutbah Jumaat dilayangkan khatib kepada para jemaah seminggu dua ini, kita boleh ucapkan syabas kepada jabatan agama Islam negeri berkenaan.
Di satu dua negeri, masjid-masjid di sana mengikuti perkembangan isu semasa. Kalau banjir, banjirlah isunya. Jika rasuah, rasuah jugalah diperingatkan khatib kepada jemaah Jumaatnya

Jumaat 7 Januari, Jabatan Agama Islam Perak membawakan tajuk khutbah Azam melaksanakan tadbir urus yang beramanah

Di Selangor pula, unit khutbah jabatan agama Islamnya membangkitkan tajuk Rasuah. Tahniah kerana tidak gusar peringatkan penguasa dan orang besar terpalit rasuah

Pentadbir masjid mesti keluar dari kepompong ‘bangunan’ masjid. Apa lagi dalam waktu-waktu bencana begini. Sekejap pandemik Covid-19, disusuli banjir serta dibelenggu pula malapetaka rasuah yang tidak pernah padam sumbunya – sentiasa bernyala

Sempat saya bertanyakan Cikgu Azmi dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berapa jumlah masjid yang ada di Malaysia masa ini? Katanya, 65,000

Wah! kalau begitu kenapa masjid-masjid kita tidak digerakkan secara agresif semasa bencana? Pasti institusi-institusi ini mempunyai rekod para kariah masing-masing. Kenapa nak letakkan semua tanggungjawab pada kementerian kesihatan atau kementerian pendidikan memantau setiap kawasan yang terbelenggu isu bencana

Masjid cukup relevan dalam masyarakat. Perkara babitkan keperluan bantuan, keluarga susah, anak-anak keciciran sekolah, tiada buku teks atau ibu tunggal harapkan bantuan, pihak masjid boleh bekalkan maklumatnya

Bukannya fungsi masjid semata-mata perkatakan penjarakan saf semasa solat. Sekejap jarak satu meter, sekejap rapat atau hari ini dihadkan 50 jemaah, esok lusa WhatsApp pada kariah sebelum jam 10 pagi siapa mahu solat Maghrib atau Isyak

Sebahagian masjid kita kena berubah ikut arus dan isu semasa. Jangan asyik berebut kariah dan jawatan, kebolehan tiada – sehingga politik dan agama jadi komersial

Kalau kerenah birokrasi jabatan kerajaan jadi halangan, pihak masjid harus tampil bantu. Berapa ramai anak-anak ambil SPM dalam kariah, himpunkan mereka beramai-ramai baca yasin. Gunakan duit masjid, berikan mereka sedikit buat belanja kerana ambil peperiksaan. Kalau ada 20 orang ambil SPM, bagi setiap seorang RM100

Ada kalanya duit masjid tidak terusik walaupun ada RM400,000 dalam akaun masjid. Kadang-kadang nak lepaskan sedikit duit itu pun jenuhlah sampai dua, tiga kali mesyuarat

Kata Cikgu Azmi juga, di Asia Tenggara ada 900,000 masjid, dengan di Indonesia sahaja 850,000 buah. Kalau begitu, masjid-masjid aturkanlah jemputan ustaz-ustaz tersohor bertauliah dari Indonesia, Patani atau India. Masjid mesti ada biro antarabangsa walaupun masjid di kampung pun. Ini supaya umat Islam kita peka, sensitif dengan isu-isu melanda orang Islam. Nasib orang Islam di India bagaimana? Di Kashmir, Filipina. Patani dan Xinjiang

Jumaat 7 Januari sudah berlalu, sekejap sahaja menyusul Jumaat 14 Januari. Se-Jumaat seperti sehari. Masa pantas berlalu antaranya kerana ‘kurangnya keberkatan terhadap masa’

Pihak masjid manfaatkan lah masa cukup berharga pada musim bencana kini dan mendatang untuk manfaat ummah dan negara.

Oleh: Zulkifli Jalil

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/01/keluar-dari-kepompong-bangunan-masjid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Israel Perintahkan Pembongkaran Bangunan Dan Masjid Palestina Di Tepi Barat

Israel Perintahkan Pembongkaran Bangunan Dan Masjid Palestina Di Tepi Barat

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 134 hits
Wali kota desa Nahalin di Bethlehem barat Salah Fanoun mengatakan terkait perintah itu otoritas Israel merujuk pada kurangnya izin bangunan di Area C
Orang Kampung Dedah Remaja Cuba Curi Duit Tabung Masjid Sebenarnya Banyak Kes Jenayah

Orang Kampung Dedah Remaja Cuba Curi Duit Tabung Masjid Sebenarnya Banyak Kes Jenayah

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 277 hits
Sebelum ini laporan berita menyatakan bahawa alasan Daniel mencuri adalah kerana mahu membeli ubat buat atuknya Namun dakwaan itu disangkal oleh pihak polis dan menyatakan Daniel sebenarnya mencuri untuk membeli dadah Menerusi laporan Sinar...
Polis Sahkan Remaja Cuba Curi Tabung Masjid Positif Dadah Jenis Syabu

Polis Sahkan Remaja Cuba Curi Tabung Masjid Positif Dadah Jenis Syabu

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 299 hits
Tindakan seorang remaja berusia 19 tahun yang cuba mencuri wang dari tabung masjid bukanlah untuk membeli ubat datuknya Sebaliknya ia adalah bagi kegunaan membeli dadah kata Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa aton Abu Bakar...
Dah Comfirm Remaja Yang Curi Tabung Masjid Ada Kes Dadah Jadi Adakah Boleh Kita Belasah Dan Aibkan Dia

Dah Comfirm Remaja Yang Curi Tabung Masjid Ada Kes Dadah Jadi Adakah Boleh Kita Belasah Dan Aibkan Dia

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 288 hits
January 15 2022Petang tadi ramai sahabat kalangan bani PAS komen seakan merayakan penemuan yang curi Tabung Masjid tu ada kes dadah Pada depa padanlah dia boleh diaib dan dimalukan atau diperlakukan Aku pun antara yang membenci kaki dadah y...
Imam Mandikan Remaja Curi Tabung Masjid Dah Letak Jawatan Kata Exco Selangor

Imam Mandikan Remaja Curi Tabung Masjid Dah Letak Jawatan Kata Exco Selangor

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 335 hits
January 14 2022 Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor Zawawi Ahmad Mughni berkata peletakan jawatan iman itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Mohd Shahzihan Ahmad PETALING JAYA Imam terbabit dalam kontroversi memandikan remaj...
Curi Tabung Masjid Untuk Beli Bekalan Dadah Bukan Ubat Untuk Datuk Polis

Curi Tabung Masjid Untuk Beli Bekalan Dadah Bukan Ubat Untuk Datuk Polis

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 243 hits
Sebelum ini peguam kepada remaja yang didakwa cuba mencuri tabung masjid mengeluarkan kenyataan yang anak guamnya itu berbuat demikian kerana mahu mendapatkan duit bagi membeli ubat datuknya yang menghidap penyakit kencing manis Bagaimanapu...
Masha Allah Siapa Sangka 1700 Meter Di Dalam Perut Bumi Juga Terdapat Masjid

Masha Allah Siapa Sangka 1700 Meter Di Dalam Perut Bumi Juga Terdapat Masjid

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 286 hits
SubhaanAllah Suatu perkara yang tidak pernah didengar namun ianya berlaku Sebuah masjid yang terletak 1 700 meter dari permukaan bumi mungkin yang terdalam di dunia Masjid adalah tanda syiar Islam di mana ada masjid maka itu tanda di situ a...
Cubaan Curi Tabung Masjid Kisah Khalifa Umar Dan Pencuri Unta

Cubaan Curi Tabung Masjid Kisah Khalifa Umar Dan Pencuri Unta

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 248 hits
IPOHMALISehari dua ini beredar video tok imam mendera seorang pencuri tabung masjid Tak apa lah tangkap dia sebab mencuri Nak hukum sikit sikit ok lah sebagai pengajaran Lebih teruk mana prinsip penegakan hukum Islam Sebelum ditegakkan huku...
Daniel Remaja Bermasalah Saya Yang Suruh Buat Laporan Polis Datuk Remaja Curi Tabung Masjid

Daniel Remaja Bermasalah Saya Yang Suruh Buat Laporan Polis Datuk Remaja Curi Tabung Masjid

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 288 hits
Rosli Sidek the grandfather to the Danial Iskandar the teenager who stole money from a mosque PIX MOHD ADZLAN MalaysiaGazette 14 JANUARY 2022 Datuk kepada Danial Iskandar Rosli Sidek ketika ditemui di Kuang Selangor Foto MOHD ADZLAN KUANG D...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco