Mahkamah Ahmad Zahid Lepas Bebas 40 Pertuduhan Rasuah Sistem Visa Luar Negara


SHAH ALAM – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).
Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua pertuduhan di akhir kes pendakwaan.
Sebelum ini, pasukan pendakwaan dan pembelaan selesai berhujah selama empat hari bermula 1 hingga 7 September lalu.
Untuk rekod, perbicaraan kes ini memakan masa selama 29 hari bermula 24 Mei 2021 hingga 11 Ogos lalu.
Dalam kes itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Abdul Malik Ayob, Zander Lim Wai Keong dan B Thavani.
Ahmad Zahid pula diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd. Noh.
Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan menutup kesnya dengan memanggil seramai 18 saksi antaranya bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Alwi Ibrahim serta tiga bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB), Harry Lee Vui Khiun, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani dan David Tan Siong Sun.
Mengikut pertuduhan utama, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SGD$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri.
Suapan itu bagi menyambung kontrak syarikat tersebut sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan VLN serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak bagi membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, sebagai Menteri Dalam Negeri menerima suapan berjumlah SGD$13.56 juta berhubung sistem VLN pada 2014 hingga 2017.
Presiden UMNO itu turut mengaku tidak bersalah atas tujuh lagi pertuduhan memperoleh untuk dirinya SGD$1,150,000, RM3.125 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya dan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights, Kajang pada Oktober 2014 dan Mac 2018.
Selain kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Ahmad Zahid sedang menjalani perbicaraan bela diri atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi di mahkamah di Kuala Lumpur. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/09/mahkamah-ahmad-zahid-lepas-bebas-40.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Zahid Tiba Di Mahkamah Dengar Keputusan 40 Pertuduhan Rasuah Vln

Ahmad Zahid Tiba Di Mahkamah Dengar Keputusan 40 Pertuduhan Rasuah Vln

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 257 hits
SHAH ALAM 23 Sept Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendengar keputusan sama ada beliau perlu membela diri atau dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Vis...
Mahkamah Bebaskan Zahid Dari 40 Pertuduhan Rasuah

Mahkamah Bebaskan Zahid Dari 40 Pertuduhan Rasuah

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 266 hits
malaysiakini comPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Mohd Yazid Mustafa berkata pihak pendakwaan gagal mewujudkan prima facie k...
Rasuah Vln Ahmad Zahid Dibebas Dan Dilepaskan Dari 40 Pertuduhan Rasuah

Rasuah Vln Ahmad Zahid Dibebas Dan Dilepaskan Dari 40 Pertuduhan Rasuah

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 316 hits
SHAH ALAM 23 Sept Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membua...
Hari Ini Penentu Zahid Bebas Atau Bela Diri Kes Rasuah Visa

Hari Ini Penentu Zahid Bebas Atau Bela Diri Kes Rasuah Visa

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 282 hits
TUMPUAN akan terarah kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Yazid Mustafa pagi ini untuk keputusannya sama ada Ahmad Zahid Hamidi membela diri atau dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara Hakim Mohd Yazid dijan...
Zahid Lepas Bebas Tuduhan Rasuah Kita Gembira Untuk Beliau Tajuddin

Zahid Lepas Bebas Tuduhan Rasuah Kita Gembira Untuk Beliau Tajuddin

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 307 hits
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menzahirkan kesyukuran berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebas dan melepaskan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah pada Jumaat Gambar fail BERNAMAIPOH...
Nasib Zahid Ditentukan Hari Ini Sama Ada Perlu Bela Diri Atau Dibebaskan Dari 40 Pertuduhan Rasuah

Nasib Zahid Ditentukan Hari Ini Sama Ada Perlu Bela Diri Atau Dibebaskan Dari 40 Pertuduhan Rasuah

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 212 hits
Nasib Zahid ditentukan hari ini sama ada perlu bela diri atau dibebaskan dari 40 pertuduhan rasuahTumpuan pagi ini terarah kepada hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Mohd Yazid Mustafa untuk keputusannya sama ada Ahmad Zahid Hamidi perlu membel...
Siri 101 Kupasan Kes Zahid Hamidi Bebas Azeez Rahim Lepas Bung Mokhtar Ditangguh

Siri 101 Kupasan Kes Zahid Hamidi Bebas Azeez Rahim Lepas Bung Mokhtar Ditangguh

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 316 hits
SUDUT PERUNDANGAN BERSAMA TUAN HANIFF KHATRI TAJUK KUPASAN KES ZAHID HAMIDI BEBAS AZEEZ RAHIM LEPAS BUNG MOKHTAR DITANGGUH TARIKH 27 SEPTEMBER 2022 MASA 9 00 MLM MODERATOR ZAWAZI YUSOF KEPADA SESIAPA INDI
40 Tuduhan Rasuah Adakah Zahid Akan Bebas Esok

40 Tuduhan Rasuah Adakah Zahid Akan Bebas Esok

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi Shah Alam esok akan menentukan sama ada pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap 40 tuduhan rasuah yang dihadapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa menerima su...
Video Zahid Bebas Kes Rasuah Vln Kes Yayasan Akalbudi Menanti

Video Zahid Bebas Kes Rasuah Vln Kes Yayasan Akalbudi Menanti

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 336 hits
Ahmad Zahid Hamidi semalam dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara Namun Zahid akan berdepan satu lagi kes iaitu 47 pertuduhan membabitkan berpuluh puluh juta ringgit milik Yayasan Akalbud...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalau Boleh Buat Hati Tersinggung Lebih Baik Diam

Senarai Agensi Utc Pasir Gudang Waktu Operasi Nombor Telefon

Sarapan Pagi Sabtu Bersama Anak Anak

Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Lunch Di Ary Nasi Buluh Melaka