40 Tuduhan Rasuah Adakah Zahid Akan Bebas Esok



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam esok akan menentukan sama ada pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap 40 tuduhan rasuah yang dihadapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa menerima suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu, berkaitan kontrak syarikat terbabit sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan Visa Luar Negara (VLN).
Jika mahkamah memutuskan bahawa kes prima facie berjaya diwujudkan oleh pendakwaan, mahkamah akan mengarahkan Presiden UMNO itu membela diri terhadap tuduhan berkenaan dan jika sebaliknya, Ahmad Zahid akan dilepas dan dibebaskan.
Keputusan di akhir kes pemdakwaan itu akan dibuat oleh Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa selepas mahkamah selesai mendengar keterangan 18 saksi di mana pendakwaan menutup kesnya pada 11 Ogos lalu, dalam prosiding perbicaraan yang berlangsung selama 33 hari bermula pada 24 Mei tahun lalu.
Antara saksi penting yang dipanggil memberikan keterangan adalah dua bekas Pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khiun dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani; bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun dan Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, V Mahendran.
Sementara itu, mahkamah selesai mendengar hujahan pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran dan hujahan peguam bela Datuk Hisyam Teh Poh Teik awal bulan ini.
Dalam hujahan yang dikemukakan pembelaan, Hisyam bersandarkan kepada pertuduhan yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu adalah bersifat pendakwaan terpilih kerana ia hanya membabitkan sumbangan politik
Ini kerana menurut Hisyam , jika sumbangan politik menjadi asas dalam pertuduhan yang dikemukakan pendakwaan, nama beberapa ahli politik yang disebutkan menerima sumbangan daripada UKSB juga perlu disiasat.
Peguam itu mempersoalkan mengapa kesemua ahli politik terbabit tidak dihadapkan ke muka pengadilan dan anak guamnya sahaja didakwa sedangkan beliau (Ahmad Zahid) berada dalam situasi sama iaitu menerima dana politik.
Seorang lagi peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal pula bersandarkan kepada hujahan bahawa tidak ada perkara luar biasa dalam permohonan perlanjutan kontrak UKSB dengan KDN yang dibuat lebih awal berbanding tempoh (tidak kurang) enam bulan sebelum tamat.
Menurut Ahmad Zaidi, Ini adalah kerana, Setiausaha Bahagian (SUB) Parol di KDN, Siti Jalilah Abd Manap ketika disoal balas peguam bela, bersetuju bahawa permohonan perlanjutan itu boleh dibuat tiga tahun lebih awal.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 tuduhan menerima suapan SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu, bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan Visa Luar Negara (VLN) mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) akta sama.
Jika didapati bersalah, beliau boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Suapan yang diterima itu juga bagi mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama, oleh KDN.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1.15 juta, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau ketika itu.
Raja Rozela pula yang mengemukakan hujahan bagi pendakwaan, menegaskan bahawa Ahmad Zahid Hamidi selaku penjawat awam iaitu Menteri Dalam Negeri, tidak boleh menerima sumbangan wang atau barangan berharga mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Jelas Rozela, tindakan Ahmad Zahid menerima sumbangan seperti mempermainkan undang-undang sedia ada dan meminta mahkamah melihat tertuduh sebagai seorang penjawat awam dan sebagai pegawai badan awam serta bukannya sebagai seorang ahli politik.
Menurutnya, undang-undang sedia ada seperti Seksyen 165 Kanun Keseksaan, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akta Cukai tidak mengiktiraf sumbangan politik kepada individu atas kapasitinya sebagai penjawat awam.
Beliau mempersoalkan logik bagi UKSB membuat bayaran bulanan kepada Ahmad Zahid dalam tempoh empat tahun ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri, kerana menurutnya sumbangan politik tidak sepatutnya dibuat sebegitu.
Katanya, sepatutnya bayaran dibuat sekali sahaja, tetapi sebaliknya dibuat setiap bulan selama empat tahun yang dibayar kepada Ahmad Zahid, bukannya kepada UMNO ~ Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/09/40-tuduhan-rasuah-adakah-zahid-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Lepas Bebas Tuduhan Rasuah Kita Gembira Untuk Beliau Tajuddin

Zahid Lepas Bebas Tuduhan Rasuah Kita Gembira Untuk Beliau Tajuddin

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 264 hits
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menzahirkan kesyukuran berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebas dan melepaskan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah pada Jumaat Gambar fail BERNAMAIPOH...
Hari Ini Penentu Zahid Bebas Atau Bela Diri Kes Rasuah Visa

Hari Ini Penentu Zahid Bebas Atau Bela Diri Kes Rasuah Visa

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 232 hits
TUMPUAN akan terarah kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Yazid Mustafa pagi ini untuk keputusannya sama ada Ahmad Zahid Hamidi membela diri atau dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara Hakim Mohd Yazid dijan...
Video Zahid Bebas Kes Rasuah Vln Kes Yayasan Akalbudi Menanti

Video Zahid Bebas Kes Rasuah Vln Kes Yayasan Akalbudi Menanti

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 304 hits
Ahmad Zahid Hamidi semalam dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara Namun Zahid akan berdepan satu lagi kes iaitu 47 pertuduhan membabitkan berpuluh puluh juta ringgit milik Yayasan Akalbud...
Mahkamah Ahmad Zahid Lepas Bebas 40 Pertuduhan Rasuah Sistem Visa Luar Negara

Mahkamah Ahmad Zahid Lepas Bebas 40 Pertuduhan Rasuah Sistem Visa Luar Negara

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 278 hits
SHAH ALAM Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan...
Siapa Kena Kencing Seakan Akan Kita Telah Nampak Jika Ditakdirkan Zahid Hamidi Tak Bebas Dia Akan Kona Semula

Siapa Kena Kencing Seakan Akan Kita Telah Nampak Jika Ditakdirkan Zahid Hamidi Tak Bebas Dia Akan Kona Semula

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 198 hits
Tapi sayang Kehadiran kekasih lama mu Datang kembali Mengenang cinta dahulu Itu lagi Cinta Tiga Segi Tiada kena mengena tetapi agak sesuai dengan tajuk berita ini Kisah hubungan PAS dan PPBM ni kalau manusia boleh dilabelkan it s complicate...
Rasuah Vln Ahmad Zahid Dibebas Dan Dilepaskan Dari 40 Pertuduhan Rasuah

Rasuah Vln Ahmad Zahid Dibebas Dan Dilepaskan Dari 40 Pertuduhan Rasuah

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 245 hits
SHAH ALAM 23 Sept Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membua...
Ahmad Zahid Tiba Di Mahkamah Dengar Keputusan 40 Pertuduhan Rasuah Vln

Ahmad Zahid Tiba Di Mahkamah Dengar Keputusan 40 Pertuduhan Rasuah Vln

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 227 hits
SHAH ALAM 23 Sept Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendengar keputusan sama ada beliau perlu membela diri atau dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Vis...
Siasat Terus Penerima Dana Uksb Meski Zahid Bebas

Siasat Terus Penerima Dana Uksb Meski Zahid Bebas

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 174 hits
Siasat terus penerima dana UKSB meski Zahid bebasPosted By on September 26 2022Siasatan terhadap sekumpulan ahli politik pemerintah yang didedahkan dalam perbicaraan kes korupsi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi perlu diteruskan meskipun bel...
Syok Juga Tanam Nenas Belakang Rumah

Samsung Galaxy Tab S9 Fe Menjadi Pilihan

Singapore S Operation Lalang Against The Catholic Church 1987 Majulah Singapura

How Regular Hvac Maintenance Can Improve Indoor Air Quality Across Kansas Communities

Pas Pun Teringin Nak Kerjasama Dengan Umno Kata Ketua Pemuda Pas

Floods Number Of Evacuees In Sabah S Sook Rises To 392

Rafeah Buang 12 Lagu Paling Popular Sepanjang Zaman

Undi Popular Phbn Menurun Pn Meningkat Analisa Prk Ayer Kuning


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Eyqa Saiful Dorentia Dora Dessy Dian Hani J Syasya Tiffany Angel Enggai Alah Chord

10 Tempat Makan Popular Di Perlis Lunch Sarapan Pagi

Road Tested Purpose Built Moto S Scrambler Bar End Mirrors

5 Alasan Kenapa Agz Bikin Pencinta Drakor Akhirnya Melirik Sinetron Indonesia

Makan Kenduri Kesyukuran Aqiqah Pontian

Pagi Ahad Sarapan Pagi Kenangan