Mahiaddin Derhaka Lagi


 
Sebagai jalan tengah untuk menyelesaikan kemelut Parlimen tergantung, Yang Dipertuan Agong telah mencadangkan agar ditubuhkan sebuah kerajaan perpaduan.
Titah penubuhan kerajaan perpaduan itu dititahkan baginda kepada Anwar Ibrahim dan Mahiaddin Md Yasin ketika kedua-duanya dititahkan mengadap baginda di Istana Negara, petang semalam.
Bagaimanapun, Mahiaddin dengan tegas telah menolak titah cadangan Agong itu.
“Kami telah bincang sejak awal. Tak akan kerjasama dengan PH. Apa tujuan sekali pun, tak setuju.
“Jadi saya diminta tandatangani surat – saya tanda ‘tak setuju’ untuk kerajaan perpaduan,” katanya pada sidang media di kediamannya.
Wahhh…sombong dan berlagaknya Mahiaddin?
Bagaimana beliau boleh begitu sombong menolak titah cadangan baik daripada Agong itu yang sebenarnya adalah untuk kebaikan negara dan kerajaan baharu dapat dibentuk dengan segera?
Tidakkah tindakan beliau itu sebenarnya suatu sikap derhaka kepada Agong?
Mahiaddin memberi alasan penolakannya itu kerana berasakan beliau lebih layak diangkat sebagai Perdana Menteri berikutan mendakwa sudah memiliki akuan bersumpah 115 Ahli Parlimen yang menyokongnya.
Sambil menunjukkan surat yang membuktikan perkara itu, namun katanya, beliau diberitahu oleh Istana Negara sokongan yang dimilikinya masih tidak mencukupi.
Dalam hal ini, Mahiaddin nampaknya tidak cukup peka, bermaklumat serta mengikuti perkembangan semasa kerana Dewan Tertinggi BN sudah pun membuat ketetapan pagi semalam bahawa tiada Ahli Parlimen mereka memberi sokongan kepadanya sebagai Perdana Menteri.
Ini bermakna, jika ada Ahli Parlimen BN telah menandatangani akuan bersumpah menyokongnya, ia sudah tidak terpakai lagi.
Selain itu, GPS turut berubah kepada berkecuali dengan menyerahkan soal perlantikan Perdana Menteri kepada Agong untuk menentukannya.
Pejabat Premier Sarawak dalam kenyataannya berkata, ia susulan kemelut politik yang berlaku di Semenanjung Malaysia ketika ini.
“Memandangkan kepada kemelut politik di Semenanjung Malaysia, GPS berpendirian bahawa mandat rakyat hendakhlah dihormati
“Oleh itu, GPS menyerahkan kepada kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong mengikut kuasa yang diperuntukan kepada Baginda dalam Perlembagaan Malaysia untuk melantik Perdana Menteri yang akan mengetuai kerajaan yang kukuh untuk mentadbir negara,” kata kenyataan itu.
Jadi, kedudukan beliau yang masih tidak cukup majoriti sebagaimana dimaklumkan Agong itu adalah betul serta benar kerana sokongan sebilangan Ahli Parlimen BN dan GPS sudah tidak terpakai dan sebab itulah, sebagai jalan tengah, baginda mencadangkan penubuhan sebuah kerajaan perpaduan.
Dengan menolak titah Agong itu, ia bukan saja menunjukkan penderhakaan beliau kepada titah Agong untuk kepentingan negara, malah sikap derhaka ini bukan pertama kali dilakukan oleh Mahiaddin.
Ketika memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini, berikutan banyak isu berbangkit dalam negara tidak terurus dan tidak telus susulan pandemik Covid19, Agong telah menitahkan agar Parlimen dibenarkan bersidang dengan secepat mungkin.
Malangnya, Mahiaddin tidak mematuhi titah baginda itu dan terus melengah-lengahkan pembukaan Parlimen.
Kini, sekali lagi beliau menunjukkan sikap sombong dan penderhakaan kepada Agong.
Hampir tidak pernah ada mana-mana rakyat biasa pernah derhaka sampai dua kali kepada Raja, tetapi Mahiaddin nampaknya mencatat rekod cemerlang dalam hal ini.
Bersama pelbagai deretan kegagalan sebelum ini yang tidak perlu dihuraikan lagi sehingga dijatuhkan sebagai Perdana Menteri, sikap sombong dan derhaka yang bukan sekali dilakukannya itu, dengan sendirinya menunjukkan beliau tidak layak sama sekali untuk kembali sebagai Perdana Menteri.
Perlakuan yang ditunjukkannya, selain memalukan rakyat dan negara, malah dengan sendirinya turut memberi malu kepada PN juga jika terus mahu mengekalkannya sebagai calon Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 23/11/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/mahiaddin-derhaka-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Ismail Mahiaddin Nak Isytihar Harta Kata Anwar Di Depan Ribuan Manusia Di Pengkalan Chepa

Bila Ismail Mahiaddin Nak Isytihar Harta Kata Anwar Di Depan Ribuan Manusia Di Pengkalan Chepa

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 133 hits
BORHAN AHMADCalon Perdana Menteri dari Barisan Nasional dan Perikatan Nasional diajak untuk sama sama membuat pengisytiharan harta masing masing menjelang hari mengundi pilihan raya ke 15 ini Datuk Seri Anwar Ibrahim calon PM dari Pakatan H...
Hadi Accused Of Derhaka Harapan Leader Wants Sedition Probe

Hadi Accused Of Derhaka Harapan Leader Wants Sedition Probe

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 89 hits
Terengganu Pakatan Harapan chairperson Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad has alleged that PAS president Abdul Hadi Awang has committed treason by insulting the institution of Malay rulers He called on the authorities to investigate Hadi s...
Tak Berani Ka Apa Mahiaddin Takut Nak Istihar Harta Kemudian Khianat Semasa Zaman Ph

Tak Berani Ka Apa Mahiaddin Takut Nak Istihar Harta Kemudian Khianat Semasa Zaman Ph

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 97 hits
Isytihar harta hanya gimik politik kata MuhyiddinPengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap perisytiharan harta oleh calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke 15 sebagai gimik politik Katanya ada cara yang betul ...
Kita Ada 2 Pm Gagal Satu Undi Untuk Mahiaddin Sama Undi Untuk Zahid Hanya Anwar Belum Dicuba

Kita Ada 2 Pm Gagal Satu Undi Untuk Mahiaddin Sama Undi Untuk Zahid Hanya Anwar Belum Dicuba

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 123 hits
Kita ada 2 PM gagal satu undi untuk Mahiaddin sama undi untuk Zahid Hanya Anwar belum dicubaPosted By on November 15 2022Pemahaman rakyat ke atas Pilihan Raya Umum ke 15 perlu diubah kepada pilihan raya melantik Perdana Menteri kerana hanya...
Hadi Derhaka Hina Raja Raja Melayu Raja Kamarul Bahrin

Hadi Derhaka Hina Raja Raja Melayu Raja Kamarul Bahrin

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 107 hits
MalaysiakiniPengerusi Pakatan Harapan Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menggesa pihak berkuasa supaya segera menyiasat kenyataan Presiden PAS Hadi Awang yang didakwa berbaur hasutan dan menghina institiusi Raja Raja Melayu Kat...
Ingat Lagi Watak Derhaka Kepada Agong Dia Nilah Puncanya Apa Yang Dianggap Derhaka

Ingat Lagi Watak Derhaka Kepada Agong Dia Nilah Puncanya Apa Yang Dianggap Derhaka

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 73 hits
KATAK Dalam ramai2 Menteri PAS Menteri yang ni saya paling kureng sekali Teringat dia terlepas cakap tamatkan darurat tanpa perkenan Agong Sampai buatkan Kerajaan TS Muhy ada open war dengan Istana Dialah puncanya Sekarang dia cakap lepas P...
Contoh Anak Derhaka

Contoh Anak Derhaka

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 171 hits
KESEDIHAN TUAN SABARIAHIBUNYA TIDAK RESTUI ANAKNYA BERTANGDINGSELAIN DIBAWAH TIKET PASHANCURNYA HATI SEORANG IBUPERUT YANG MENGANDUNG ANAK YANG DERHAKA MENJADI PANASMALAH BAPANYA SENDIRI MELARANG SUPAYA TIDAK BERTANDING SELAIN TIKET PASAPAK...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik

Pertiwi Trending Boikot Bangkit Usahawan Bumiputera Tv Pertiwi 23 04 2024

Piala Presiden 2024 Senarai Pasukan Format

Saff One Zaidie Shidee Izmir Zoul Dzikri Sor Maaf Raya Kosong Kosong Chord

Kebenaran Lain Di Luar Pengadilan By Dr Rakib Dosen Akademi Dakwah