Kita Ada 2 Pm Gagal Satu Undi Untuk Mahiaddin Sama Undi Untuk Zahid Hanya Anwar Belum Dicuba




Kita ada 2 PM gagal,satu undi untuk Mahiaddin sama  undi untuk Zahid.  Hanya Anwar belum dicubaPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: November 15, 2022 SharePemahaman rakyat ke atas Pilihan Raya Umum ke 15 perlu diubah kepada pilihan raya melantik Perdana Menteri (PM) kerana hanya 3 Dewan Undangan Negeri yang dibubarkan.
Rakyat seharusnya memfokuskan pilihan mereka kepada 3 calon PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN) dan Tan Sri Mahiaddin Yassin (PN).
Hal itu diungkapkan oleh calon Ahli Parlimen PH Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari dalam ceramah di Court Keranjang Jalan 19, Selayang Baru malam tadi.
“PH kita cadang Datuk Seri Anwar, BN cadang Ismail Sabri dan PN Mahiaddin Yassin. Ismail dan Mahiaddin dua dua PM gagal. Mahiaddin dibuat (dijatuhkan) oleh kawannya Umno. Naik Ismail Sabri, Presiden Umno Zahid push buat pilihan raya.
“Ismail waktu jumpa saya dia kata kita buat tahun depan, saya kata ok semua Kerajaan Negeri buat sekali.
“Tiba tiba dia bubar parlimen sebab dia kena kawal oleh Zahid yang ada lebih 40 kes penyelewengan.
“Orang ini buat pilihan raya kerana takut kena dakwa. Kita tidak boleh pilih mereka sebagai pemimpin,” katanya.
Selain itu, Naib Presiden KEADILAN itu juga kesal terhadap kerajaan BN yang tidak mengindahkan desakan rakyat agar tidak membubarkan parlimen pada musim tengkujuh kerana rakyat terpaksa mengharung banjir untuk mengundi.
“Mereka buat pilihan raya ini tergesa gesa. Kita kata jangan buat nanti banjir, susah. Mereka ingat kalau banjir rakyat akan susah turun mengundi.
“Orang ini masa nak minta undi pun dia buat rakyat susah. Kita kena hukum mereka dengan beri mereka undi paling sedikit
“Kemudian mereka kata Selangor sahaja banjir. Hari ini Pulau Pinang, Johor sudah banjir.
“Rakyat kena tunjuk kuasa kita pada 19 November. Hanya perlu pangkah PH tanda kita tolak BN – PN,” katanya.
Bagi PH misi utama kali ini adalah menolak 2P dan Amirudin mahu pengundi membantu calon calon PH untuk meanng.
“Misi kita mahu hapuskan 2P. Apa itu P? Satu pengkhianat dan kedua adalah perompak kleptokrat,” katanya.
Beliau turut membangkitkan keupayaan Selangor menyediakan skim insurans percuma buat rakyat negeri itu dan skim yang sama tidak mustahil boleh dilakukan di peringkat Persekutuan.
“Baru bari ini kita buat program Insan, insurans untuk rakyat Selangor umur sebulan sampai umur 80 tahun ada perlindungan insurans kalau meninggal akibat kemalangan dapat RM10,000 pampasan bagi keluarga untuk 6 juta rakyat Selangor. Belum ada negeri BN atau PN yang boleh buat seperti ini.
“Kita ambil 14 tahun baru boleh buat sebab bajet negeri RM2 bilion sahaja. Bajet Persekutuan lebih besar dan kita boleh usahakan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/kita-ada-2-pm-gagal-satu-undi-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cadangan Benarkan Pengeluaran Kwsp Kali Ketiga Hanya Untuk Tarik Undi Zahid Hamidi

Cadangan Benarkan Pengeluaran Kwsp Kali Ketiga Hanya Untuk Tarik Undi Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 389 hits
The ReporterPengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pihaknya tidak akan menawarkan satu lagi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kerana enggan menggunakan taktik murahan itu tanpa disedari rakyat sedari bahawa wang m...
Sebetulnya Satu Undi Ph Satu Undi Buat Dap Zahid

Sebetulnya Satu Undi Ph Satu Undi Buat Dap Zahid

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 111 hits
ismaweb nrtPresiden UMNO jawab naratif satu undi siapa dimain pembangkangBANGI 13 Rabiulakhir 1444H Selasa Sebetulnya satu undi untuk Pakatan Harapan bermakna satu undi buat DAP berikutan parti komponen itu secara terang terangan pembuat da...
Zahid Pakat Dengan Anwar Hishamuddin Bantah Sanggup Dipecat

Zahid Pakat Dengan Anwar Hishamuddin Bantah Sanggup Dipecat

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 121 hits
agendaily com21 11 2022Gambar pertemuan pimpinan PH dan BN yang tersebar di media sosial Bendahari Agung Barisan Nasional Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein rela dipecat daripada berpakat dengan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan Per...
Anwar Zahid Coup Fails Bn To Remain In Opposition Won T Back Ph Pn Says Ismail

Anwar Zahid Coup Fails Bn To Remain In Opposition Won T Back Ph Pn Says Ismail

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 214 hits
Barisan Nasional will not be backing anyone to form the government and will remain in the opposition says Umno vice president Ismail Sabri Yaakob Ismail said this was the decision made by BN s Supreme Council Thank God BN s Supreme Council ...
Zahid Dah Lama Rancang Angkat Anwar Pm Akhirnya Jadi Bencana Annuar Musa

Zahid Dah Lama Rancang Angkat Anwar Pm Akhirnya Jadi Bencana Annuar Musa

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 269 hits
Strategi Barisan Nasional Umno bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke 15 adalah bertujuan merealisasikan impian Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Sedangkan menurut Bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Mu...
Rasuah Berapa Kali Tukar Kerajaan Yang Belum Tukar Sistem Korup Anwar

Rasuah Berapa Kali Tukar Kerajaan Yang Belum Tukar Sistem Korup Anwar

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 140 hits
Rakyat yang bakal mengundi pada 19 November ini diingatkan agar berfikir matang sebelum melakukan proses memilih kerajaan selepas berpengalaman diperintah oleh PN dan kerajaan BN PN dalam 3 tahun kebelakangan Menurut Pengerusi Pakatan Harap...
Bila Ismail Mahiaddin Nak Isytihar Harta Kata Anwar Di Depan Ribuan Manusia Di Pengkalan Chepa

Bila Ismail Mahiaddin Nak Isytihar Harta Kata Anwar Di Depan Ribuan Manusia Di Pengkalan Chepa

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 181 hits
BORHAN AHMADCalon Perdana Menteri dari Barisan Nasional dan Perikatan Nasional diajak untuk sama sama membuat pengisytiharan harta masing masing menjelang hari mengundi pilihan raya ke 15 ini Datuk Seri Anwar Ibrahim calon PM dari Pakatan H...
Anwar Yakin Bentuk Kerajaan Nafi Jumpa Zahid

Anwar Yakin Bentuk Kerajaan Nafi Jumpa Zahid

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 178 hits
PENGERUSI Pakatan Harapan Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya PH mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan menerusi gabungan dengan parti lain Presiden PKR itu berkata sekiranya persefahaman bersama p...
Zahid Menyorok Di Bagan Datuk Anwar Jelajah Merata Rata Muhyiddin Dah Balik Pagoh

Zahid Menyorok Di Bagan Datuk Anwar Jelajah Merata Rata Muhyiddin Dah Balik Pagoh

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 188 hits
PENGERUSI Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi memilih untuk berkubu di kawasannya dalam penghujung kempen malam ini manakala Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dijadualkan aktif melawat pelbagai kawasan Ahmad
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord