Mahiaddin Cuba Tutup Kisah Silam Dengan Dakwaan Dwikrisis








 Dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Mahiaddin Yassin bahawa kerajaan menghadapi krisis kepimpinan dan kewangan atau dwikrisis ketika beliau mentadbir negara ditempelak Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu, dakwaan Mahiaddin hanya bertujuan mengalihkan perhatian rakyat mengenai 'kegagalan' dan ‘kisah silamnya’ sewaktu menjadi Perdana Menteri.

Hakikatnya tegas Nik Nazmi, Mahiaddin adalah antara pelopor utama kepada krisis berkenaan sebelum ini dan ia jelas dibuktikan menerusi tindakan Ahli Parlimen Pagoh itu yang terlibat menangguh sidang Parlimen semasa Darurat 2021 akibat pandemik Covid-19.

"Pada masa yang sama, kerajaan PN secara tidak malu mendakwa Ordinan Darurat hanya akan dibatalkan pada Julai 2021, padahal Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak bersetuju.

"PN sendiri menolak untuk menyertai Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Pembangkang sebenarnya enggan mengakhiri isu ‘krisis kepemimpinan’ yang mereka sendiri ciptakan, tetapi mereka ingin menyalahkan Pakatan Harapan (PH)," kata Nik Nazmi catatannya di Facebook.

Sementara itu jelas beliau, Kerajaan Perpaduan pimpian Datuk Seri Anwar Ibrahim telah sedaya upaya berusaha menangani krisis kos sara hidup rakyat sejak hari pertama memerintah.

Hal itu termasuklah melindungi segmen golongan berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) daripada kenaikan harga elektrik berbanding kerajaan sebelum ini yang bertindak sebaliknya.

"Belanjawan 2023 yang telah diluluskan pada awal tahun ini merangkumi pelepasan cukai yang memberi manfaat kepada golongan kelas menengah yang sering dilupakan.

"Kerajaan juga telah berjaya menarik pelaburan berbilion ringgit daripada syarikat-syarikat multinasional seperti Amazon Web Services (AWS) dan Tesla.

"Kami juga sedang berusaha dalam aktiviti ekonomi baharu seperti peningkatan kapasiti penghasilan tenaga boleh baharu (RE) dan perdagangan rentas sempadan," tambahnya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/06/mahiaddin-cuba-tutup-kisah-silam-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lupakan Kisah Silam Move On Kata Dap Kepada Umno

Lupakan Kisah Silam Move On Kata Dap Kepada Umno

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 263 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 9 2023Setiausaha Agung DAP Anthony Loke hari ini meminta ahli ahli Umno supaya tidak lagi mengungkit kisah silam dan menoktahi segala sengketa serta terus fokus untuk bergerak ke hadapan bersama kerajaan perp...
Kisah Cinta Janna Nick Dan Dini Schatzmann Dari Awal Kenal Hingga Sah Suami Isteri

Kisah Cinta Janna Nick Dan Dini Schatzmann Dari Awal Kenal Hingga Sah Suami Isteri

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 620 hits
Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada pasangan popular Janna Nick dan Dini Schatzmann akhirnya sah bergelar suami isteri pada pagi ini 10 Jun 2023 Pasangan ini disatukan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah resort di Langkawi tepat jam 8...
Spider Man Beyond The Spider Verse Akan Menyimpulkan Kisah Miles Morales

Spider Man Beyond The Spider Verse Akan Menyimpulkan Kisah Miles Morales

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 401 hits
Pencipta Across the Spider Verse telah mengesahkan bahawa Spider Man Beyond the Spider Verse akan menjadi trilogi terakhir untuk animasi terbitan Sony Pictures itu Filem animasi superhero Marvel terbaharu Spider Man Across the Spider Verse ...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej